Panel_Solat

Panel_Solat Menbantu Anak anak yang lemah dalam pembelajaran https://terminalanakpintar.com

Assalamualaikum & Salam Jumaat 🕌Jom kita ambil masa sikit pada hari Jumaat yang mulia ni utk perbanyakkan berselawat ke ...
07/01/2022

Assalamualaikum & Salam Jumaat 🕌

Jom kita ambil masa sikit pada hari Jumaat yang mulia ni utk perbanyakkan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW..

Banyak kebaikan yg kita akan dapat drp berselawat antaranya diampunkan dosa, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dgn Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti 😊

Semoga Allah sentiasa membimbing kita 🤲✨

"TAK GUNA BERDOA 1000 KALI"Kenapa ada sesetengah manusia itu solat sampai menangis? Apa yg menyebabkan ada yg solat hing...
27/10/2021

"TAK GUNA BERDOA 1000 KALI"

Kenapa ada sesetengah manusia itu solat sampai menangis?

Apa yg menyebabkan ada yg solat hingga menitiskan air mata?

Ya, sebab mereka faham dan menghayati akan maksudnya. Sehingga terkesan di hati. Di situlah lahirnya khusyuk dalam solat.

Setiap solat itu, di penuhi dengan doa. Sebab itulah solat itu memberikan kesan yg besar kepada kita. Bahkan digelarkan tiang agama kita.

Tidak lain dan tidak bukan. Kerana saat kita solat itulah, kita memohon beribu kebaikan. Dan saat itulah jua kita paling dekat dngan Allah SWT.

Sebab itulah, amat rugi jika kita solat, namun tak fahami apa yg dibaca. Yg mana sebenarnya adalah doa untuk diri sendiri.

Contohnya, doa ketika duduk antara dua sujud. Agak-agaknya berapa ramai antara kita yg betul-betul faham?

Maksudnya:
Tuhanku ampuni aku, Sayangi aku, Tutuplah aib- aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku, Maafkan aku.

Percaya atau tidak, kita membaca doa ini paling kurang 17 kali sehari. Begitu banyak yg kita mohon, hanya dalam 1 doa.

Perasan tak yg doa ini merangkumi seluruh keperluan hidup kita?

Kita nak keampunan dan kasih sayang dari Allah. Kita nak Allah tutup aib kita dan mengangkat darjat kita. Kita nak Allah murahkan rezeki kita dan diberikan kesihatan.

Rugi kan kalau kita tak faham? 17 kali baca setiap hari, namun tak dapat menghayatinya.

Berbeza keadaannya bila kita faham. Kita akan meminta dengan penuh PENGHARAPAN. Dan sudah pasti doa tersebut lebih bernilai.

Jadi jom kita 'upgrade-kan' kualiti solat kita. Dengan memahami apa yg kita sebutkan. Supaya kita dapat kesan yg besar dari solat yg kita kerjakan.

kredit:page CAHAYA HATI

26/10/2021

Address

SWG VISION PLT, LOT 3649, TINGKAT ATAS PERKEDAIAN ALOR LINTAH
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panel_Solat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Panel_Solat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram