Klinik Nuur

Klinik Nuur YOUR HEALTH, OUR PRIORITY

KLINIK KELUARGA YANG MENAWARKAN PELBAGAI JENIS PERKHIDMATAN .
(1)

Barisan panel Klinik Nuur
04/01/2026

Barisan panel Klinik Nuur

JADUAL DOKTOR BERTUGAS 5/1/26-11/1/26
04/01/2026

JADUAL DOKTOR BERTUGAS 5/1/26-11/1/26

SERVIS X-RAY Kami menyediakan pemeriksaan X-ray untuk :✅ Fomema✅ Pemeriksaan pra-pekerjaan , kemasukkan ke sekolah beras...
04/01/2026

SERVIS X-RAY

Kami menyediakan pemeriksaan X-ray untuk :

✅ Fomema
✅ Pemeriksaan pra-pekerjaan , kemasukkan ke sekolah berasrama dan universiti
✅ Kes rujukan klinik & hospital
✅Dikendalikan oleh staf bertauliah

Cepat • Tepat • Selamat

☢️Teknologi moden
☢️Proses pantas tanpa menunggu lama
☢️Dikendalikan oleh kakitangan terlatih

Kesihatan anda, keutamaan kami.
📍 Datang hari ini untuk pemeriksaan yang boleh dipercayai

☎️HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Bersenam secara berkala sangat baik untuk kesihatan dan digalakkan untuk semua peringkat umur. Antara kebaikannya ialah ...
04/01/2026

Bersenam secara berkala sangat baik untuk kesihatan dan digalakkan untuk semua peringkat umur.

Antara kebaikannya ialah :

🫀 Menyihatkan jantung dan paru-paru .
Senaman membantu jantung mengepam darah dengan lebih cekap dan meningkatkan stamina.

🦴💪🏻 Menguatkan otot dan tulang.
Aktiviti fizikal seperti berlari , berenang , atau bermain sukan membantu pertumbuhan tulang dan kekuatan otot.

🙆🏻‍♀️ Meningkatkan kecergasan dan tenaga.
Badan menjadi lebih cergas dan kurang mudah letih semasa melakukan aktiviti harian.

🧠 Membantu kesihatan mental.
Senaman boleh mengurangkan tekanan , kebimbangan dan membantu meningkatkan mood serta keyakinan diri.

03/01/2026

Siang anda rasa macam dah sembuh.
Malam je, badan buat anda rasa macam tak pernah sihat.

Batuk malam ni jenis yang buat orang berubah perangai.
Bukan sebab batuk itu kuat semata.
Sebab dia curi tidur.

Dan bila tidur dicuri, esok jadi keras.
Mula mula anda fikir biasa.

Selsema kot. Kahak kot.
Anda telan ubat.
Anda minum air suam.
Anda tidur posisi lain.

Tapi bila baring, batuk datang balik.
Macam ada suis yang hidup bila lampu tidur ditutup.

Di sini ramai tak tahu satu fakta mudah.
Ada batuk yang bukan bermula dari paru-paru.

Ada batuk yang bermula dari tekak yang terganggu.
Dan tekak boleh terganggu sebab asid yang naik masa anda baring.

Reflux ni ramai kenal sebagai “pedih ulu hati”.
Tapi ada orang tak rasa pedih pun.
Dia cuma batuk waktu malam.

Asid naik, tekak jadi sensitif.
Badan batuk untuk lindungi saluran nafas.
Anda batuk bukan sebab mengada, tapi sebab badan cuba bertahan.

Satu lagi punca yang licik ialah lendir turun ke belakang tekak.
Anda tak nampak hingus pun.
Tapi tekak rasa gatal, lalu batuk datang berturut.

Sebab itu ada orang siang okey.
Sebab siang kita tegak, air liur banyak, tekak kurang terganggu.
Malam kita baring, semuanya jadi mudah naik dan mudah turun.

Kalau anda batuk malam sekali sekala, mungkin ia cuma gangguan sementara.
Tapi kalau hampir setiap malam, itu bukan lagi “batuk biasa”.

Tambahan p**a kalau ada semput, dada ketat, atau bunyi wheeze.
Itu bukan untuk ditutup dengan ubat batuk semata.

Tidur patut jadi tempat badan pulih.
Bukan tempat badan berperang.

❌DAH CUBA DIET TAPI GAGAL ?❌ BERAT TURUN NAIK TAK KONSISTEN ?Nak kurus tanpa stress ?✅ Makan masih sedap ✅ Tak perlu ber...
03/01/2026

❌DAH CUBA DIET TAPI GAGAL ?
❌ BERAT TURUN NAIK TAK KONSISTEN ?

Nak kurus tanpa stress ?

✅ Makan masih sedap
✅ Tak perlu berlapar
✅ Berat turun secara sihat
✅ Selamat & praktikal

🔥 Naikkan keyakinan diri sewaktu RAYA nanti 💃🏼

💪🏻 Jom mula harini ✨✨

Tekanan darah tinggi sering digelar pembunuh senyap . Ini disebabkan walaupun anda berasa normal , tekanan yang berterus...
03/01/2026

Tekanan darah tinggi sering digelar pembunuh senyap .
Ini disebabkan walaupun anda berasa normal , tekanan yang berterusan akan merosakkan salur darah , membebankan jantung serta perlahan-laham mencederakan otak , buah pinggang dan mata.

Biasanya tiada tanda amaran yang dapat dikesan dan kerosakan yang berlaku secara senyap dan berperingkat berlaku dari hari ke hari.

Apabila gejala mula muncul , organ mungkin sudah terjejas.

Pengesanan awal , perubahan gaya hidup dan rawatan yang betul boleh mencegah kerosakan kekal. Jangan tunggu sehingga tubuh anda "menjerit".

Lakukan pemeriksaan tekanan darah anda secara berkala.

Kesedaran hari ini boleh menyelamatkan organ pada masa hadapan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.Klinik Nuur beroperasi seperti biasa 8.30pagi sehingga 12 malam.
01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.
Klinik Nuur beroperasi seperti biasa 8.30pagi sehingga 12 malam.

Pengambilan makanan segera secara kerap boleh memberi beberapa kesan buruk kepada kesihatan, terutaman jika diamalkan da...
01/01/2026

Pengambilan makanan segera secara kerap boleh memberi beberapa kesan buruk kepada kesihatan, terutaman jika diamalkan dalam jangka masa panjang. Antara kesan buruk makanan segera :

🫀 Risiko penyakit jantung kerana kandungan lemak tepu dan lemak trans yang tinggi.

🧂Tekanan darah tinggi. Makanan segera selalunya mengandungi garam yang tinggi yang boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

🙍‍♀️Berat badan berlebihan dan obesiti. Makanan segera biasanya tinggi kalori dl, lemak dan gula yang mudah menyebabkan kenaikan berat badan

🧠 Mejejaskan kesihatan mental. Kajian menunjukkan pengambilan makanan tidak sihat kerap.boleh dikaitkan dengan keletihan , mood tidak stabil dan kurang tenaga.

Assalamualaikum bakal mommies...Kini anda boleh buka buku pink di klinik swasta. Pemeriksaan ibu mengandung lebih selesa...
01/01/2026

Assalamualaikum bakal mommies...
Kini anda boleh buka buku pink di klinik swasta.

Pemeriksaan ibu mengandung lebih selesa , cepat dan mesra dengan doktor yang berpengalaman.

Jangan risau,tiada halangan untuk bersalin di hospital kerajaan walaupun mendapat rawatan antenatal di klinik swasta.

Jaga kehamilan anda dengan rawatan yang lebih privasi , persekitan yang selesa dan doktor yang prihatin.

RAWATAN KESIHATAN TERUS KE RUMAHTak perlu ke klinik , kami datang kepada anda 🏡🏡Perkhidmatan kesihatan oleh pasukan kesi...
10/07/2025

RAWATAN KESIHATAN TERUS KE RUMAH

Tak perlu ke klinik , kami datang kepada anda 🏡🏡

Perkhidmatan kesihatan oleh pasukan kesihatan yang bertauliah :
✅ ️Pemeriksaan kesihatan
✅️ Rawatan Demam , Selsema , Tekanan darah & Kencing manis
✅️ Dressing luka
✅️ Nebulizer dan suntikan

Sesuai untuk warga emas , pesakit kronik dan ibu berpantang.

☎️☎️ Hubungi kami sekarang untuk tempahan

Address

JC 1889 Jalan BESTARI 5, BANDAR JASIN BESTARI SEKSYEN 2 , MELAKA
Jasin
77200

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Telephone

+60182172128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Nuur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Nuur:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram