Poliklinik Nurul - Jeram

Poliklinik Nurul - Jeram Klinik Keluarga anda. Memberi khidmat kepada semua sejak dari dalam rahim ibu hingga dewasa. Mempunyai ultrasound canggih 3d, 4d, 5d untuk scan bayi anda.

Perancangan keluarga

Pemeriksaan darah

Pemeriksaan kesihatan

Bedah kecil

Jahit luka& cuci luka

🍜🍲Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka...
27/03/2026

🍜🍲Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.
Keselamatan makanan sangat penting ketika menjelang Aidilfitri untuk mengelakkan keracunan makanan.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti tip keselamatan makanan yang dikongsikan agar makanan yang disediakan bersih dan selamat.🍲🍜
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! ✨🌙

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua ...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2026 !!MAAF ZAHIR & BATIN SEMUA ✨Sem...
19/03/2026

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua ...
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2026 !!
MAAF ZAHIR & BATIN SEMUA ✨
Semoga kita termasuk digolongan orang -orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan ramadan yang mulia ini...🌈🥰
Dengan itu, klinik akan tutup selama dua hari , dan dibuka pada hari raya ketiga 😄

Ikhlas dari kami POLIKLINIKNURUL ❤️

Tip Penjagaan Kesihatan Mata Sepanjang Bulan PuasaPenjagaan kesihatan mata sepanjang bulan puasa adalah penting bagi mem...
18/03/2026

Tip Penjagaan Kesihatan Mata Sepanjang Bulan Puasa
Penjagaan kesihatan mata sepanjang bulan puasa adalah penting bagi memastikan penglihatan kekal jelas dan selesa walaupun berdepan perubahan rutin harian.
✔ Minum air secukupnya semasa sahur dan iftar untuk kekal hidrasi
✔ Kurangkan penggunaan skrin berlebihan untuk elakkan mata letih
✔ Gunakan titis mata jika mengalami mata kering
✔ Ambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau, ikan berlemak, dan buah-buahan
🔁 Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mata sepanjang bulan puasa.

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗬𝗜 👶-Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pad...
10/03/2026

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗬𝗜 👶
-
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
-
Siapakah yang berisiko mendapat jaundis neonatal teruk?
👶Bayi lahir pra-matang
👶Berat bayi rendah
👶Jaundis dalam tempoh 24 jam kelahiran
👶Ibu kumpulan darah ‘O’ atau Rhesus negatif
👶G6PD deficiency
👶Cephal haematoma (benjolan darah beku di kulit kepala)
👶Bayi kepada ibu diabetes
👶Sejarah anak yang lalu jaundis teruk👶👶
-
Dapatkan pemeriksaan kuning bayi anda di POLIKLINIKNURUL sekarang !
-
Hubungi kami untuk maklumat lanjut 👇👇

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

09/03/2026

Al-Quran adalah petunjuk bagi hamba-hamba-Nya yang bertaqwa, dan bagi yang mengimarahkan Ramadan dan rumah-rumah Allah dengan penuh keimanan, keimanan dan keinsafan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

‎شَهۡرُ رَمَضَانَ الَّذِىۡٓ اُنۡزِلَ فِيۡهِ الۡقُرۡاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الۡهُدٰى وَالۡفُرۡقَانِۚ

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, jua sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Ayuh sama-sama kita meningkatkan taqwa, meneruskan tadabbur al-Quran, dan mengejar keampunan Allah SWT pada fasa maghfirah dan menuju ke pecutan terakhir Ramadan ini. Semoga kita diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Lailatul Qadar di kesempatan ini, dan ditemukan kembali dengan Ramadan di kesempatan lain.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

06/03/2026

Kegemukan atau obesiti merupakan suatu penyakit yang semakin meningkat prevalensnya dalam kalangan masyarakat di peringkat global, termasuk di Malaysia.

Sehubungan itu, berikut dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan obesiti.

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua..Klinik kami menyediakan Pakej DPS3C + Saringan Kanser (F/M) bagi membantu an...
24/02/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua..

Klinik kami menyediakan Pakej DPS3C + Saringan Kanser (F/M) bagi membantu anda menilai tahap kesihatan secara menyeluruh.
Pakej ini sesuai untuk individu yang ingin menjalani pemeriksaan berkala, khususnya mereka yang berumur 30 tahun ke atas atau mempunyai faktor risiko tertentu.

Kesihatan yang baik bermula dengan saringan awal.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

🌙 INFO RAMADAN: UBAT & PUASA 🌙Ramai yang masih keliru — ambil ubat batal puasa atau tidak? 🤔📌 Ubat yang MEMBATALKAN puas...
19/02/2026

🌙 INFO RAMADAN: UBAT & PUASA 🌙

Ramai yang masih keliru — ambil ubat batal puasa atau tidak? 🤔

📌 Ubat yang MEMBATALKAN puasa:
* Ubat makan (tablet/kapsul)
* Ubat minum (sirap)
* Suntikan nutrisi / drip air
* Inhaler (mengikut pandangan majoriti ulama membatalkan)

📌 Ubat yang TIDAK membatalkan puasa:
* Suntikan bukan nutrisi (contoh: vaksin, ubat tahan sakit tertentu)
* Ubat sapu pada kulit
* Ubat titis mata / telinga (selagi tidak ditelan)
* Tampalan ubat pada kulit (patch)

⚕️ Namun, keadaan setiap pesakit adalah berbeza. Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau asma, jangan hentikan ubat tanpa nasihat doktor.

Dapatkan nasihat kami untuk pelarasan waktu ubat sepanjang Ramadan. Kesihatan terjaga, ibadah pun sempurna ❤️

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Ramadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan...
18/02/2026

Ramadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan ketaatan dan kesabaran selama bulan ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim.”

Dengan penuh rasa syukur, pihak pengurusan dan seluruh team Poliklinik Nurul ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua pelanggan dan komuniti yang kami hargai.

Semoga bulan yang mulia ini membawa sinar keimanan, kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan buat kita semua.🥰

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....sedikit info untuk hariini....Apa gejala, tanda-tanda tibi?Penyakit tibi b...
12/02/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....
sedikit info untuk hariini....

Apa gejala, tanda-tanda tibi?

Penyakit tibi boleh merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan kepada orang di sekeliling.

Antara gejala yang sering muncul termasuk batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, penurunan berat badan, hilang selera makan serta batuk berdarah.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, mengelak menyentuh mata, hidung dan mulut, serta memakai pelitup muka terutama di kawasan berisiko.

"Amalan penjarakan fizikal, gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, tidur mencukupi dan menghindari tabiat merokok turut membantu meningkatkan daya tahan tubuh," menurut info berkenaan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua.....Sedikit info untuk hariini...Tahukah anda pengesanan awal bagi sebarang t...
09/02/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua.....
Sedikit info untuk hariini...

Tahukah anda pengesanan awal bagi sebarang tanda-tanda kanser boleh menyelamatkan nyawa?

Ketahui 9 tanda amaran kanser berikut dan mainkan peranan kita terhadap komuniti ataupun ahli keluarga.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...sedikit info untuk hariini....Langkah Pencegahan Denggi🦟Denggi merupakan pe...
05/02/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...
sedikit info untuk hariini....

Langkah Pencegahan Denggi

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi .

Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Address

No 3, Jalan Yu 1, Taman Yu Sasaran Sg Buloh
Jeram
45800

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Friday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00

Telephone

+60332646135

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Nurul - Jeram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Nurul - Jeram:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram