10/04/2026
𝐒𝐔𝐇𝐔 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈, 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅? 🌡️🥘🚫
Yeke❓🤔
💡Tahukah anda, bukan kita je yang terasa bahang, makanan di dapur juga terkesan dan berisiko tinggi untuk cepat rosak akibat suhu persekitaran yang tinggi sekarang.
Suhu panas luar biasa musim ini berada dalam Zon Bahaya (5°C - 60°C). Ini adalah suhu paling optimum untuk bakteria penyebab keracunan makanan membiak dengan pantas. Lauk-pauk berasaskan santan atau sup boleh berubah kualiti dalam tempoh yang sangat singkat! 🦠💥
𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇? 🛡️✅
Jangan ambil risiko. Gunakan deria anda dengan mengamalkan langkah 𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓, 𝐇𝐈𝐃𝐔 & 𝐑𝐀𝐒𝐀 sebelum makan:
👀 𝟏. 𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓 – Perhatikan rupa fizikal makanan. Adakah ia nampak berlendir, melekit, berubah warna atau berbuih? Jika ya, jangan makan! 🚫
👃 𝟐. 𝐇𝐈𝐃𝐔 – Gunakan deria bau anda. Adakah terdapat bau masam, busuk atau bau yang tidak menyenangkan? Buang. Jangan makan. 👃❌
👅 𝟑. 𝐑𝐀𝐒𝐀 (𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫) – Jika LIHAT & HIDU nampak biasa tetapi anda masih ragu-ragu, rasa sedikit di hujung lidah. Jika terasa masam atau ganjil, terus ludah keluar. Jangan ditelan! 🤮
𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐊𝐌: 🚨
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Jangan paksa diri untuk makan makanan yang telah berubah kualitinya semata-mata kerana tidak mahu membazir. Keracunan makanan boleh membahayakan nyawa anda dan keluarga 🚑💸
Petang nanti ingat ye, sebelum hidangkan makanan pada ahli keluarga anda, periksa dulu kualiti makanan tersebut, kalau masih ok baru hidang. Kalau dah tak ok, buang dan masak semula sendiri ye😁