10/03/2026
๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐๐ถ ๐๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต:
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ ๐๐๐ก ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ
27 Februari 2026 | 8 pagi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Pagi ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Encik Mahadzir bin Mansor, JTMP Gred U8 yang baru memulakan tugas di Bahagian Kesihatan Awam, JKN Perak.
Menariknya, Encik Mahadzir telah berkhidmat selama hampir 29 tahun, tempoh yang sama dengan perjalanan perkhidmatan saya sendiri.
Walaupun asalnya dari Perlis, beliau kini sudah lama menetap dan menganggap Perak sebagai rumah sendiri, apatah lagi isteri beliau merupakan anak jati negeri ini.
Dalam pertemuan ringkas tadi, saya sempat berkongsi beberapa pesanan penting:
1. Kepimpinan dan Amanah
Kepimpinan bukan sekadar pada jawatan, tetapi pada cara kita menggalas amanah. Setiap keputusan perlulah adil dan tetap mempunyai nilai kemanusiaan, terutama apabila kita berdepan dengan situasi yang sukar.
2. Budaya Kerja Yang Positif
Perkhidmatan kesihatan adalah bidang yang berintensiti tinggi. Oleh itu, keseronokan di tempat kerja amat penting. Kita perlu membina budaya yang saling menyokong, menghargai, dan mempunyai semangat kekitaan yang kuat.
3. Kecekapan dan Integriti
Saya sentiasa percaya kita perlu teliti dalam melihat semula proses kerja sedia ada. Jika ada ruang untuk diperkemas atau dijadikan lebih efisien, kita harus berani mencadangkan penambahbaikan. Dalam mendepani kekangan sumber, kecekapan itu sendiri adalah satu bentuk integriti.
Selamat datang ke JKN Perak, Encik Mahadzir. Selamat bertugas dan semoga terus menyumbang dengan cemerlang demi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.