25/03/2022
Mandi- kita disunatkan untuk mandi di awal pagi dan bersama niat. Macam niat mandi hari raya tu..
Potong Kuku - Jika kita buat, kita dapat pahala. Tak buat tak dosa pun. Cuma, takkan tak nak pahala kan.
Miswak - miswak adalah bersugi. Cara Rasulullah gosok gigi adalah dengan bersugi. Kita sekarang ni dengan berus aja kan..
Banyakkan berselawat - jika hari biasa kita selalu selawat 10kali, hari jumaat kita gandakan lagi.
Berwangian - Yang ni orang lelaki patut pakai time nak gi solat jumaat nanti.
Baca Alkahfi - Surah Alkahfi boleh menerangkan kubur kita nanti.
Pakai Cantik-cantik - Rasulullah s**a kita bercantik-cantik di hari jumaat.
Doa Banyak-banyak - Hari jumaat kita disunatkan doa banyak-banyak. Nak berjaya kita doa, nak kaya kita doa, nak rezeki kita doa, nak anak pandai kita doa. Mintalah apa saja dengan Allah, InsyaAllah Allah makbulkan.