Kapsul D'Hemo HQ STORE

Kapsul D'Hemo HQ STORE SEMBUH BUASIR SECARA SEMULAJADI DENGAN KAPSUL D'HEMO

💧 Tips Mudah Cukupkan 8 Gelas Air Masa PuasaRamai tak sedar…Bila puasa, kita kurang minum air —Tiba² badan cepat letih, ...
22/02/2026

💧 Tips Mudah Cukupkan 8 Gelas Air Masa Puasa

Ramai tak sedar…
Bila puasa, kita kurang minum air —
Tiba² badan cepat letih, bibir kering, kepala berat, malah sembelit.

Walaupun berpuasa, badan masih perlukan minimum 8 gelas air kosong sehari.

Tak susah pun nak cukupkan 👇

🌙 Strategi 2–4–2

✔ 2 gelas waktu berbuka
– 1 gelas sebelum makan
– 1 gelas selepas makan

✔ 4 gelas antara Maghrib hingga sebelum tidur
– Minum sedikit demi sedikit
– Elakkan minum sekaligus

✔ 2 gelas waktu sahur
– 1 gelas sebelum makan
– 1 gelas sebelum imsak

📌 Tip penting:
Dahaga? Minum air kosong dulu sebelum ambil air manis.

Bila air cukup:
✅ Badan lebih segar
✅ Kurang lesu siang hari
✅ Kurang risiko sembelit
✅ Perut rasa lebih selesa sepanjang puasa

Kadang yang paling simple itulah yang paling ramai terlepas pandang.

Semoga bermanfaat.
Admin (Kapsul D'Hemo)

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.Semoga bulan penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan amal, me...
18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Semoga bulan penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan amal, memperkukuh nilai keinsanan, dan membina kebaikan bersama.

Semoga setiap usaha dan ibadah kita diberkati.










🧧 Selamat Tahun Baru Cina | 农历新年快乐 🧧Kapsul D’HEMO mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pelanggan dan rakan niaga.Semo...
17/02/2026

🧧 Selamat Tahun Baru Cina | 农历新年快乐 🧧

Kapsul D’HEMO mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pelanggan dan rakan niaga.
Semoga tahun baharu ini membawa kesihatan yang lebih baik, kehidupan yang selesa dan rezeki yang melimpah.

D’HEMO sentiasa komited membantu menjaga kesihatan dalaman anda.
✨ Sihat itu rezeki ✨

恭喜发财!
D’HEMO 谨此祝愿大家
在新的一年里 身体健康、生活顺心、万事如意。
愿健康常伴,幸福常在。


Kapsul D’HEMO

SEMBELIT YANG DIBIARKAN BUKAN ISU KECILBila ke tandas mula rasa “berat”,ambil masa lama,perlu menerandan tetap rasa tak ...
08/02/2026

SEMBELIT YANG DIBIARKAN BUKAN ISU KECIL

Bila ke tandas mula rasa “berat”,
ambil masa lama,
perlu meneran
dan tetap rasa tak puas…

👉 itu bukan keadaan normal.

Ia tanda awal fungsi usus mula terganggu — cuma ramai anggap ia perkara biasa dan terus dibiarkan.

Apabila najis tertahan terlalu lama dalam usus besar, ia akan menjadi lebih keras dan sukar dikeluarkan. Tekanan yang berulang ketika meneran boleh menyebabkan iritasi pada saluran usus dan kawasan dubur, yang akhirnya boleh mencetuskan masalah seperti buasir.

Dalam jangka masa panjang, gangguan pembuangan yang berulang juga menandakan usus tidak berfungsi secara optimum. Pakar kesihatan sering menekankan bahawa kesihatan usus memainkan peranan penting terhadap kesihatan dalaman keseluruhan.

Sebab itu sembelit tidak wajar dipandang ringan.
Ia adalah isyarat awal badan supaya kita mula beri perhatian pada:
✔ corak pemakanan
✔ pengambilan air
✔ pergerakan usus yang sihat

Jangan tunggu sampai badan “beri amaran lebih kuat”.

Masih tahan sakit, pedih & gatal di kawasan dubur?Setiap kali ke tandas jadi trauma. Duduk lama pun tak selesa.🔥 Kapsul ...
03/02/2026

Masih tahan sakit, pedih & gatal di kawasan dubur?
Setiap kali ke tandas jadi trauma. Duduk lama pun tak selesa.

🔥 Kapsul D’HEMO
Diformulasi untuk membantu menyokong kesihatan dubur dan
mengurangkan ketidakselesaan akibat buasir dari dalam badan.

✅ Amalan mudah setiap hari
✅ Bantu tingkatkan keselesaan ketika rutin harian
✅ Lebih yakin, lebih selesa

Jangan tunggu sampai makin teruk.
👉 Klik WhatsApp sekarang untuk info & konsultasi lanjut
Kami bantu jawab ikut keadaan anda.

✨ MALAM NISFU SYAABAN ✨Malam ini adalah malam yang penuh rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah 🤍Malam untuk kita berh...
02/02/2026

✨ MALAM NISFU SYAABAN ✨

Malam ini adalah malam yang penuh rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah 🤍
Malam untuk kita berhenti sejenak, menilai diri dan kembali kepada-Nya.

🌙 Antara amalan yang boleh dilakukan:

🤲 Perbanyakkan istighfar & taubat

📖 Membaca Al-Quran

🕌 Solat sunat mengikut kemampuan

💞 Berselawat ke atas Nabi ﷺ

🙏 Berdoa agar diampunkan dosa, dilapangkan rezeki dan ditetapkan iman

Semoga malam Nisfu Syaaban ini menjadi titik perubahan untuk kita menjadi hamba yang lebih baik, sebelum melangkah ke bulan Ramadan 🌸

“Ya Allah, ampunilah dosa kami, rahmati hidup kami dan tetapkanlah hati kami di jalan-Mu.”






FAHAMI SEMBELIT ‼️Sembelit bukan sekadar tidak membuang air besar.Ia merujuk kepada keadaan apabila pergerakan usus menj...
25/01/2026

FAHAMI SEMBELIT ‼️

Sembelit bukan sekadar tidak membuang air besar.
Ia merujuk kepada keadaan apabila pergerakan usus menjadi tidak lancar atau tidak seperti kebiasaan.

Antara tanda-tanda yang sering dialami ialah:
🔹 Perlu meneran kuat ketika ke tandas
🔹 Najis keras, berketul atau kecil-kecil
🔹 Rasa tidak puas walaupun sudah membuang
🔹 Kerap rasa ingin membuang tetapi sukar
🔹 Ada yang hanya membuang air besar 2–3 hari sekali

Jika keadaan ini berlaku secara kerap, itulah yang dinamakan SEMBELIT.

Ia mungkin nampak remeh, namun ia bukan keadaan normal.
Hakikatnya, ramai mengalami sembelit tanpa menyedarinya.

KENAPA PERLU DIELAKKAN MAKANAN BERASASKAN CILIMakanan pedas, khususnya yang berasaskan cili, mengandungi bahan aktif yan...
22/01/2026

KENAPA PERLU DIELAKKAN MAKANAN BERASASKAN CILI

Makanan pedas, khususnya yang berasaskan cili, mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai capsaicin. Bahan ini merangsang saraf di sepanjang saluran penghadaman, termasuk saraf pada usus.

Apabila saraf usus terangsang, pergerakan otot usus boleh menjadi tidak sekata. Ada ketika pergerakan terlalu laju, dan ada masanya berlaku kekejangan (spasm). Keadaan inilah yang menyebabkan sesetengah individu mengalami cirit-birit selepas makan pedas, manakala sebahagian yang lain mengalami kesukaran membuang air besar kerana pergerakan najis menjadi tidak lancar.

Bagi individu yang sedang mengalami sembelit, keadaan ini lebih mudah menjadi bertambah teruk. Najis yang berada terlalu lama di dalam usus besar akan kehilangan lebih banyak air, menjadikannya kering dan keras. Akibatnya, proses pembuangan menjadi sukar dan memerlukan peneranan yang kuat, sedangkan meneran merupakan salah satu faktor utama terjadinya buasir.

Bagi mereka yang sudah mempunyai buasir, makanan pedas p**a boleh bertindak sebagai pencetus rasa sakit. Capsaicin boleh menyebabkan rasa pedih dan panas ketika pembuangan. Ini membuatkan sesetengah individu mula menangguhkan ke tandas. Apabila pembuangan ditangguhkan, najis menjadi semakin keras, kesakitan bertambah, dan buasir menjadi lebih sensitif serta mudah meradang.

Atas sebab itu, bagi individu yang sedang mengalami masalah penghadaman, sembelit atau buasir, makanan pedas disarankan untuk dielakkan sementara waktu. Bukan kerana pedas adalah punca utama, tetapi kerana ia boleh memburukkan keadaan sedia ada. Apabila sistem penghadaman kembali stabil dan pembuangan menjadi lancar, pengambilan makanan pedas boleh dipertimbangkan semula secara berpada-pada.

Terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkongsian kesihatan daripada
Admin – Kapsul D’Hemo

08/01/2026

Bila baca mesej macam ni…
terus senyum tanpa sedar.

Kadang kita tak perlu review panjang-panjang.
Cukup bila pelanggan sendiri rasa lega dan kembali jalani rutin harian seperti biasa.

“Dulu tak selesa, sekarang dah boleh fokus kerja dan ibadah.”
Itu yang paling bermakna bagi kami.

Produk ini dihasilkan sebagai ikhtiar sokongan dalaman,
dirumus dengan bahan herba terpilih dan diamalkan secara konsisten.

Jika anda sedang melalui fasa yang sama,
mungkin ini masa untuk jaga diri dengan lebih baik.

📩 PM kami untuk info lanjut
📦 Pos seluruh Malaysia








Kami TIDAK akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian yang berlaku jika pembelian bukan daripada pihak kami
07/01/2026

Kami TIDAK akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian yang berlaku jika pembelian bukan daripada pihak kami









31/12/2025

🎉 SELAMAT TAHUN BARU 2026 dari KAPSUL D’HEMO • HQ STORE 🎉

Terima kasih kepada semua pelanggan yang memilih D’Hemo sepanjang tahun 2025.
Setiap testimoni, setiap sokongan & setiap pembelian anda menjadi semangat kami untuk terus membantu lebih ramai orang hidup lebih selesa tanpa masalah buasir.

✨ Tahun 2026, kami berjanji untuk terus berikan produk yang lebih berkualiti, servis lebih cepat, dan sokongan yang lebih mesra.

Moga tahun baru ini membawa kesihatan, rezeki & ketenangan untuk anda sekeluarga.
Teruskan bersama D’Hemo – Legakan dari Akar Punca.

Ramai berhenti makan D’Hemo bila dah mula rasa lega. Sebenarnya itu silap besar.Kelegaan bukan tanda pulih sepenuhnya – ...
31/10/2025

Ramai berhenti makan D’Hemo bila dah mula rasa lega. Sebenarnya itu silap besar.
Kelegaan bukan tanda pulih sepenuhnya – itu baru permulaan proses rawatan.
Teruskan sampai habis, baru buasir betul-betul reda dan tak datang balik.
Nak teruskan rawatan? Klik WhatsApp untuk repeat order.

Address

SAFE EMPIRE SDN BHD LOT 6005 TINGKAT 1, Jalan PASAR BAHARU BANGUNAN BELAKANG TELEKOM
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kapsul D'Hemo HQ STORE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kapsul D'Hemo HQ STORE:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram