21/05/2025
Pihak Electron Physiotherapy mengucapkan sekalung penghargaan buat semua pihak yang hadir, ada rezeki kita berjumpa lagi.
LAWATAN UNIT PENGURUSAN HILANG UPAYA PPN SELANGOR DAN PP KLANG BERSAMA PIHAK ELECTRON PHYSIOTHERAPY
19 Mei 2025, Petaling Jaya – Unit Pengurusan Hilang Upaya, Pejabat PERKESO Negeri Selangor dan Pejabat PERKESO Klang telah menghadiri satu sesi pertemuan bersama dengan panel pembekal iaitu “Electron Physiotherapy & Rehabilitation Centre” di premis mereka yang terletak di Denai Alam. Tujuan utama lawatan ini dilakukan ialah untuk mempekemaskan lagi sebarang informasi terkini berkenaan pengurusan hilang Upaya dan menjalinkan hubungan yang lebih baik bersama pihak panel PERKESO.
Kedatangan kami disambut dengan penuh baik oleh pihak Electron dan sesi dimulakan dengan penerangan berkenaan pencapaian mereka sepanjang mengendalikan sesi rehabilitasi dan kes di bawah PERKESO. Pihak mereka juga ada memberikan penerangan berkenaan alatan-alatan yang disediakan dan proses carakerja mereka disana bagi tujuan pemakluman kepada para pegawai Unit Pengurusan Hilang Upaya yang diketuai oleh Puan Che Nur Suhana Binti Che Su (KN).
Diharapkan dengan lawatan dan kerjasama ini, pihak Electron dapat memantapkan lagi mutu perkhidmatan pengurusan hilang Upaya mereka dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Orang Berinsurans PERKESO.
“Look at the ABILITY, not the DISABILITY”