06/04/2021
PENTINGKAH KELUARGA BAHAGIA
Apabila kita membicarakan soal Keluarga Bahagia, Setiap orang mempunyai hasrat dan keinginan untuk memperolehinya yg melambangkan Keindahan,Ketenangan dan Keseronokan.
Sesiapa yang merasa bahagia maka hidupnya penuh bermakna sepanjang hayatnya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat juga dia bakal menerima ganjaran dan balasan yang baik.
Tetapi pernahkah kita terfikir dan berfikir apakah Erti Kebahagiaan yang Hakiki?.
Adakah kebahagiaan itu diukur dengan kekayaan seperti memiliki kereta mewah, rumah yang besar, dan wang yang mencurah-curah sedangkan hati kosong dari mengingati Allah dan dirinya ingkar segala suruhan dan laranganNya?
Jika hanya keinginan material yang kita harapkan memang Allah akan kabulkan, tetapi kita tidak akan memperolehi Kebahagiaan yang datangnya dari Allah.
“Baiknya anak dia, pasti ibu bapanya juga orang baik-baik kan?”sejuk hati kita ibu bapa bila dengar setiap bait perkataan itu.Itulah maksud peribahasa "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
Lahirnya anak-anak pasti akan mengikut sikap dan tindakan ibu bapanya. Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga.
Banyak Cara Terbaik untuk kita sebagai ibu bapa Membentuk Keluarga Bahagia bersama anak-anak. Salah satunya, ibubapa sebagai suri teladan buat anak-anak.
Dalam membentuk keluarga sakinah, ibu bapa menjadi "role model" kepada anak-anak. Mereka harus menunjukkan teladan yang baik supaya dicontohi anak-anak.
Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Di samping itu, ibu dan bapa perlu saling meghormati antara satu sama lain.
keadaan yang diperlihatkan buat anak-anak ini secara tidak langsung diikuti oleh mereka dalam berinteraksi sesama mereka kerana "Bapak Borek, Anak Rintik"
Seterusnya, anak-anak perlu diberi perhatian penuh dan kasih sayang. Walaupun ibu bapa sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing, jangan lupa didikan yang harus diberikan kepada anak.
Jika kita dapat elakkan perkara negatif dalam keluarga, inshAllah akan tercipta Keluarga Bahagia Dalam Rumahtangga kita.
Semoga Sharing Hari ini Bermanfaat buat semua.
Ikhlas,
Aini Rashid