Farmasi Al-Arif Cawangan Jerteh

Farmasi Al-Arif Cawangan Jerteh Pharmacy Open 7day a week
Your niche pharmacy of Halal Pharmaceuticals

17/06/2025

Makan penting untuk kelangsungan hidup namun ada perlu ambil secara berpada kerana tanpa kita sedar yang kita makan boleh jadi punca kepada masalah kronik.



Diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi ‘premium’ terpilih, Avergold AromaTerapi Massage Oil membantu melegakan rasa ...
17/06/2025

Diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi ‘premium’ terpilih, Avergold AromaTerapi Massage Oil membantu melegakan rasa ketidakselesaan pada bahagian tubuh fizikal. Haruman aromanya memberikan terapi ketenangan minda & tubuh. Avergold AromaTerapi Massage Oil ini bukan sahaja memiliki aroma yang harum wangi, tetapi juga rasanya berangin, serta kombinasi hangat dan dingin yang seimbang, sesuai digunakan oleh semua peringkat usia, dari 2 tahun dan ke atas.

Disarankan untuk:
Mereka yang aktif, kurang aktif, ibu bapa, anak-anak, ketika bekerja (ianya cepat meresap & wangi), dibawa berjalan jauh (travel), pakai selepas mandi, sebelum tidur serta sesuai untuk seisi keluarga.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa ikuti perkembangan kami di facebook, instagram, dan juga tiktok agar anda tidak terlepas sebarang info daripada kami
"Selamat, Halal, Sihat"

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami melalui nombor berikut
https://api.whatsapp.com/send/?phone=601156895764
https://api.whatsapp.com/send/?phone=601156895764
https://api.whatsapp.com/send/?phone=601156895764

16/06/2025

TERLALU MANIS MEMBAHAYAKAN!

Tahukah anda?

📌 2 daripada 3 remaja & 1 daripada 2 dewasa ambil GULA BERLEBIHAN setiap hari!
📌 Separuh daripada gula ini datangnya dari... MINUMAN!

💣 Akibatnya? Berat badan naik, risiko diabetes & serangan jantung meningkat!

✅ Solusinya mudah:
☑ Kurangkan gula semasa bancuh
☑ Semak label pemakanan
☑ Pilih minuman kurang atau tanpa gula

🥄 Satu sudu teh sudah cukup.
💥 Kurang lebih baik, tiada TERBAIK!





14/06/2025
Adakah anak anda mengalami masalah kembung perut dan sering meragam akibat ketidakselesaan perut? Kini tidak lagi ,jom d...
14/06/2025

Adakah anak anda mengalami masalah kembung perut dan sering meragam akibat ketidakselesaan perut? Kini tidak lagi ,jom dapatkan Seraimas Baby Oil di farmasi kami🤗

13/06/2025

🚭 Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau terhadap kesihatan.

Penggunaan produk tembakau dan produk merokok yang lain boleh menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan bukan sahaja perokok tapi orang di sekeliling mereka.

Hentikan rokok, lindungi nyawa. Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia atau layari jomquit.moh.gov.my.

Setiap langkah kecil ke arah berhenti merokok adalah satu pencapaian besar untuk masa depan yang lebih sihat. ❤️




13/06/2025
13/06/2025

Tips untuk menghilangkan tompok hitam di wajah (hyperpigmentation) secara berkesan dan selamat

Rutin Pagi
1. Pencuci muka ringan (gentle cleanser)

2. Serum Vitamin C atau Niacinamide
Vitamin C: untuk mencerah & lindungi dari radikal bebas
Niacinamide: bantu kurangkan penghasilan melanin

3. Moisturizer (pelembap)
Sesuaikan dengan jenis kulit (kering, kombinasi, berminyak)

4. Wajib Pakai Sunscreen Setiap Hari
Pilih sunscreen SPF 30 atau lebih. Tanpa sunscreen, rawatan apa pun tidak akan berhasil sepenuhnya.

5. Konsisten dan Sabar
Tompok hitam ambil masa 4–12 minggu untuk pudar. Jangan tukar produk terlalu kerap, beri masa untuk nampak kesan.

6. Elakkan Produk Pemutih yang Mengandungi Merkuri atau Hydroquinone

11/06/2025

Daging merupakan antara sumber protein utama yang boleh diberi kepada bayi dan kanak-kanak kecil selain ayam, ikan dan telur.

Memandangkan kita masih masih rancak menyediakan aneka juadah berasaskan daging korban, di sini kami kongsikan kuantiti pengambilan sehari beserta tekstur daging yang bersesuaian mengikut umur bagi bayi dan kanak-kanak kecil sekiranya anda ingin memberikan daging kepada si manja.

Semoga bermanfaat!



11/06/2025

Pada umumnya, hipertensi adalah satu penyakit senyap. Malahan kebanyakan individu yang mengalami keadaan ini tidak berdepan sebarang simptom ataupun gejala. Apa pun perhatikan tanda-tanda ini dan jika perlu segera dapatkan nasihat pakar.




Assalamualaikum semua 🤗Salam Jumaat & Salam Hari Arafah.Harini kami masih buka deh sehingga 10pm & akan tutup selama 2 h...
06/06/2025

Assalamualaikum semua 🤗
Salam Jumaat & Salam Hari Arafah.
Harini kami masih buka deh sehingga 10pm & akan tutup selama 2 hari (Sabtu & Ahad).
Jom pakat mari blako untuk beli bekalan ubat & suplemen di Farmasi Al-Arif Jerteh 😁

Address

Lot Pt300, Tingkat Bawah, Jalan Bukit Mok Mek
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 08:30 - 21:00
Tuesday 08:30 - 21:00
Wednesday 08:30 - 21:00
Thursday 08:30 - 21:00
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 21:00
Saturday 08:30 - 21:00
Sunday 08:30 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Al-Arif Cawangan Jerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Al-Arif Cawangan Jerteh:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram