Promosi Kesihatan PKD Jasin

Promosi Kesihatan PKD Jasin Amalkan Cara Hidup Sihat

28/08/2024

Pejabat Kesihatan Daerah Jasin telah membuka Bilik Gerakan Bencana, PKD Jasin bagi menjayakan DISASTER MAJOR EXERCISE 2024 (DMEX SELANDAR) yang bertempat di Landasan Keretapi KTM Selandar pada hari ini. Simulasi berlangsung dengan cemerlang dan di pantau oleh Dr Siti Halimah Syed Shaik (KPPK Tibi Kusta Jabatan Kesihatan Melaka) dan Dr Wong Yoong Cheng , Pegawai Perubatan KPAS, PKD Melaka Tengah.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp men...
28/08/2024

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.



AYUH ORANG JASIN LUANGKAN MASA 1 JAM SETIAP SABTU, CARI DAN MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES!!!Pesanan dari Unit Pro...
01/06/2024

AYUH ORANG JASIN LUANGKAN MASA 1 JAM SETIAP SABTU, CARI DAN MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES!!!

Pesanan dari Unit Promosi Kesihatan PKD Jasin



BERITA KEMATIAN ANGGOTA KLINIK KESIHATAN SUNGAI RAMBAI PEJABAT KESIHATAN DAERAH JASIN.Adalah dimaklumkan bahawa, FARAHAF...
15/10/2023

BERITA KEMATIAN ANGGOTA KLINIK KESIHATAN SUNGAI RAMBAI PEJABAT KESIHATAN DAERAH JASIN.

Adalah dimaklumkan bahawa, FARAHAFIZAH BINTI RAHMAN, 43 tahun bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Rambai telah kembali ke rahmatullah malam tadi di Hospital Muar.

Jenazah akan dibawa ke masjid & disolatkan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ku Sayang, Bukit Piatu.

Salam takziah buat keluarga allahyarhamah dan semoga allahyarhamah ditempatkan bersama golongan orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

09/10/2023

📄Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.

‼️Jom mulakan sekarang‼️

1️⃣) Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.

2️⃣) Tetapkan corak pemakanan yang seimbang dan hadkan pengambilan kalori.

4️⃣Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.

5️⃣) Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.

🫶🏻 Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ayuh lakukan sesuatu yang positif untuk diri anda demi kesihatan berpanjangan.

09/10/2023

Kekal sihat semasa jerebu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti

👉🏼 Minum air kosong secukupnya
👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah
👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah
👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok


09/10/2023

😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan

09/10/2023

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

09/10/2023

Address

Jasin
77000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6065292333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan PKD Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram