Farmasi Remedi

Farmasi Remedi Objektif kami ialah untuk memberi info kesihatan yang betul dan berusaha ke arah memperbaiki kesihatan dengan mencegah sebelum teruk.

Masalahnya RAMAI TERPEDAYA dengan INFO KURANG TEPAT tentang ubat yang akhirnya penyakit kronik anda tidak dapat diubati lagi.

02/03/2026

Soalan: kenapa ada orang cepat lapar selepas sahur berat berbanding orang tak rasa lapar dengan sahur ringan tanpa karbo.

Setiap orang 'ada potensi' menjadi pesakit diabetes akhirnya jika kita tak pantau apa akan berlaku jika terlebih makan t...
02/03/2026

Setiap orang 'ada potensi' menjadi pesakit diabetes akhirnya jika kita tak pantau apa akan berlaku jika terlebih makan terutama karbohidrat.

Satu eksperimen saya lakukan di bulan puasa, di mana saya bersahur nasi seperti biasa. Selepas 3 jam dari waktu sahur saya buat ujian gula dan bacaan adalah 5.9 selepas buat senaman 20 minit.
Sebelum berbuka saya buat ujian gula sekali lagi dan bacaan adalah 4.9 iaitu lagi 20 minit sebelum berbuka.

Menu berbuka saya ambil karbohidrat yang banyak seperti 3 biji kuih muih, jus lemon dan nasi sepenuh pinggan.
Selepas terawikh, saya buat ujian gula dan bacaan melonjak menjadi 9.5, ini adalah sangat tinggi menunjukkan 'glucose spike' sudah berlaku.

Bagaimana ye nak reset semula sekiranya berlaku glucose spike begini?

Untuk reset, saya berhenti ambil makanan karbo pada keesokan sahurnya. Menu sahur adalah 2 biji telur dan air putih sahaja.
Kemudian saya buat ujian gula, bacaan menjadi turun kepada 5.5, sudah kembali normal.
Berbuka p**a saya hanya ambil nasi suku dan tanpa kuih dan air manis. Tiada lagi makan selepas balik terawikh. Dan gula saya pada hari ketiga selepas sahur menjadi 5.7, tiada kelihatan glucose spike.

Kesimp**annya, sekiranya kita sudah makan karbohidrat yang tinggi Indeks Glisemik (GI) seperti nasi, mee, kentang, tepung, roti, kuih muih dan sebagainya berusahalah untuk 'reset' keesokan hari supaya gula dapat turun kembali normal. Untuk mencapai bacaan gula normal, adalah memastikan tanpa karbohidrat tinggi dalam sela masa 16-18 jam. Berbuka sederhana dan ambil karbohidrat yang GI rendah.
Buat sedikit senaman 'weight training' seperti squats, lunges dan sebagainya untuk otot bakar semula gula yang dah dimakan. Otot yang besar adalah bonus sebenarnya kerana pembakaran gula lebih effisyen.

Nak makan manis boleh tapi JANGAN LUPA RESET ye... πŸ€—
Selamat mencuba.

Pernah tak bila buat ujian gula di rumah berbeza sangat dengan bacaan di klinik atau farmasi?Jika ada, apakah solusi and...
28/02/2026

Pernah tak bila buat ujian gula di rumah berbeza sangat dengan bacaan di klinik atau farmasi?
Jika ada, apakah solusi anda...?
Jom kita bincangkan.


27/02/2026

Sebagai ahli farmasi, saya ingin sekali buat eksperimen ke atas diri saya apa akan terjadi sekiranya pada bulan puasa saya tidak mengawal makan dan berbuka dengan makanan tinggi karbo. Jom kita lihat keputusannya.
βœ… Hari pertama selepas sahur karbo berat = bacaan gula 5.9, sebelum berbuka = 4.9
βœ… Hari pertama yang sama, saya berbuka air jus lemon, nasi dan kuih muih selepas terawikh = bacaan MELONJAK jadi 9.5 (sugar spike berlaku)
βœ… Hari kedua sahur saya reset semula, sahur tanpa karbo dan exercise 20 minit = gula turun semula jadi 5.5

Gula akan naik selari dengan apa yang kita makan. Boleh cepat-cepat reset semula keesokan hari dengan sahur tanpa karbo dan senaman (weight training) 20 minit.

Seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana saya reset semula bacaan gula saya selepas gula melonjak.

Ingin tahu....
Jangan lupa follow Farmasi Remedi, saya akan tunjuk bagaimana proses reset semula gula yang tinggi.



Bulan Puasa tahun ni ada cita-cita nak berhenti merokok....Jom SKIIP, kini ni****ne dalam bentuk gula-gula lozenges seba...
19/02/2026

Bulan Puasa tahun ni ada cita-cita nak berhenti merokok....
Jom SKIIP, kini ni****ne dalam bentuk gula-gula lozenges sebagai permulaan untuk BERHENTI MEROKOK.
Jadikan puasa anda tahun ni puasa yang terbaik untuk anda jadi seorang yang BARU πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Dapatkan SKIIP pada harga hanya RM22 sekotak (20 lozenges) di Farmasi Remedi.

YOU CAN DO IT. LET'S SKIIP.



Selamat menjalani ibadah puasa esok untuk semua pelanggan kami beragama Islam. Untuk makluman warga Jasin, Farmasi Remed...
18/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa esok untuk semua pelanggan kami beragama Islam.
Untuk makluman warga Jasin, Farmasi Remedi TUTUP SEHARI esok sempena Awal Ramadan. Farmasi akan buka semula pada hari Jumaat 20 Februari 2026.

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan adalah seperti berikut :
βœ…Waktu Buka : 9.00 pagi
βœ…Waktu Tutup : 8.00 malam.
Kami tutup awal sejam dari waktu biasa.

Gong Xi... Gong Xi dari kami Farmasi Remedi ❀️Sempena menyambut Tahun Baru Cina, Farmasi Remedi tetap buka seperti biasa...
16/02/2026

Gong Xi... Gong Xi dari kami Farmasi Remedi ❀️
Sempena menyambut Tahun Baru Cina, Farmasi Remedi tetap buka seperti biasa pada jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.
Kami dari warga kerja Farmasi Remedi ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada pelanggan-pelanggan kami yang menyambutnya.

Info lanjut boleh wasap kami di aini,
www.wasap.my/601120610612


14/02/2026

Suasana Ramadan sudah terasa... ❀️

Ramai pesakit diabetes dan pra-diabetes datang ke Farmasi Remedi buat ujian HbA1C iaitu purata bacaan gula untuk 3 bulan...
13/02/2026

Ramai pesakit diabetes dan pra-diabetes datang ke Farmasi Remedi buat ujian HbA1C iaitu purata bacaan gula untuk 3 bulan. Keputusan HbA1C adalah yang paling TEPAT untuk mengetahui status diabetes/pra-diabetes anda, sama ada menjadi lebih baik atau lebih serius.

Dan....
Ramai pesakit diabetes keliru tentang sarapan pagi... Betul tak.

Ya, jangan skip sarapan pagi sekiranya anda pesakit diabetes yang sedang makan ubat. Tapi pilihlah sarapan yang lebih SELAMAT.
Sarapan pagi mesti BERAT supaya perut lebih kenyang lama. Elakkan makan karbo seperti roti, nasi, kentang, buah-buahan (walaupun dikisar seperti epal kononnya nak turunkan gula), segala jenis mee pun TAK BOLEH.
Tapi makanlah sarapan yang tidak menaikkan gula atau tanpa 'sugar spike' seperti telur, ikan, daging, ayam dan sayuran di mana gula takkan naik malah perut KENYANG LEBIH LAMA.

Nak tahu HbA1C anda sebelum masuk bulan Ramadan, jom walk in ke Farmasi Remedi. Satu ujian hanya RM36 untuk purata gula anda selama 3 bulan..



Adakalanya anak-anak sekecil bawah setahun berat badan masih tak dapat berat badan ideal... Mak ayah runsing πŸ˜“ Tak semua...
12/02/2026

Adakalanya anak-anak sekecil bawah setahun berat badan masih tak dapat berat badan ideal... Mak ayah runsing πŸ˜“ Tak semua farmasi ada jual vitamin dan lysine khas untuk bayi bawah setahun, jika adapun harga sangatlah mahal😭😭😭

Jangan runsing mak ayah.. Kini Farmasi Remedi sudah ada vitamin untuk bayi pada harga berpatutan.

Dapatkan Infawell di Farmasi Remedi hanya pada harga RM38.

Apakah kandungan vitamin dalam infawell...
βœ… Vitamin C
βœ… Taurine
βœ… Vitamin D3
βœ… Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12
βœ… Vitamin E
βœ… Beta-carotene
βœ… Lysine (buka selera)

Ingin tahu lanjut tentang Infawell, boleh wasap kami di sini,
www.wasap.my/601120610612/Infawell




Farmasi Remedi kini sudah ada produk bayi jenama Joielle. Jenama yang semakin dicari oleh ibu-ibu kini.
11/02/2026

Farmasi Remedi kini sudah ada produk bayi jenama Joielle. Jenama yang semakin dicari oleh ibu-ibu kini.


Address

NO JC529 Jalan Bestari 5 Seksyen 2 Bandar Jasin Bestari
Jasin
77200

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:30
Tuesday 09:00 - 20:30
Wednesday 09:00 - 20:30
Thursday 09:00 - 20:30
Friday 09:00 - 20:30
Saturday 09:00 - 20:30
Sunday 09:00 - 20:30

Telephone

+6065296626

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Remedi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Remedi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram