Ipoh Home Medical Service

Ipoh Home Medical Service We bring healthcare to your home in Ipoh. Simple, safe & comfortable care for your loved ones ❤️

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔Home visit hari ini di Ampang, Ipoh.Procedure : Rawatan luka pressure sore, membantu kurangkan risiko jang...
08/01/2026

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Home visit hari ini di Ampang, Ipoh.

Procedure : Rawatan luka pressure sore, membantu kurangkan risiko jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐰𝐚𝐬𝐬𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐦𝐢

👉🏻𝐰𝐰𝐰.𝐰𝐚𝐬𝐚𝐩.𝐦𝐲/𝟔𝟎𝟏𝟗𝟒𝟐𝟒𝟖𝟕𝟕𝟒/𝐈𝐩𝐨𝐡𝐇𝐨𝐦𝐞𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞

#𝐈𝐩𝐨𝐡𝐇𝐨𝐦𝐞𝐂𝐚𝐫𝐞 #𝐍𝐮𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠𝐂𝐚𝐫𝐞𝐈𝐩𝐨𝐡 #𝐇𝐨𝐦𝐞𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞

08/01/2026

Muda lagi. Dah sangkut Kencing Manis. Ini punca sebenar yang ramai tak sedar.

Kita selalu dimomokkan dengan ayat "Jangan makan manis sangat, nanti kencing manis". Tapi kita lupa musuh dalam selimut yang sebenarnya adalah apa yang kita MINUM setiap hari.

Ramai yang berumur 20-an dan 30-an sekarang dah mula jadi penghuni tetap klinik diabetes. Kenapa? Tengok infografik ni.

Mari kita bedah siasat "Dosa Manis" kegemaran rakyat Malaysia:

Pencabar 1: Teh Tarik Mamak
"Boss, teh tarik satu, kaw!"
Sekali 'kaw', anda sebenarnya menelan 8-10 sudu gula. Jangan tertipu, susu pekat manis tu bahan utamanya GULA, bukan susu.

Pencabar 2: Air Boba / Brown Sugar Milk
Ini lagi dasyat. Satu cup tu boleh mencecah 18-20 sudu gula!

Kuota gula harian yang disarankan cuma 6-9 sudu sahaja. Minum satu boba, anda dah habiskan kuota gula untuk 3 HARI!


Kenapa kalori air manis lagi bahaya dari makanan?

Sebab ia 'halimunan'. Badan tak rasa kenyang pun bila minum air gula ni.

Serapan gula ke dalam darah berlaku sangat laju (insulin spike).

Pankreas anda 'terkejut' setiap kali anda minum, lama-lama ia rosak.

Tolong beringat. Kisah kena potong kaki di usia muda bukan cerita dongeng penglipulara. Ia realiti pahit di wad-wad hospital kita sekarang.

Apa perlu buat? Ubah 'habit' order air bermula hari ini:

✅ Latih lidah minta "KURANG MANIS".

✅ Level up lagi power, minta "KOSONG". Teh O Kosong, Kopi O Kosong.

✅ Jangan tertipu dengan label "Sihat" jika ramuan utamanya sirap jagung fruktosa tinggi atau maltodextrin.

Sayangi pankreas anda. Manis di lidah sementara, sengsara di badan selamanya.

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, selesai pasang urine catheter hari ini di Gopeng.Home medical service – selesa, selamat & ...
08/01/2026

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, selesai pasang urine catheter hari ini di Gopeng.

Home medical service – selesa, selamat & menjaga privasi

Terima kasih atas kepercayaan. Semoga beroleh kesembuhan.

#𝐈𝐩𝐨𝐡𝐇𝐨𝐦𝐞𝐂𝐚𝐫𝐞 #𝐇𝐨𝐦𝐞𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞 #𝐍𝐮𝐫𝐬𝐢𝐧𝐠𝐂𝐚𝐫𝐞𝐈𝐩𝐨𝐡

17/11/2025

Kadang bila kita makan sedap, kita terlupa jumlahnya. Nasi tambah, kuah manis, teh ais penutup. Dua jam kemudian badan mula rasa berat, mengantuk, jantung laju sedikit.
Itu tanda gula sedang naik mendadak dan tubuh bekerja lebih keras daripada biasa.

Ramai tak tahu sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang boleh bantu turunkan semula bacaan gula selepas makan berat. Ini bukan mitos dan bukan tips Google. Ini cara yang terbukti dalam kajian, dan diam diam ramai doktor pun buat bila makan terlebih.

Pertama, bergerak sekejap. Jalan santai sepuluh ke lima belas minit dalam masa tiga puluh minit selepas makan. Otot yang bergerak akan menyedut glukosa daripada darah tanpa bergantung sepenuhnya kepada insulin. Ini langkah paling berkesan untuk elak spike yang tinggi.

Kedua, minum air kosong. Perut yang penuh kuiti makanan cenderung membuatkan darah lebih pekat. Air membantu mengurangkan kepekatan gula dan melancarkan pergerakan usus. Cuma pastikan air kosong, bukan air manis tambahan.

Ketiga, gunakan sedikit asid semula jadi. Satu sudu kecil cuka epal atau perahan lemon dalam segelas air boleh memperlahankan pencernaan karbohidrat. Ini mengurangkan penyerapan gula secara mendadak dan bantu kekalkan tenaga lebih stabil.

Keempat, tambah sedikit protein ringan jika perlu. Telur rebus, yogurt plain atau segenggam kacang boleh membantu menstabilkan hormon kenyang dan mengelakkan rasa lemau selepas makan. Protein memberi sedikit brek kepada gula.

Kelima, elakkan baring terus. Bila badan mendatar, pencernaan menjadi perlahan dan gula naik lebih tinggi. Duduk tegak atau bergerak ringan sudah memadai.

Gaya hidup sihat bukan tentang menyekat semua makanan sedap, tetapi bagaimana kita menguruskan badan selepas menikmatinya. Tubuh sentiasa beri isyarat. Kita hanya perlu mendengarnya.

Jika anda kerap rasa mengantuk atau pening selepas makan, itu bukan normal. Itu tanda awal bahawa gula sudah tidak seimbang dan wajar dipantau.

Sedikit jaga, kurang mudarat.

𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒍𝒖𝒌𝒂 𝒃𝒂𝒔𝒂𝒉, 𝒓𝒂𝒎𝒂𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒑𝒂𝒏𝒊𝒌 — “𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂 𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒊𝒓, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒌𝒆?” 😰Sebenarnya, sedikit kelembapan pada luka...
04/11/2025

𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒍𝒖𝒌𝒂 𝒃𝒂𝒔𝒂𝒉, 𝒓𝒂𝒎𝒂𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒑𝒂𝒏𝒊𝒌 — “𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂 𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒊𝒓, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒌𝒆?” 😰

Sebenarnya, sedikit kelembapan pada luka adalah normal dan penting.
Ia bantu:
✅ Cegah luka dari kering & merekah
✅ Bantu sel baru tumbuh cepat
✅ Kurangkan parut kasar

Tapi kalau luka terlalu basah sampai kulit sekeliling jadi putih lembik (maceration), itu tanda dressing perlu ubah.

💡 Prinsip wound care moden: “moist wound healing” — bukan kering, bukan terlalu basah, tapi seimbang.

Luka cepat sembuh bila persekitarannya dijaga betul. 🌿

📞 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 & 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐤𝐚.

www.wasap.my/60194248774/IpohHomeMedicalService

04/11/2025
24/10/2025

GOUT

🩸 𝑲𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝑳𝒖𝒌𝒂 𝑷𝒆𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒏𝒊𝒔 𝑳𝒂𝒎𝒃𝒂𝒕 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒖𝒉?Ramai pesakit diabetes hairan — luka kecil pun boleh ambil masa berbul...
14/10/2025

🩸 𝑲𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝑳𝒖𝒌𝒂 𝑷𝒆𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒏𝒊𝒔 𝑳𝒂𝒎𝒃𝒂𝒕 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒖𝒉?

Ramai pesakit diabetes hairan — luka kecil pun boleh ambil masa berbulan nak sembuh. Kadang-kadang dah dressing hari-hari pun, masih tak nampak perubahan.

Sebenarnya bila gula dalam darah tinggi terlalu lama, ia boleh sebabkan beberapa perkara:

1️⃣ Salur darah sempit → darah & oksigen susah sampai ke kawasan luka.
2️⃣ Saraf rosak (neuropathy) → pesakit tak rasa sakit, jadi luka lambat perasan.
3️⃣ Daya tahan badan lemah → senang dijangkiti kuman.
4️⃣ Proses penyembuhan terganggu → luka kekal dalam fasa keradangan.

🧠 Ringkasnya, bila gula tak terkawal → luka pun susah nak baik sebab badan tak cukup “bahan mentah” & tenaga untuk hasilkan tisu baru.

✅ 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡:

• Kawal gula darah (ikut nasihat doktor)
• Cuci luka dengan teknik betul & guna dressing sesuai
• Elak ubat sapu bahan-bahan tidak steril (kopi, ubat gigi, serbuk herba)
• Buat dressing secara konsisten

📍 𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑎ℎ𝑙𝑖 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑎𝑑𝑎 𝑙𝑢𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑚𝑏𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑢ℎ, 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑟𝑣𝑖𝑠 𝑑𝑟𝑒𝑠𝑠𝑖𝑛𝑔 𝑙𝑢𝑘𝑎 𝑑𝑖 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟 𝐼𝑝𝑜ℎ.
📞 𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝐴𝑝𝑝 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑡𝑒𝑚𝑢𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖 & 𝑝𝑒𝑚𝑒𝑟𝑖𝑘𝑠𝑎𝑎𝑛 𝑙𝑢𝑘𝑎.

www.wasap.my/60194248774/IpohHomeMedicalService

Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk penjaga pesakit di rumah. Semoga jadi panduan ringkas yang memudahkan urusan ha...
03/10/2025

Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk penjaga pesakit di rumah. Semoga jadi panduan ringkas yang memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit 🙏.

“𝑴𝒂𝒌𝒄𝒊𝒌 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒖𝒍𝒖 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒌𝒆, 𝒎𝒖𝒍𝒂² 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒋𝒆 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒕 𝒑𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈. 𝑻𝒂𝒌 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒓𝒖𝒑𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒖 𝒕...
02/10/2025

“𝑴𝒂𝒌𝒄𝒊𝒌 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒖𝒍𝒖 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒌𝒆, 𝒎𝒖𝒍𝒂² 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒋𝒆 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒕 𝒑𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈. 𝑻𝒂𝒌 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒓𝒖𝒑𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒖 𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒑𝒓𝒆𝒔𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒔𝒐𝒓𝒆…”

Ramai yang jaga ahli keluarga terlantar pernah lalui benda sama. Pressure sore ni senang jadi kalau pesakit baring lama, kurang bergerak, kulit lembap, atau duduk lama atas kerusi roda.

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐚:
👉 Tulang punggung (belakang bontot/sacrum)
👉 Tumit & buku lali
👉 Pinggul
👉 Belakang kepala / telinga

Kenapa jadi?
❌ Tekanan berterusan tak ubah posisi
❌ Geseran masa alih pesakit
❌ Kulit sentiasa lembap (peluh/air kencing/najis)

Cara nak elak:
✅ Ubah posisi setiap 2 jam sekali
✅ Jaga kulit – kering, bersih, sapu barrier cream kalau perlu
✅ Guna bantuan macam tilam angin ripple, bantal sokongan, bed protector
✅ Cek kulit setiap hari – kalau dah merah, cepat² bertindak

Tips penting : Makanan tinggi protein (telur, ayam, ikan) bantu kuatkan kulit & percepat sembuh.



💡 Kalau anda ada ahli keluarga terlantar & risau pasal luka tekanan, jangan tunggu sampai luka dalam baru nak rawat. Lagi awal dijaga, lagi senang sembuh.

📞 Saya ada buat servis rawatan luka ke rumah sekitar Ipoh. Boleh DM/WhatsApp saya untuk tanya atau booking.

www.wasap.my/60194248774/IpohHomeMedicalService

𝑨𝒑𝒂 𝑩𝒆𝒛𝒂 𝑭𝒆𝒆𝒅𝒊𝒏𝒈 𝑻𝒖𝒃𝒆 𝑷𝑽𝑪 𝒗𝒔 𝑺𝒊𝒍𝒊𝒌𝒐𝒏? 🤔𝑅𝑎𝑚𝑎𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑝𝑒𝑠𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑠𝑎𝑙 𝐺𝑎𝑠𝑡𝑟𝑖𝑐 𝑇𝑢𝑏𝑒 (𝑁𝐺𝑇), 𝑎𝑝𝑎 𝑏𝑒𝑧𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 ...
30/09/2025

𝑨𝒑𝒂 𝑩𝒆𝒛𝒂 𝑭𝒆𝒆𝒅𝒊𝒏𝒈 𝑻𝒖𝒃𝒆 𝑷𝑽𝑪 𝒗𝒔 𝑺𝒊𝒍𝒊𝒌𝒐𝒏? 🤔

𝑅𝑎𝑚𝑎𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑝𝑒𝑠𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑠𝑎𝑙 𝐺𝑎𝑠𝑡𝑟𝑖𝑐 𝑇𝑢𝑏𝑒 (𝑁𝐺𝑇), 𝑎𝑝𝑎 𝑏𝑒𝑧𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑃𝑉𝐶 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑆𝑖𝑙𝑖𝑘𝑜𝑛. 𝐽𝑜𝑚 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑜𝑘 :

🔹 𝐏𝐕𝐂
✔️ Murah (bawah RM5 sebatang)
✔️ Sesuai untuk penggunaan jangka pendek
❌ Lebih keras & cepat jadi rapuh
❌ Perlu ditukar setiap 1–2 minggu

🔹 𝐒𝐢𝐥𝐢𝐤𝐨𝐧
✔️ Lembut & lebih selesa untuk pesakit
✔️ Tahan lama (hingga 6 minggu)
✔️ Lebih fleksibel dan kurang risiko trauma
❌ Harga lebih mahal (± RM25–30 sebatang)

👉 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧:
Kalau rawatan jangka pendek, PVC lebih praktikal & jimat. Tapi untuk rawatan lebih lama, silikon lebih berbaloi walaupun kos awalnya lebih tinggi.

ℹ️ 𝑻𝒊𝒑𝒔 𝒕𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏:
𝑵𝑮𝑻 𝒏𝒊 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒂 𝒌𝒐𝒅 𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒔𝒂𝒊𝒛. 𝑪𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉𝒏𝒚𝒂, 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒂 𝒉𝒊𝒋𝒂𝒖, 𝒃𝒊𝒓𝒖, 𝒌𝒖𝒏𝒊𝒏𝒈 – 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒊𝒛 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂. 𝑱𝒂𝒅𝒊 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒑𝒂𝒔𝒂𝒏𝒈, 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒅𝒊𝒂𝒎𝒆𝒕𝒆𝒓 𝒕𝒖𝒃𝒆 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒂.

Sekadar perkongsian ringkas daripada saya. Kalau ada ahli keluarga anda perlukan khidmat tukar Feeding Tube, boleh hubungi saya. Semoga bermanfaat 🙏

www.wasap.my/60194248774/HomeHealthServicebyFarhan

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Home Medical Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram