HOSPITAL JERANTUT

HOSPITAL JERANTUT HOSPITAL JERANTUT TERBAIK. KAMI SEDIA MEMBANTU

BENGKEL PAIN FREE ( Pain as 5th Vital Sign)Tarikh: 21 & 22 April 2026Anjuran : Unit KualitiBengkel 2 hari ini telah dian...
24/04/2026

BENGKEL PAIN FREE ( Pain as 5th Vital Sign)
Tarikh: 21 & 22 April 2026
Anjuran : Unit Kualiti

Bengkel 2 hari ini telah dianjurkan oleh Unit Kualiti dengan kerjasama jawatankuasa Pain Free Hospital Jerantut.
Antara pengisian bengkel adalah memberi info kepada seluruh kakitangan bahawa pentingnya mengurus kesakitan pesakit dengan baik agar perawatan yang berkesan dapat diberikan.

Bengkel turut diselang selikan dengan aktiviti membuat pamplet, booklet, poster, flip chart dan modul orientasi bagi digunakan di peringkat Hospital
Jerantut

Bengkel di sempurnakan perasmian pembukaan dan penutup oleh Dr. Muhammmad 'Arif bin Mohd Najib , Pegawai Perubatan yang menerajui pasukan Pan Free hospital .






Admin
~SBH~

Aktiviti Terapi Berkump**an Kanak-Kanak anjuran Unit Terapi Cara Kerja, Hospital JerantutπŸ“… Tarikh: 24 April 2026πŸ“ Tempat...
24/04/2026

Aktiviti Terapi Berkump**an Kanak-Kanak anjuran Unit Terapi Cara Kerja, Hospital Jerantut

πŸ“… Tarikh: 24 April 2026
πŸ“ Tempat: Unit Terapi Cara Kerja, Hospital Jerantut

Hari ini telah berlangsung sesi Terapi Berkump**an Kanak-Kanak yang melibatkan tiga aktiviti utama yang dirancang khusus untuk menyokong perkembangan kemahiran kanak-kanak dari perspektif Terapi Cara Kerja.

🌱 Slot 1: Aktiviti Berkebun (Menanam Sayur)
Aktiviti berkebun memberi peluang kepada kanak-kanak untuk terlibat secara hands-on dalam proses menanam yang bersifat messy play. Melalui sentuhan tanah, air dan tekstur semula jadi, kanak-kanak mendapat rangsangan sensori yang penting untuk perkembangan sistem sensori mereka. Aktiviti ini membantu meningkatkan toleransi terhadap pelbagai tekstur, menyokong sensory integration, serta merangsang kemahiran motor halus, koordinasi mata-tangan dan eksplorasi persekitaran secara aktif.

🫧 Slot 2: Bermain Belon Sabun
Aktiviti bermain belon sabun bukan sekadar permainan, tetapi merupakan intervensi yang efektif dalam meningkatkan kawalan pernafasan (oral motor), fokus perhatian dan visual tracking. Kanak-kanak juga berpeluang mengembangkan kemahiran sosial seperti turn-taking dan interaksi bersama rakan sebaya dalam suasana yang menyeronokkan dan kurang tekanan.

🍳 Slot 3: Aktiviti Domestik (Nasi Goreng)
Aktiviti memasak nasi goreng memberi pendedahan kepada kemahiran kehidupan harian (ADL). Kanak-kanak dilatih dalam aspek perancangan, urutan tugas, keselamatan, serta kemahiran motor halus seperti menggaul dan mengendalikan bahan. Aktiviti ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan terapi berkump**an ini. Sokongan anda amat penting dalam memastikan perkembangan dan kesejahteraan anak-anak terus diperkasakan.

-Admin Rehab -

**an

BENGKEL TOT INSIDEN REPORTING/RCATarikh : 14 dan 15 April 2026Tempat : Dewan Baiduri Hospital JerantutAnjuran: Unit Kual...
16/04/2026

BENGKEL TOT INSIDEN REPORTING/RCA
Tarikh : 14 dan 15 April 2026
Tempat : Dewan Baiduri Hospital Jerantut
Anjuran: Unit Kualiti Hospital Jerantut

Program dijalankan selama 2 hari melibatkan semua kategori perjawatan di Hospital. Antara pengisian adalah tentang cara mengisi borang IR2.0 yang betul serta melaksanakan Root Cause Analisis yang sempurna bagi mencari punca Insiden Reporting serta kaedah penyelesaian.

5 orang peserta dipilih sebagai Champion dalaman yang akan di ikut sertakan sebagai ahli pasukan RCA.

Program dirasmikan oleh Pegawai Perubatan ym Unit Kualiti Dr. Shafiq Izzuddin dan ditutup Oleh Pengarah Hospital Jerantut Dr. Mohd Sharafana Senasi





Admin
~SBH~

JommmmmmKaunter telah dibuka.8.30 pg- 12.30noon.  Update. Terima kasih tak terhingga buat semua insan2 yg sangat bermura...
16/04/2026

Jommmmmm

Kaunter telah dibuka.
8.30 pg- 12.30noon.




Update.
Terima kasih tak terhingga buat semua insan2 yg sangat bermurah hati menderma darah kali ini. Sebanyak 24 beg darah telah berjaya dikutip dengan pelbagai kump darah. Buat staff hospital yg menderma, . Moga anda semua akan terus menjadi penderma darah tetap .

Buat yg ingin jadi seperti mereka, jangan malu utk hadir ke Makmal Patologi &Tabung Darah kami pada Isnin-Khamis, jam 8.30pg-12 t/hari untuk saringan. Sekiranya layak anda akan buat insan2 yg memerlukan.

Admin _nab_

Assalamualaikum & salam sejahteraKhusus buat Warga Jerantut yang prihatin. Sukacita dimaklumkan, Satu *KEMPEN DERMA DARA...
15/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera

Khusus buat Warga Jerantut yang prihatin.

Sukacita dimaklumkan, Satu *KEMPEN DERMA DARAH* akan diadakan pada:

Tarikh : *16.04.2026 ( Khamis )*
Masa : *8.30 pagi sehingga 12.000 petang*
Tempat: *Unit Patologi & Tabung Darah Hospital Jerantut*

Makanan dan minuman ringan disediakan semasa kempen diadakan

*1 beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa*

*Jom kita menjadi penderma darah tetap iaitu 3bulan sekali derma( 4kali setahun )*

Terima kasih.πŸ₯°

Admin _nab_

Terima kasih atas penghargaan ini. Kami warga Hospital Jerantut dan pihak pengurusan akan terus berusaha memberikan perk...
13/04/2026

Terima kasih atas penghargaan ini. Kami warga Hospital Jerantut dan pihak pengurusan akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua warga Jerantut.

_π“ͺ𝒹𝓢𝒾𝓷𝒾𝓬𝓉_

13/04/2026

[KENALI UBAT ANDA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sesi ketiga PharmTALKS dengan ketetapan seperti berikut:

*Tajuk : Sembang Vaksin: Lindungi Diri, Lindungi Yang Tersayang*
*Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)*
*Masa : 11:00 pagi*
*Pautan link: www.facebook.com/jknpenang

Sekian, terima kasih.

Admin MAH

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
(Official Page of Penang State Health Department)

10 April 2026Hemodialisis Hospital Jerantut Tajuk CME : DIET PESAKIT DIALISISPenceramah : PN. NUR IZZATI ( Wakil Davita ...
11/04/2026

10 April 2026
Hemodialisis Hospital Jerantut

Tajuk CME : DIET PESAKIT DIALISIS
Penceramah : PN. NUR IZZATI ( Wakil Davita Malaysia)

Antara perkongsian yang disampaikan adalah pemakanan yang boleh diambil dan tidak boleh diambil bagi pesakit dialisis.

Diet pesakit dialisis perlu dikawal dengan teliti bagi memastikan keseimbangan nutrisi dan mengelakkan komplikasi. Pengambilan protein berkualiti adalah penting untuk menggantikan kehilangan semasa dialisis, manakala pengambilan garam, kalium, fosfat dan cecair perlu dihadkan mengikut nasihat perubatan. Pemilihan makanan yang betul dapat membantu mengawal tekanan darah, mencegah pengump**an toksin, serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Jaga makan, jaga kesihatan ✨

Terima kasih DAVITA MALAYSIA atas perkongsian ilmu bersama pesakit Hemodialisis Hospital Jerantut.




Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi


by aDmiN
- SR-

Unit Patologi & Tabung Darah (UPTD) HOSPITAL JERANTUT  telah menjalani Audit Surveillance ll Cumulative Extention of Sco...
09/04/2026

Unit Patologi & Tabung Darah (UPTD) HOSPITAL JERANTUT telah menjalani Audit Surveillance ll Cumulative Extention of Scope Assessment for MS ISO 15189:2022 selama 2 hari iaitu bermula 8-9 April 2026. Audit ini merupakan kesinambungan bagi audit ISO yg lalu bagi perkhidmatan Patologi bagi Hospital Kluster Pahang Tengah(HKPT).

Untuk makluman,UPTD Hospital Jerantut merupakan lab branch hospital kluster manakala Jabatan Patologi HoSHAS merupakan Lead Hospital bagi HKPT.

2 orang auditor bertauliah diamanahkan untuk mengaudit UPTD. Auditor diketuai oleh Pn Roshamizah dari Jabatan Standart Malaysia (JSM) dan Pn Nurul Munirah dari Pusat Darah Negara (PDN.

Audit ini bertujuan memastikan skop2 yang ditetapkan mencapai piawai yg ditetapkan mengikut kehendak dan keperluan MS ISO 15189:2022. Penemuan2 audit p**a perlu dipenuhi dlm tempoh yg ditetapkan dan ia boleh menjadi panduan dalam meningkatkan, menambah baik penyampaian dan memastikan mutu perkhidmatan adalah cemerlang.

Terima kasih kepada Dr Norsuhaila dan Dr Roslinda dari lead hospital HKPT HoSHAS yg turut hadir membantu dam menjadi pemerhati untuk audit hari pertama.

Penutup audit telah sempurna dijalankan dengan dihadiri oleh Dr Shafiq Izzuddin yang mewakili tuan pengarah hospital, dr Sharafana Senasi serta disertai secata atas talian oleh wakil2 dari lead dan branch makmal hospital yg lain.

Tahniah dan syabas buat warga UPTD khususnya dan kecemerlangan Hospital Jerantut amnya.

Berikut dikongsikan gambar kenangan sepanjang 2 hari audit.






Admin _nab_

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Bersama-sama ini disertakan Kenyataan Tawaran Sebutharga Menyewa Dan Menguruskan Kafet...
08/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersama-sama ini disertakan Kenyataan Tawaran Sebutharga Menyewa Dan Menguruskan Kafeteria Hospital Jerantut untuk makluman tuan/puan selanjutnya.Mohon hebahan kepada kontraktor yang berminat.Tarikh tutup Sebutharga Pada 20 April 2026 Jam 12.00 Tengah Hari.

Kerjasama Berhubung Perkara Ini Amat Dihargai.

Sekian Terima Kasih.

Pengurusan Hospital Jerantut
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur.

~SBH~

KENALI UBAT ANDAhttps://www.facebook.com/share/p/1AxtsnG6xn/?mibextid=wwXIfr*Pilihan Ubat-Ubatan Untuk Rawatan Skabies*πŸ’Š...
08/04/2026

KENALI UBAT ANDA

https://www.facebook.com/share/p/1AxtsnG6xn/?mibextid=wwXIfr

*Pilihan Ubat-Ubatan Untuk Rawatan Skabies*πŸ’Š

Skabies atau lebih dikenali sebagai kudis buta merupakan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh sejenis parasit daripada spesies Sarcoptes scabiei.

Ketahui lebih lanjut mengenai skabies menerusi artikel ini.πŸ‘†πŸ»

Admin MAH

Pilihan Ubat-Ubatan Untuk Rawatan SkabiesπŸ’Š

Artikel ini disediakan oleh Puan Fatin Syahirah binti Jasni, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Skabies atau lebih dikenali sebagai kudis buta merupakan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh sejenis parasit daripada spesies Sarcoptes scabiei.

Skabies berlaku apabila parasit tersebut bertelur di dalam lapisan kulit paling atas. Telur, najis dan bangkai parasit ini akan menyebabkan kesan alahan seperti kegatalan dan ruam pada kulit.

Gejala alahan boleh dialami dalam tempoh 2 hingga 6 minggu selepas parasit ini mula menjangkiti kulit.

Individu yang dijangkiti akan mengalami kegatalan pada kulit yang sering menjadi lebih teruk pada waktu malam dan menyebabkan kualiti tidur mereka terjejas.

Individu dewasa yang dijangkiti skabies biasanya akan mengalami gejala pada celah jari, pergelangan tangan, lipatan kulit, siku, peha, pinggul, tumit kaki serta bahagian bawah lengan dan kawasan sulit.

Berbeza p**a dengan skabies yang menjangkiti kanak-kanak, gejala akan melibatkan bahagian muka, kulit kepala, leher, tapak tangan dan tapak kaki.

Sekiranya skabies tidak dirawat dengan betul, gejala yang dialami mudah menjadi lebih serius dan sukar dikawal.

Selain itu, disebabkan kegatalan pada kulit, individu yang mengalami skabies akan menggaru hingga meninggalkan kesan calar pada kulit yang berisiko menjadi luka dan dijangkiti bakteria.

Skabies boleh dijangkiti melalui sentuhan secara langsung daripada kulit dan sering terjadi kepada individu yang tinggal dalam satu ruangan yang sama, seperti bilik tidur, asrama, rumah jagaan orang tua, taska dan pusat asuhan kanak-kanak.

Mereka yang berkongsi pakaian, tuala, cadar dan selimut serta berkongsi tempat tidur dengan individu yang mengalami skabies berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Rawatan bagi Skabies
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah skabies. Ubat-ubatan ini biasanya terdapat dalam bentuk krim atau losyen yang perlu disapu pada kulit mengikut arahan yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi.

Antaranya ialah permethrin, benzyl benzoate, crotamiton dan gamma benzene hexachloride.

1. Permethrin
Untuk rawatan skabies, losen permethrin dengan kepekatan 5% digunakan secara sapuan ke seluruh permukaan tubuh dari kepala hingga ke tapak kaki, termasuklah di kawasan lipatan kulit.

Losen perlu dibiarkan selama 8 hingga 14 jam sebelum dibilas sepenuhnya. Penggunaan permethrin tidak disyorkan bagi bayi berumur kurang daripada dua bulan.

Lazimnya, satu kali sapuan losen permethrin sudah mencukupi untuk menghilangkan parasit pada tubuh, namun sapuan ulangan boleh dilakukan selepas satu minggu sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan.

2. Benzyl benzoate
Emulsi benzyl benzoate (EBB) dengan kepekatan 25% digunakan untuk rawatan skabies dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

EBB perlu disapu ke seluruh permukaan tubuh dari leher hingga ke kaki dan kemudiannya dibiarkan selama 24 jam sebelum dibilas sepenuhnya.

Penggunaan EBB boleh diulang dalam tempoh lima hari selepas rawatan awal. Dalam sesetengah kes, sapuan ketiga mungkin diperlukan bagi memastikan jangkitan parasit dapat dihapuskan sepenuhnya.

3. Crotamiton
Krim crotamiton 10% disapu ke seluruh permukaan tubuh bermula dari bawah dagu hingga ke kaki.

Sapuan kedua dilakukan selepas 24 jam. Dalam sesetengah kes, penggunaan mungkin perlu diteruskan sekali sehari sehingga lima hari bagi memastikan rawatan berkesan sepenuhnya.

4. Gamma Benzene Hexachloride (GBH)
GBH dengan kepekatan 1% hanya digunakan untuk rawatan skabies dalam kalangan pesakit dewasa yang mempunyai berat badan melebihi 50 kilogram.

Penggunaan GBH terhad bagi jangkitan skabies yang tidak berjaya dirawat dengan ubat-ubatan lain. GBH digunakan dengan menyapu lapisan nipis pada seluruh permukaan kulit dari leher hingga ke hujung kaki dan dibiarkan selama 8 hingga 12 jam sebelum dibilas sepenuhnya menggunakan air suam.

Pesakit perlu memaklumkan doktor atau ahli farmasi sekiranya sedang hamil, menyusukan bayi serta sejarah penyakit dan alahan ubat bagi membantu dalam pemilihan ubat yang bersesuaian untuk pesakit.

Perkara ini penting kerana terdapat sesetengah ubat tidak sesuai untuk digunakan dalam kalangan wanita hamil, menyusukan bayi, pesakit sawan, bayi pramatang dan kanak-kanak.

Dalam keadaan tertentu, antiseptik boleh digunakan untuk merendam atau mencuci kawasan jangkitan, manakala ubat tahan gatal daripada kump**an antihistamin mungkin diberikan sekiranya perlu.

Ubat antibiotik akan diberikan jika terdapat luka atau jangkitan bakteria pada kulit, bergantung kepada tahap jangkitan selepas penilaian lanjut oleh doktor.

Nasihat untuk Orang Awam
Semua individu yang mempunyai sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti atau barangan peribadi individu tersebut haruslah diperiksa dan menerima rawatan bagi mencegah penularan jangkitan.

Pesakit atau penjaga juga disaran mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi tentang kaedah penggunaan ubat yang betul.

Sekiranya ubat disapu oleh individu yang tidak dijangkiti skabies, penggunaan sarung tangan diperlukan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Pakaian, cadar, tuala dan selimut hendaklah dibasuh menggunakan air panas dengan suhu melebihi 50oC. Barangan tidak boleh dibasuh harus disimpan di dalam beg plastik yang diikat sekurang-kurangnya selama 72 jam sebelum dianginkan dan digunakan semula.

Lazimnya, parasit skabies akan mati sekiranya terpisah daripada perumah dalam tempoh tersebut. Tilam p**a perlu dibersihkan dengan teliti, khususnya pada bahagian jahitan dengan menggunakan penyedut vakum elektronik atau pembersih berstim pada suhu tinggi.

Sebagai penutup, skabies merupakan jangkitan kulit yang boleh dirawat dengan pemilihan ubat yang bersesuaian dan digunakan dengan cara yang betul.

Langkah pencegahan seperti pemeriksaan mereka yang bersentuhan dengan individu yang dijangkiti dan penjagaan kebersihan persekitaran dapat membantu mengelakkan penularan jangkitan ini.

Artikel penuh di ruangan komen.

UPTD Hospital Jerantut akan menjalani Audit MS ISO 15189:2022 selama 2 hari bermula esok dan lusa. Audit ini bertujuan m...
07/04/2026

UPTD Hospital Jerantut akan menjalani Audit MS ISO 15189:2022 selama 2 hari bermula esok dan lusa.
Audit ini bertujuan memastikan UPTD melaksanakan dan memenuhi arahan2 yang terkandung dalam dokumen ISO supaya memastikan perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik dan menenuhi standart.

Syabas dan moga UPTD HOSPITAL JERANTUT beroleh kejayaan.

Admin _nab_

Address

Jerantut
27000

Telephone

+6092663333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HOSPITAL JERANTUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to HOSPITAL JERANTUT:

Share