Uni Klinik Jenjarom - Ultrasound / Xray

Uni Klinik Jenjarom - Ultrasound / Xray ⏰BUKA SETIAP HARI 9:00PAGI-11:00MALAM
💉Orthopedic/Cucuk Lutut
✂️Minor Surgeri
🏡Klinik Keluarga
💊Ultrasound
🩸Lab Test
🧬Medical Checkup
🦠 Vaksin
👶🏻🤰🏻Ibu&Anak

⚠️ NCD: “Silent Killer” Yang Ramai Tak Sedar! ⚠️Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) sering datang tanpa tanda awal yang jela...
21/03/2026

⚠️ NCD: “Silent Killer” Yang Ramai Tak Sedar! ⚠️

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) sering datang tanpa tanda awal yang jelas… tetapi kesannya boleh jadi serius jika tidak dikawal. Ramai hanya sedar bila sudah berada di tahap yang lebih kronik.

Antara 4 jenis utama NCD yang perlu kita ambil perhatian:
🔹 Penyakit kardiovaskular (serangan jantung & strok)
🔹 Penyakit paru-paru kronik (asma / COPD)
🔹 Kanser
🔹 Diabetes

💡 Untuk pengetahuan anda:
NCD biasanya berpunca daripada gaya hidup seperti pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, merokok dan stres berlebihan.

✅ Langkah pencegahan yang boleh diamalkan:
✔️ Amalkan pemakanan seimbang
✔️ Kekal aktif & bersenam secara konsisten
✔️ Elakkan merokok
✔️ Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

👉 Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.
Jangan tunggu simptom muncul, jaga kesihatan dari sekarang!

📍 Datang ke klinik kami untuk pemeriksaan kesihatan dan nasihat lanjut. Kesihatan anda, keutamaan kami! 💙

Hari Sedunia Sindrom Down 💙💛Hari ini kita bersama-sama menyokong dan meningkatkan kesedaran mengenai Sindrom Down. Indiv...
21/03/2026

Hari Sedunia Sindrom Down 💙💛

Hari ini kita bersama-sama menyokong dan meningkatkan kesedaran mengenai Sindrom Down. Individu dengan sindrom ini mempunyai keunikan tersendiri dan berhak mendapat kasih sayang, peluang, serta kehidupan yang sihat dan bermakna seperti orang lain.

Di U.n.i Klinik, kami komited untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuk individu dengan Sindrom Down.

✨ “Different, but equally amazing.”

🩺 Tips Kesihatan untuk Individu Sindrom Down & Penjaga

✅ Pemeriksaan kesihatan berkala
Pastikan buat check-up secara konsisten untuk memantau jantung, tiroid, pendengaran dan penglihatan.

✅ Pemakanan seimbang
Amalkan diet sihat dengan sayur, buah, protein dan kurangkan makanan bergula untuk elak obesiti.

✅ Aktiviti fizikal
Galakkan senaman ringan seperti berjalan atau bermain untuk tingkatkan kesihatan fizikal dan mental.

✅ Rangsangan perkembangan awal
Terapi pertuturan, fisioterapi dan aktiviti pembelajaran sangat membantu perkembangan mereka.

✅ Sokongan emosi & sosial
Berikan kasih sayang, galakan dan peluang untuk bergaul dalam komuniti.

💙 Sama-sama kita sebarkan kesedaran dan sokongan.
💛 Setiap individu adalah istimewa dengan cara mereka sendiri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Di kesempatan yang penuh bermakna ini, sempena tibanya Syawal yang mulia, kami daripada s...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, sempena tibanya Syawal yang mulia, kami daripada seluruh warga kerja Uniklinik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga hari yang penuh kemenangan ini diraikan dengan hati yang gembira, dipenuhi keberkatan, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama insan tersayang.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada para pesakit yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami.

Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. 💙

Di musim perayaan ini, jangan lupa untuk:
☑️Kawal pemakanan dan elakkan berlebihan
☑️ Minum air secukupnya
☑️ Dapatkan rehat yang mencukupi

Raikan dengan penuh kesederhanaan, utamakan kesihatan 💪

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! 🌟

💕 Ibu Mengandung, Jangan Lupa Vaksin Penting Ini! 💕Kesihatan ibu dan bayi adalah keutamaan 💖 Sepanjang tempoh kehamilan,...
20/03/2026

💕 Ibu Mengandung, Jangan Lupa Vaksin Penting Ini! 💕

Kesihatan ibu dan bayi adalah keutamaan 💖 Sepanjang tempoh kehamilan, pengambilan vaksin yang disarankan dapat membantu melindungi bukan sahaja ibu, malah bayi dalam kandungan daripada jangkitan berbahaya.

🩺 Antara vaksin penting untuk ibu mengandung:

✨ Vaksin Tetanus, Difteria & Pertusis (Tdap)
✔️ Diberikan 1 dos sekitar minggu ke-27 hingga 36 kehamilan
✔️ Melindungi daripada penyakit difteria, batuk kokol & kancing gigi

✨ Vaksin Influenza
✔️ Boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang kehamilan
✔️ Membantu melindungi ibu daripada jangkitan virus influenza

💡 Kenapa vaksin penting?
Sistem imun ibu berubah semasa hamil, menjadikan ibu lebih berisiko dijangkiti penyakit. Vaksin membantu mengurangkan risiko komplikasi serius dan memberi perlindungan awal kepada bayi.

📍 Dapatkan nasihat & suntikan vaksin di Uniklinik berhampiran anda.

Kesihatan anda, keutamaan kami ❤️

📞 Hubungi kami atau walk-in hari ini!

"Cepat, Selamat & Profesional"Ada masalah bisul, ketuat, atau luka yang perlukan rawatan segera? Jangan tunggu hingga ma...
19/03/2026

"Cepat, Selamat & Profesional"

Ada masalah bisul, ketuat, atau luka yang perlukan rawatan segera?

Jangan tunggu hingga makin teruk! Di Uniklinik, kami menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil (minor surgery) yang dilakukan oleh staf perubatan terlatih dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

🩺 Antara rawatan yang kami sediakan:
✔️ Buang nanah / bisul
✔️ Buang ketuat
✔️ Rawatan kuku cengkam
✔️ Jahit luka
✔️ Buang benjolan (lipoma)
✔️ Suntikan sendi
✔️ Sunat / khitan
✔️ Suntikan trigger finger

💡 Kenapa perlu rawat awal?
Masalah kecil yang dibiarkan boleh menjadi lebih serius, menyakitkan dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.

📍 Dapatkan pemeriksaan & rawatan dengan segera di Uniklinik cawngan berhampiran anda.

Kami sedia membantu anda kembali sihat dengan cepat!

📞 Hubungi kami atau walk-in untuk konsultasi hari ini.

🚗 Balik Kampung Dengan Selamat, Raya Lebih Bermakna!Musim perayaan selalunya jalan raya akan menjadi lebih sibuk apabila...
19/03/2026

🚗 Balik Kampung Dengan Selamat, Raya Lebih Bermakna!

Musim perayaan selalunya jalan raya akan menjadi lebih sibuk apabila ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga tersayang. Dalam keterujaan memulakan perjalanan, jangan lupa bahawa keselamatan di jalan raya adalah perkara paling utama.

Pastikan kenderaan diperiksa terlebih dahulu, dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memandu dan rancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Sepanjang perjalanan, patuhi had laju, elakkan menggunakan telefon ketika memandu serta pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.

Langkah-langkah kecil ini mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan perjalanan anda lebih selamat.

“Pandu dengan cermat, keluarga menanti dengan selamat di kampung halaman.” 🚗✨

🚨 Kenali Gejala HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) 🚨Ibu bapa, ambil perhatian! HFMD adalah jangkitan virus yang muda...
18/03/2026

🚨 Kenali Gejala HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) 🚨

Ibu bapa, ambil perhatian! HFMD adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak.

📌 Antara tanda-tanda yang perlu diawasi:
• Demam
• Sakit tekak
• Hilang selera makan
• Anak menjadi meragam / tidak selesa
• Ruam atau lepuh pada tapak tangan, kaki & dalam mulut

⚠️ Apa yang perlu dilakukan?
✔️ Pastikan anak berehat secukupnya
✔️ Berikan air secukupnya untuk elak dehidrasi
✔️ Jaga kebersihan tangan & persekitaran
✔️ Elakkan hantar anak ke taska/sekolah jika bergejala

💡 Dapatkan pemeriksaan di klinik sekiranya gejala berlarutan atau semakin teruk.

Lindungi anak anda, cegah penularan HFMD bersama-sama 💛

💉Merancang bukan menolak rezeki! Tapi memberi ruang untuk tubuh ibu kembali sihat.Perancangan keluarga adalah langkah pe...
17/03/2026

💉Merancang bukan menolak rezeki!
Tapi memberi ruang untuk tubuh ibu kembali sihat.

Perancangan keluarga adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan ibu sentiasa terjaga serta memberi masa yang mencukupi untuk tubuh pulih selepas kehamilan.

Salah satu kaedah perancang keluarga yang popular ialah suntikan Depo-Provera, iaitu suntikan hormon yang diberikan setiap 3 bulan sekali bagi membantu mencegah kehamilan.

👩‍⚕️ Siapa yang sesuai mengambil suntikan Depo-Provera?

✔️ Wanita yang sukar konsisten mengambil pil perancang setiap hari
✔️ Ibu yang sedang menyusukan bayi (selamat dan tidak mengganggu penghasilan susu ibu)
✔️ Wanita yang tidak boleh mengambil hormon estrogen seperti:
• Risiko darah beku
• Migrain dengan aura
• Perokok berumur lebih 35 tahun

✔️ Wanita yang mengalami haid yang banyak atau senggugut teruk, kerana suntikan ini boleh membantu mengurangkan simptom tersebut
✔️ Individu yang mempunyai risiko kanser endometrium, kerana ia boleh memberi perlindungan tambahan

📌 Untuk pengetahuan umum:
Suntikan Depo-Provera berfungsi dengan menghalang proses ovulasi (pelepasan telur dari ovari) dan menebalkan lendir pada serviks supaya sperma sukar mencapai telur. Kaedah ini mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi jika diambil mengikut jadual setiap 3 bulan.

Walau bagaimanapun, setiap kaedah perancang keluarga mungkin berbeza kesesuaiannya bagi setiap individu. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memilih kaedah yang sesuai untuk anda.

🏥 Dapatkan konsultasi bersama doktor di Uni Klinik untuk mengetahui pilihan perancang keluarga yang terbaik untuk kesihatan anda.

💙

💞 MASIH MENUNGGU CAHAYA MATA?Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap...
16/03/2026

💞 MASIH MENUNGGU CAHAYA MATA?

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap keluarga. Namun, jika sudah lama mencuba tetapi masih belum berhasil, pemeriksaan kesuburan adalah langkah penting untuk mengetahui puncanya.

Di Uni Klinik, kami menyediakan beberapa pemeriksaan bagi membantu menilai tahap kesuburan lelaki dan wanita, antaranya:

🩸 Ujian Darah
Memeriksa tahap hormon wanita yang memainkan peranan penting dalam proses ovulasi dan kesuburan.

🩺 Ultrasound Pelvis
Melihat keadaan rahim, ovari serta kesihatan organ reproduktif bagi mengesan sebarang masalah seperti cyst atau ketidakseimbangan hormon.

🔬 S***m Analysis
Menilai kualiti dan kuantiti sperma bagi memahami faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki.

💊 Rawatan Ubat Kesuburan
Rawatan melalui ubat atau suntikan tertentu yang boleh membantu meningkatkan peluang untuk hamil.

📌 Untuk pengetahuan umum:
Secara amnya, pasangan digalakkan menjalani pemeriksaan kesuburan jika telah mencuba untuk hamil selama 12 bulan tanpa berjaya (atau 6 bulan bagi wanita berumur 35 tahun ke atas). Pemeriksaan awal dapat membantu doktor mengenal pasti punca dan merancang rawatan yang sesuai dengan lebih cepat.

✨ Jangan tunggu terlalu lama. Pemeriksaan awal boleh membantu meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.

📅 Jom booking slot ultrasound di Uni Klinik!
Pakar ultrasound kami sedia membantu anda.

👶🏻💗

🩺 MEDICAL CHECK-UP UNTUK BAKAL PELAJAR & PEKERJAPemeriksaan kesihatan adalah wajib bagi mana-mana individu yang ingin me...
15/03/2026

🩺 MEDICAL CHECK-UP UNTUK BAKAL PELAJAR & PEKERJA

Pemeriksaan kesihatan adalah wajib bagi mana-mana individu yang ingin memasuki pengajian tinggi, memulakan pekerjaan di tempat baru atau sebagai pemeriksaan tahunan syarikat.

Ia merupakan langkah pertama untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang individu serta memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk menjalani rutin pembelajaran atau pekerjaan dengan baik.

Di Uni Klinik, kami menyediakan perkhidmatan Medical Check-Up Bakal Pelajar / Pekerja yang merangkumi:

👁️ Ujian Penglihatan
💟 Chest X-ray
🧪 Ujian Air Kencing
🩸 Ujian Darah
🩺 Pemeriksaan Fizikal & Kesihatan Mental

📌 Untuk pengetahuan umum:
Pemeriksaan kesihatan membantu mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal seperti jangkitan paru-paru, masalah penglihatan, tekanan darah tinggi, diabetes serta keadaan kesihatan lain yang mungkin tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Pengesanan awal membolehkan rawatan dan langkah pencegahan dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.

📞 Hubungi cawangan kami terlebih dahulu untuk memastikan perkhidmatan Juru Xray tersedia sebelum hadir.

Kesihatan yang baik adalah asas kepada kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya.
Lakukan pemeriksaan kesihatan anda hari ini.

🦠 CEGAH HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease)HFMD adalah jangkitan virus yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ke...
14/03/2026

🦠 CEGAH HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease)

HFMD adalah jangkitan virus yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil, terutamanya di taska atau tadika. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan, air liur, batuk, bersin serta permukaan atau mainan yang tercemar.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk:
✔️ Mengamalkan kebersihan tangan dengan kerap
✔️ Elakkan membawa anak menziarahi orang lain jika anak sedang sakit
✔️ Membersihkan barang mainan menggunakan sabun dan mensterilkan secara berkala
✔️ Membersihkan permukaan rumah seperti lantai, meja dan peralatan yang sering disentuh

💡 Info kesihatan:
Antara tanda awal HFMD termasuk demam, sakit tekak, ruam atau lepuh pada tangan, kaki dan dalam mulut. Jika anak menunjukkan simptom tersebut, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor dan hadkan pergaulan dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan penularan.

📍 Jika anak anda mengalami simptom HFMD, dapatkan pemeriksaan di Uniklinik.

Pencegahan awal membantu melindungi anak-anak dan komuniti daripada jangkitan.

💉 VAKSIN INFLUENZAInfluenza atau selesema adalah jangkitan virus yang boleh merebak dengan mudah melalui titisan batuk, ...
13/03/2026

💉 VAKSIN INFLUENZA

Influenza atau selesema adalah jangkitan virus yang boleh merebak dengan mudah melalui titisan batuk, bersin atau sentuhan. Walaupun sering dianggap penyakit biasa, influenza boleh menjadi serius terutama kepada golongan berisiko tinggi.

Siapa yang digalakkan mengambil vaksin influenza?
✔️ Warga emas (60 tahun ke atas)
✔️ Ibu hamil
✔️ Kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas
✔️ Pesakit penyakit kronik seperti jantung, paru-paru, kencing manis dan buah pinggang
✔️ Petugas kesihatan
✔️ Individu dengan sistem imun rendah

💡 Info kesihatan:
Vaksin influenza disarankan diambil setiap tahun kerana virus influenza sentiasa berubah. Vaksin membantu mengurangkan risiko jangkitan serta komplikasi serius seperti radang paru-paru.

📌 Bagi individu 9 tahun ke atas, hanya 1 dos setiap tahun diperlukan.
📌 Kanak-kanak 6 bulan – 8 tahun yang pertama kali menerima vaksin memerlukan 2 dos (jarak 4 minggu).

Lindungi diri dan keluarga anda daripada jangkitan influenza.
Dapatkan Vaksin Influenza di Uniklinik hari ini.

💙

Address

51G, Jalan 3/2, Taman Seri Jaromas
Jenjarom
42600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uni Klinik Jenjarom - Ultrasound / Xray posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Uni Klinik Jenjarom - Ultrasound / Xray:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category