Hospital Besut - Rasmi

Hospital Besut - Rasmi Dirasmikan pada 17 Julai 1976 oleh KDMM Al Marhum Tuanku Ismail Nasaruddin Shah

Hospital ini telah dibina pada 1975 diatas tapak yang berkeluasan 7.8 hektar bagi mengantikan hospital lama yang beroperasi sebelum perang dunia kedua di Kampung Raja.

SESI CELIK MINDA Bil 10/26Tajuk : PRE HOSPITAL CARE (SAFE TRANSFER SAVE LIVES)Tarikh : 2 April 2026Masa : 8.15 pagiTempa...
02/04/2026

SESI CELIK MINDA Bil 10/26
Tajuk : PRE HOSPITAL CARE (SAFE TRANSFER SAVE LIVES)

Tarikh : 2 April 2026
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Sri anjung Hospital Besut
Penceramah : Dr Irfan b Mohd Ghazal (Pakar Perubatan Kecemasan)
Anjuran bersama :
Unit Kecemasan
Unit Promosi Kesihatan
Hospital Besut
Peserta secara :
Fizikal : 76 anggota
Maya : 48 anggota

Topik tentang :
kepentingan penghantaran pesakit secara selamat melalui persediaan rapi sebelum pemindahan, penstabilan pesakit mengikut prinsip ABC, serta komunikasi berkesan sepanjang proses transfer.
Turut ditekankan penggunaan. Pendekatan DOPE bagi pengurusan kecemasan semasa pemindahan serta kepentingan memastikan peralatan dan pasukan sentiasa bersedia bagi mengelakkan kejadian kritikal.
Semoga sesi ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan penjagaan pra-hospital serta memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kesihatan.

Team Celik Minda
Unit Promosi Kesihatan

Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. ๐Ÿฆ ๐Ÿ’งAmalan membasuh tanga...
30/03/2026

Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. ๐Ÿฆ 

๐Ÿ’งAmalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.

๐Ÿฉบ Warga Kerja Hospital Besut mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.Terima kasi...
30/03/2026

๐Ÿฉบ Warga Kerja Hospital Besut mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

๐Ÿฉบ KKM mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐: ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐€๐๐€๐, ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐Setiap ikrar pendermaan organ adalah satu harapan baharu untuk...
26/03/2026

๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐: ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐€๐๐€๐, ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐

Setiap ikrar pendermaan organ adalah satu harapan baharu untuk menyelamatkan nyawa. Pendermaan organ dan tisu boleh dilakukan sama ada semasa hidup atau selepas kematian, dan berpotensi memberi manfaat kepada ramai pesakit yang memerlukan rawatan transplantasi.

Semua individu layak untuk berikrar sebagai penderma, tertakluk kepada penilaian pakar perubatan pada akhir hayat, manakala individu di bawah umur memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Orang ramai digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini status sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera sebagai langkah mudah dan bermakna dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ.

Ayuh, zahirkan keprihatinan anda, wariskan kehidupan, hormati ikrar anda.

๐๐„๐๐†๐„๐’๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Œ๐˜๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€KKM melalui aplikasi MySejahtera menawarkan fungsi Pengesan Penyakit Ber...
26/03/2026

๐๐„๐๐†๐„๐’๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Œ๐˜๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€

KKM melalui aplikasi MySejahtera menawarkan fungsi Pengesan Penyakit Berjangkit yang memaparkan jumlah kes yang dilaporkan bagi memperkasakan rakyat dengan maklumat terkini dan telus supaya langkah pencegahan yang bersesuaian dapat diambil.

Fungsi ini merangkumi penyakit-penyakit berikut:
โ€ข Demam Denggi
โ€ข Rabies
โ€ข Campak
โ€ข Tuberkulosis (Tibi)
โ€ข Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Cara penggunaan:
1๏ธโƒฃ Klik ruangan โ€œCariโ€.
2๏ธโƒฃ Masukkan lokasi yang dikehendaki seperti nombor poskod atau nama jalan.
3๏ธโƒฃ Paparan bilangan kes aktif di sekitar lokasi carian akan dipaparkan.

Orang ramai disarankan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai rujukan rasmi bagi mendapatkan maklumat kesihatan awam yang sahih dan terkini.

Kekal berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan.

โœด๏ธGELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuac...
26/03/2026

โœด๏ธGELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37ยฐC untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

*Sesi Celik Minda Bil. 9/2026**_Panduan Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya_**- 26 Mac 2026 (Khamis)**- 8.15 pagi**- Dewan S...
26/03/2026

*Sesi Celik Minda Bil. 9/2026*

*_Panduan Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya_*
*- 26 Mac 2026 (Khamis)*
*- 8.15 pagi*
*- Dewan Sri Anjung*
*- Penceramah: Sn Nirwana bt Rajab*
Program ini telah disertai oleh 45 orang staf. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan amalan penyusuan susu ibu yang betul selaras dengan inisiatif BFH, termasuk polisi bertulis, latihan staf, pendidikan ibu hamil, penyusuan awal (skin-to-skin), teknik penyusuan, tiada makanan tambahan, rooming-in, on demand feeding, tiada dummy, sokongan selepas discaj, pematuhan kod etika pemasaran, penjagaan mesra ibu serta panduan HIV dan amalan semasa pandemik.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran staf dalam menyokong penyusuan susu ibu.

Meraikan Petugas Perubatan di Hospital Besut pada Pagi Hari Raya Aidilfitri 2026Sempena hari raya pertama pada 21 Mac 20...
21/03/2026

Meraikan Petugas Perubatan di Hospital Besut pada Pagi Hari Raya Aidilfitri 2026

Sempena hari raya pertama pada 21 Mac 2026 (Sabtu), Pengarah Hospital mewakili pihak pengurusan hospital mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan hospital terutama petugas perubatan yang telah memberikan sepenuh dedikasi dan dengan setia menjalankan tugas perawatan pesakit di musim perayaan ini. Sesi perjumpaan Pengarah Hospital dengan semua kakitangan yang bertugas disertai oleh Penyelia dan Ketua Jururawat bertugas atas panggilan berjalan lancar di wad O&G, Pediatrik, Multidisiplin, wad Perubatan lelaki dan Perempuan, Unit Rawatan Rapi, Unit Kecemasan dan Klinik Rawatan Pesakit zon hijau di Klinik Pakar, Unit Radiologi, Unit Farmasi dan Unit Angkut (Pemandu ambulan). Di kala sibuk dengan tugas di pagi raya, kakitangan hospital menyempatkan diri secara giliran untuk menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh pihak hospital.

Pihak pengurusan hospital juga ingin memberi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut yang memainkan peranan dalam membantu melancarkan operasi di Klinik Rawatan Pesakit Zon Hijau Unit Kecemasan dengan penugasan seorang pegawai perubatan daripada klinik kesihatan setiap hari sepanjang musim perayaan ini.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆMohon Maaf Zahir dan BatinIkhlas Daripada Pengarah dan Warga Kerja Hospital Besut
20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ

Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas Daripada Pengarah dan Warga Kerja Hospital Besut

๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข-๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐š๐ ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐๐ข ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐ข๐š๐กMenjelang penutup bulan mulia Ramadan hari i...
20/03/2026

๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข-๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐š๐ ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐๐ข ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐ข๐š๐ก

Menjelang penutup bulan mulia Ramadan hari ini, pihak pengurusan hospital ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Urusetia program Ihya Ramadan kali ini iaitu Pasukan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan Biro Keagamaan KeSuKes Besut yang bertungkus lumus menguruskan aktiviti-aktiviti keagamaan terutama di Hospital Besut.

2 ceramah Ramadan telah diadakan di Dewan Seri Anjung Hospital Besut iaitu:

1. Ceramah Nuzul Al-Quran oleh penceramah jemputan Ustaz Mohamad Najib bin Hussin pada 9 Mac 2026.

2. Ceramah Pecutan Terakhir Ramadan oleh penceramah jemputan YADIM Terengganu, Dr Mohd Zamani bin Ismail, pada 15 Mac 2026 (Ahad).

Semoga bermanfaat besar kepada pengisian kerohanian semua kakitangan hospital, kakitangan PKD Besut dan Pergigian Daerah Besut.

**[ Laporan Aktiviti Unit Psikiatri bulan MAC 2026 ]****Program Lemari Kasih & Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026**Semp...
20/03/2026

**[ Laporan Aktiviti Unit Psikiatri bulan MAC 2026 ]**

**Program Lemari Kasih & Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026**

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Unit Psikiatri telah menyertai *Program Lemari Kasih* pada 2 Mac 2026 sebagai salah satu inisiatif kebajikan bagi menyantuni warga hospital.

Melalui program ini, pihak Unit Psikiatri telah menyediakan sebanyak 100 bungkusan juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada para peneman pesakit di Unit Kecemasan serta kakitangan sokongan yang sedang bertugas pada waktu berbuka. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang berada di hospital ketika waktu berbuka puasa.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri p**a, Unit Psikiatri turut mengambil inisiatif untuk menceriakan pesakit dengan memberikan hadiah persalinan baju raya berserta biskut raya. Seramai 10 orang pesakit telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.

Para penerima kelihatan amat gembira dan terharu dengan pemberian tersebut serta merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Program ini bukan sahaja mencerminkan nilai kasih sayang dan empati, malah turut menyuntik semangat dan kegembiraan kepada pesakit dalam menyambut Aidilfitri.

Pihak Unit Psikiatri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

-MO Psikiatri HOSBES

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐…๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐’๐”๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin) bersamaan 26 Ramadan 1447HLokas...
19/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐…๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐’๐”๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin) bersamaan 26 Ramadan 1447H
Lokasi: Halaman Unit Pengurusan dan Dewan Sri Anjung, Hospital Besut

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ข๐ง๐ข ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐ข ๐จ๐ฅ๐ž๐ก:
- Puan Pengarah Hospital Besut
- Timbalan Pengarah Hospital
- Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besut
- Pakar-pakar Hospital
- Ketua Unit dan Penyelia
- Anggota Hospital Besut dan ahli keluarga anggota hospital

Pengisian program yang telah berlangsung ialah:
- Berbuka puasa bersama
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat Isyak berjemaah
- Tazkirah Ramadan
- Solat Terawih
- Solat Witir

Objektif
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan hospital, Ahli Lembaga Pelawat serta seluruh warga Hospital Besut.
- Menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti kerohanian secara berjemaah.
- Mewujudkan semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan anggota hospital serta ahli keluarga.
- Menghargai sumbangan semua anggota hospital dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Salam Aidilfitri kepada semua, semoga senantiasa dalam rahmat Allah yang berkekalan.
aamiin ya Allah

Address

Jalan Pasir Akar
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Besut - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Besut - Rasmi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram