Bekam Ipoh Ar-Razi

Bekam Ipoh Ar-Razi Rawat pelbagai jenis penyakit melalui kaedah rawatan islam BEKAM. Menghindar pelbagai jenis penyakit. Menyihatkan tubuh badan.

0134640833

14/07/2017

Assalamualaikum, saya mohon bertanya beberapa soalan.

1. Ada tak produk HPA yang boleh gantikan ubat steroid? Pesakit diberi ubat steroid untuk hentikan sakit kulit yang dihadapinya disebabkan oleh darah.
- *Bekam & Antirac*

2. Apakah cadangan rawatan untuk pesakit yang mempunyai sakit yg disebabkan 'inflammation of blood cell' ?
*Kapsul Gamat Emas @ Pendingin*

3. Untuk pesakit yang mengalami masalah hypothyroid, apakah produk yg boleh disyorkan?
- *VCO & Shark*

4. Bengkak air di kaki disebabkan masalah buah pinggang. Selain bekam apa herba yg boleh membantu?
- *Makjun Buah Pinggang (MBP) & Kordial Pegaga*

Terima kasih. Maaf bertanya banyak.

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang..1• Kerap tahan kencing2• Kurang minum air3• S**a makan...
01/04/2017

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang..
1• Kerap tahan kencing
2• Kurang minum air
3• S**a makan makanan masin
4• S**a minum minuman bergas.
5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6• Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)
7• Kerap makan Pil Tahan Sakit
8• Merokok
9• Obesiti
10• Alkohol
11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..
Buah Pinggang Kita. Amanah Allah..
Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.
Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup.
Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangn Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.
Terapi air putih :
1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.
2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.
Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.

SAMA2 KITA PAKAT AMAL.
In shaa Allah

RUMUSANNYA.....

✅Kena rajin minum air kosong

Assalamualaikum siapa nak berbekam.Semperna bulan Rejab ni.Saya ke rumah Anda.PakejNya.Bekam Darah + Bekam Luncur + Beka...
30/03/2017

Assalamualaikum siapa nak berbekam.
Semperna bulan Rejab ni.
Saya ke rumah Anda.
PakejNya.
Bekam Darah + Bekam Luncur + Bekam Angin + Urutan Kiropraktik asas. = (RM ???)
Pm saya segera..
013- 464 0833
Bekam Ipoh Ar-Razi

"S T R O K E"```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,Maka datang satu Angin yang cuku...
13/03/2017

"S T R O K E"

```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman``` *siapakah engkau......?.*

```Maka dijawab oleh Angin tersebut :``` *akulah Angin Rihul Ahmar....dan*
*Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari*
*rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....*

```Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:```
_Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan *Allah SW T*_.
_Lalu Rihul Ahmar pun menghilang._

```Diriwayatkan cucu``` *Nabi Muhammad SAW* ```terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.```

```Maka datang Malaikat Jibril kepada```
*Nabi SAW* ```dan bertanya Nabi kepada Jibril.```

```Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada``` *Nabi SAW* ```kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu``` *Rasulullah* ```sembuh serta merta.```

Lalu bersabda *Nabi S AW :* _Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit_ *_ANGIN AHMAR_* atau
*_STROKE._*

*Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :*

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

*Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....*
_*Artinya :*_
```Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.```

*Panjangkanlah ke Group Keluarga, Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sihat dan sejahtera.....!*

*MENGENALI STROKE*Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami  datang bersama isterinya, dan  tiba2 si isteri tersandung...
13/03/2017

*MENGENALI STROKE*

Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami datang bersama isterinya, dan tiba2 si isteri tersandung dan jatuh. Si isteri bangun semula dan meyakinkan semua org bahwa dia okey , hanya tersandung kaki sendiri kerana sepatu barunya.
Si isteri dan suami tetap berada di dalam majlis sehingga tamat.

Pada pagi hari berikutnya, si suami memaklumkan kepada beberapa kenalan yg turut berada di dalam majlis pada malam sebelumnya yang isterinya telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi, sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Si isteri rupanya telah diserang stroke sewaktu di majlis tersebut.

Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal. Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan

*CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE*

Mengingati dan memahami maksud *S - TA - R* :
Para doktor menyatakan orang terdekat dengan seeorang yang dikhuatiri menghadapi serangan stroke akan dpt mengenalpasti stroke telah berlaku dgn menanyakan 3 perkara kepada yang mudah.

Ingat 3 langkah *"S-TA-R"* (atau BINTANG) , iaitu :

1 - *S*: SMILE
Minta mangsa utk senyum.
Kalau p**i atau bibir senget atau miring, maka ada kelumpuhan saraf. Ini adalah satu tanda gejala stroke.

2 - *TA*: TALK
Minta mangsa utk berbicara ungkapan yang singkat, contohnya: Hari ini hari Selasa atau apa saja.
Kalau nada atau 'telo' jawapannya agak pelat atau kedengaran agak asing bunyinya, ini juga satu tanda gejala stroke.

3 - *R* : RAISE BOTH ARMS
Minta mangsa untuk mengangkat kedua-dua belah tangan.
Kalau tidak mampu mengangkat tangannya, bererti ada kelumpuhan saraf. Ini juga satu tanda gejala stroke.

*Jika ada salah satu gangguan yang ditemui ketika melakukan 'S-TA-R' ini, segeralah mendapatkan rawatan dan ceritakan keadaan ini kepada petugas perubatan.

Cara lain untuk mengenali stroke adalah dengan meminta si mangsa menjulurkan lidahnya.
Jika "bengkok" dan menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda gejala stroke.

Jika anda dpt mengirimkn WA ini kepada 10 orang, mungkin paling tidak satu nyawa akan dapat diselamatkan, dengan izin Allah. Kita tidak tahu bila ahli keluarga, rakan taulan atau orang di sekeliling kita yang mungkin terkena serangan stroke suatu hari nanti.

*Jadikanlah ini satu pengetahuan semoga bermanfaat bagi kita bersama.*

CEGAH SAKIT ANDA DENGAN BERBEKAM
TENUJANJI

013-4640833 Whatsapp


*(Sabtu & Ahad / 11&12 mac 2017)**BEKAM KE RUMAH ANDA*1. Membuang angin dalam badan.2. Menghilang kesakitan dan lenguh2 ...
10/03/2017

*(Sabtu & Ahad / 11&12 mac 2017)*
*BEKAM KE RUMAH ANDA*
1. Membuang angin dalam badan.
2. Menghilang kesakitan dan lenguh2 badan.
3. Melancarkan peredaran darah.
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat.
5. Membuang racun / tosik dalam badan.
*TEMUJANJI RAWATAN*
013-464 0833

Bahagian kulit kita hanya ada tiga lapisan.1: Epidermis2: Dermis3: HipdermisBekam hanya mengeluarkan Racun-racun Toksid/...
25/02/2017

Bahagian kulit kita hanya ada tiga lapisan.
1: Epidermis
2: Dermis
3: Hipdermis
Bekam hanya mengeluarkan Racun-racun Toksid/toksin yang berada dibahagian Epidermis.


Temujanji:

013-464 0833

24/02/2017

KESAN BEKAM DARAH KEPADA TUBUH MANUSIA – (dibuktikan secara saintifik) =================================
Berikut adalah antara kesan2 Bekam:

A.Terhadap Kulit

1).Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.

2).Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.

3).Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.

4).Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.

Nota: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.

B. Kesan Bekam Terhadap Otot (Muscles)

1).Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).

2).Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.

3).Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.

C. Kesan Bekam Terhadap Tulang

1).Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.

2).Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.

3).Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.

4).Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.

5).Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap (stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi. Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah. Percayalah bahawa masalah Gout atau Asid Urik yang berlebihan dapat di atasi.

D. Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan

1).Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.

2).Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.

3).Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.

E. Kesan Bekam Terhadap Darah

1).Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon sistem perjalanan darah di dalam tubuh secara umum. Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.

2).Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu p**a zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.

3).Bekam juga berperanan:

a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.
b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.
c) Mengubah darah yang terlalu asidik menjadi proposional
d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.

F. Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

1).Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.

2).Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3).Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4).Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

MANFAAT HERBA TUJU ANGINSetelah makan Herba Tuju Angin, biasanya akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan ka...
10/02/2017

MANFAAT HERBA TUJU ANGIN

Setelah makan Herba Tuju Angin, biasanya akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat di dalam herba tersebut. Peluh akan keluar semakin banyak sekiranya dimakan oleh orang yang biasa merokok. Proses keluarnya peluh itu adalah satu proses detoksifikasi yang dilakukan oleh herba berkenaan.

Herba Tuju Angin sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan wanita yang hamil. Bagi anak-anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju Angin dicampurkan dengan air panas. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan Herba Tuju Angin seeloknya disinergikan dengan herba lain dan hendaklah dilakukan 30 minit sebelum makan dengan dosnya mengikut kadar berat badan.

Herba Tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuhan luka ringan pada dinding usus. Herba ini akan memberikan reaksi yang cukup cepat jika dibandingkan dengan herba lain. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh kurang dari 7 hari.

Herba Tuju Angin juga diyakini berkhasiat dapat merawat beberapa penyakit seperti berikut:

1-Angin duduk – cepat penat, perut terasa mual
2-Angin darah – cepat marah, emosi
3-Angin sendi – badan terasa sakit, kesemutan pada kaki dan tangan
4-Migren – sakit kepala sebelah, pening secara mendadak
5-Perut kembung
6-Reumatik
7-Sakit pada persendian

TEMUJANJI BEKAM
013-464 0833

KORDIAL PEGAGAKordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. Amat baik sebagai minuman k...
08/02/2017

KORDIAL PEGAGA
Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-

1. Batuk

2. Buasir

3. Demam

4. Kelesuan

5. Batu Karang

Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Centella Asiatica, Dextrox, Sukros, Penstabil, Pewarna dan pengawet yang dibenarkan.
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.
Untuk Penawar berikut:-

Batuk – 1 sudu besar tanpa air
Buasir – 2 sudu besar tanpa air
Demam – Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang – Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.

Temujanji:
013-5640833


07/02/2017

Pengubatan Herba yg sesuai.
Dan mana yg terkuat.

1 : Herba Rebusan
2 : Makjun (+Madu 13x)
3 : Liquid (Minyak)
4 : Kapsul


06/02/2017

Soalan-soalan lazim mengenai berbekam
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?

Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?

Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana p**a yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?

Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih b*k. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?

Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

14) Bagaimana p**a dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.

Address

Ipoh
31200

Telephone

0134640833

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Ipoh Ar-Razi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category