29/09/2025
π PROGRAM CERAMAH MOTIVASI PUSPEN BESUT π
Pada 29 September 2025 (Isnin), Unit Pemulihan PUSPEN Besut telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi bertempat di Dewan Muhibbah dengan kehadiran penceramah jemputan, Ustaz Amir Syakirin Bin Maznan, Pengurus Waja Training & Consultant, Kuala Terengganu.
Ceramah yang disampaikan dengan penuh semangat, berinspirasi dan sarat dengan mesej motivasi ini berjaya menyuntik dorongan positif serta membina keyakinan diri dalam kalangan klien. Ia menjadi satu pengalaman bermakna buat semua yang hadir.
Turut berbesar hati hadir dalam program ini ialah Tuan Pengarah PUSPEN Besut, En. Wan Jalani bin Wan Ismail, bersama seluruh warga kerja yang memberikan sokongan padu demi menjayakan program ini. Kehadiran mereka menambah semangat dan motivasi buat para klien.
Semoga usaha murni ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin ke arah perubahan yang lebih baik. β¨
π Terima kasih atas kerjasama semua.