D'Aora Fitness

D'Aora Fitness Pakar Kecergasan. Jurulatih Kecergasan, Personal Trainer, Master Trainer, Lose Weight Programme) (D-SLIM).
(260)

Program Penurunan Berat Badan.
'Sifu' Senaman Bellydance Malaysia
Ingat Slim, Ingat D'Aora.
'D'Aora Fashion Fit' D'Aora Fitness adalah Pusat Kecergasan No. 1 TERBAIK � di Malaysia dibuka untuk para lelaki dan juga wanita. Antara servis yg D'Aora Fitness sediakan �
� Pakar dalam pengurusan berat badan (D'Slim Program)
� Menyediakan kelas senaman kecergasan seperti :
� Zumba
� Bodymove
� Stepboard
� Bodytoning
� Bollywood Fitness
� Cardio Bellydance
� Masala Bhangra
� K-Box-T
� D'Aora Fitness menyediakan kursus untuk mereka yang ingin menceburkan diri sebagai :
� Instruktur aerobik (GFit Course)
� Coach menurunkan berat badan (personal trainer)
� Instruktur cardio Bellydance
� Bellydancer
� Menjual pakaian sukan / senaman untuk aerobik
� Menjual kostum & pakaian Bellydance

07/02/2026

Bila badan bergerak, hormon pun gembira.

07/02/2026

EXERCISE HAPPY- HAPPY , KURUS PUN HAPPY- HAPPY JER.

Inilah konsep yang ramai orang terlepas pandang,
Bila cardio dibuat dalam keadaan happy, enjoy, gelak, ikut lagu, kesannya jauh lebih kuat berbanding cardio yang paksa diri ,Badan kita bukan mesin. Badan kita ikut emosi + hormon.

Banyak manfaat Cardio Exercise Sambil Happy Untuk Bakar Kalori, Bakar Lemak dan Baik Pulih Hormon

Ramai orang melakukan senaman cardio dalam keadaan terpaksa, penat dan tertekan. Hakikatnya, cardio yang dilakukan dalam keadaan gembira, seronok dan menikmati muzik memberi kesan yang jauh lebih besar kepada pembakaran kalori, pembakaran lemak serta keseimbangan hormon badan.

Badan manusia bukan berfungsi seperti mesin. Badan sangat dipengaruhi oleh emosi dan hormon. Apabila senaman dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan, badan memberi tindak balas yang sangat positif.

1. Mengaktifkan Hormon “Kurus”

Apabila kita melakukan cardio sambil menikmati muzik dan berasa gembira, badan akan menghasilkan hormon berikut:
• Endorphin – hormon rasa seronok dan mengurangkan rasa sakit
• Dopamine – hormon motivasi
• Serotonin – hormon ketenangan emosi

Hormon-hormon ini membantu menurunkan hormon stres iaitu cortisol.

Apabila cortisol rendah, badan lebih mudah membakar lemak berbanding menyimpan lemak.

2. Membakar Kalori dan Lemak Dengan Lebih Efektif

Apabila kita gembira semasa bersenam:
• Pergerakan menjadi lebih aktif tanpa sedar
• Nafas menjadi lebih panjang dan stabil
• Tidak cepat penat
• Mampu bersenam lebih lama tanpa rasa terpaksa

Keadaan ini membolehkan kadar denyutan jantung kekal lebih lama dalam fat burning zone, iaitu zon terbaik untuk pembakaran lemak.

3. Membantu Menstabilkan Hormon Wanita 40–50an

Cardio yang dilakukan dalam keadaan gembira membantu menstabilkan hormon penting seperti :

* Insulin
Mengurangkan simpanan lemak

*Estrogen
Mengurangkan perut buncit

* Progesteron
Membantu tidur lebih lena

* Cortisol
Mengurangkan stres dan keinginan makan manis

* Leptin
Membantu otak cepat rasa kenyang

Sebab itu, selera makan lebih terkawal tanpa paksaan.

4. Menyihatkan Jantung dan Salur Darah

Cardio yang menyeronokkan membantu:
• Melancarkan peredaran darah
• Menurunkan tekanan darah
• Meningkatkan bekalan oksigen ke seluruh badan

Selepas senaman, badan akan terasa lebih ringan, dada lebih lapang dan fikiran lebih tenang.

5. Mengurangkan Emotional Eating

Ramai individu makan kerana tekanan emosi, bukan kerana lapar.
Cardio yang menggembirakan membantu badan menghasilkan rasa seronok secara semula jadi tanpa perlu bergantung kepada makanan.

6. Membantu Konsistensi Dalam Senaman

Individu yang menikmati senaman:
• Tidak rasa terbeban
• Tidak rasa terpaksa
• Lebih konsisten melakukannya dalam jangka masa panjang

Konsistensi inilah kunci utama kepada penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Kesimpulan

Cardio exercise yang dilakukan dalam suasana gembira dan menyeronokkan mampu:
• Membakar kalori dengan lebih efektif
• Membakar lemak dengan lebih cepat
• Menstabilkan hormon badan
• Mengurangkan stres
• Mengawal selera makan
• Menyihatkan jantung
• Membantu konsistensi senaman

Pendekatan ini sangat sesuai diamalkan terutamanya oleh wanita berumur 40 tahun ke atas kerana ia membantu proses penurunan berat badan secara lebih selamat, semula jadi dan berkesan.

Inilah ‘The Big Why’ kenapa ladies D'Aora Fitness tergila- gila atau addict dengan exercise bersama D'Aora Fitnezz , Exercise bersama D’AORA FITNESS ibarat pain killer untuk banyak penyakit kegemukan, tu pasal kami mudah kurus walaupun food lovers 🤭

07/02/2026

Assalamualaikum dan salam sihat semua ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta D’SLIM Program Musim Ke-28 dari seluruh centre D’Aora Fitness di seluruh negara.

Anda semua bukan sekadar peserta.Anda adalah bukti bahawa wanita boleh berubah, boleh kuat, dan boleh sihat apabila diberi bimbingan yang betul dan suasana yang positif.

Setiap peluh yang jatuh, setiap langkah yang diambil, setiap senaman yang dilakukan dengan senyuman — semuanya adalah kejayaan yang sangat membanggakan.

Dari pelbagai negeri, pelbagai latar belakang, tetapi satu matlamat yang sama:mahu sihat, mahu kurus dengan cara yang betul, dan mahu sayang diri sendiri.

Terima kasih kerana:

🥰Konsisten hadir kelas

🥰Percaya dengan kaedah D’Aora Fitness

🥰Memberi komitmen yang luar biasa

🥰Menjadi inspirasi kepada wanita lain

Kejayaan anda bukan hanya pada angka kilogram yang turun, tetapi pada perubahan gaya hidup, perubahan keyakinan diri, dan perubahan cara melihat diri sendiri.

Inilah semangat sebenar komuniti D’Aora Fitness, kita tidak berjalan seorang diri, kita berubah bersama.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta D’SLIM Program Peak Season 28(PS28),Anda semua adalah kebanggaan kami.

Semoga perjalanan sihat ini diteruskan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana.

Dengan penuh rasa bangga dan syukur,D’Aora Fitness – Slim Anggun Ceria

🔊 SAVE THE DATE ‼️*FITNESS TALK PS28* 📲 *ONLINE*via FB Live & Google Meet_📌 Link FB Live & Google Meet akan diberi 30 mi...
08/01/2026

🔊 SAVE THE DATE ‼️

*FITNESS TALK PS28* 📲 *ONLINE*

via FB Live & Google Meet_

📌 Link FB Live & Google Meet akan diberi 30 minit lebih awal di WhatsApp Group PS28

📌 Peserta HQ boleh datang ke studio pada hari _*Jumaat (9 Jan 2026) mulai jam 10 AM*_ untuk ambil timbangan & ukuran saiz badan.

📌 Boleh berhubung dengan Coach Waniey (📞+60179637947) for more info

www.wasap.my/60177069818/FTPS28

🔥 NAK KURUS CEPAT & MUDAH SEBELUM HARI RAYA? 🔥D’AORA FITNESS bantu you turun berat dalam 30 hari 💪✨✔️ Diet tanpa lapar✔️...
18/12/2025

🔥 NAK KURUS CEPAT & MUDAH SEBELUM HARI RAYA? 🔥

D’AORA FITNESS bantu you turun berat dalam 30 hari 💪✨
✔️ Diet tanpa lapar
✔️ Sesuai untuk wanita sibuk & beginner
✔️ Meal plan lengkap, sedap & mudah
✔️ Online & fizikal
✔️ FAST RESULT bila buat bersama D’AORA 💥

🎯 INTAKE JAN 2026 – SLOT HAMPIR PENUH!
🎉 EARLY BIRD PROMO 50% OFF
📅 Sah sehingga 1 Jan 2026

👉 Daftar sekarang sebelum slot ditutup!

Jom JADI CANTIK sama-sama dengan D’Aora 😍🫶

https://wa.link/k4dkbg
https://wa.link/k4dkbg
https://wa.link/k4dkbg

Exercise tanpa diet yang seimbang, Payah sikit nak kurus, Sebab tu ramai kita tengok orang exercise tapi tak kurus, so k...
16/12/2025

Exercise tanpa diet yang seimbang, Payah sikit nak kurus, Sebab tu ramai kita tengok orang exercise tapi tak kurus, so keluarlah statement
“ Zumba hari- hari pun gemuk”.

Diet yang seimbang + tidak berlapar, cukup protein, fiber, dan air - juga tidak buatkan berat badan kita turun cepat. kerana hak terlebih ter cheat tu ada sokmo.

Exercise yang berfokus + Diet yang seimbang sambil happy- happy jer itulah rahsianya, Ladies D'Aora Fitness boleh turunkan 1kg 1 hari dengan gunakan teknik ini.

Tak bahaya ke turun banyak?

❌Bahaya jika anda tak ikut teknik D'Aora Fitnezz
✅Tidak bahaya, malahan sangat efektif jika ikut modul kurus D’AORA FITNESS.

Didalam PS28 ni, kita fokus terus untuk turunkan berat badan, lemak dan shape up figure untuk raya terus. baju- baju raya lawa dooh etek. Sifu dah mula apply untuk badan sifu sekarang, dan yes , berat badan turun dengan baik, dan shape up figure terjadi dengan baik, Pinggang dah 24 inci tau.

Pinggang 24 inci di usia emak- emak ni bukan mudah jika tidak follow D’Aora Fitness. Bagi emak - emak yang nak makan tanpa takut gula darah naik, kolestrol naik dan bp naik semasa raya ni eloklah bertindak sekarang, kita ada 3 bulan untuk uruskan badan kita sebelum Raya.

kita bertindak sekarang, in shaa allah kesannya berpanjangan bagi tahun 2026 nanti.

Sifu mula dari sekarang untuk adapt diri dengan segala jamuan dan event akhir tahun dan Alhamdulillah sifu sukses. hari ni turun lagi , happy rasanyer.

www.wasap.my/60177069818/ps28

21/11/2025

MAKAN adalah salah 1 nikmat Allah swt untuk kita, Tapi Rasulullah SAW dah guide kita cara makan yang terbaik, Diet sentiasa ada didalam kamus, Bila sebut diet, ramai fikir “ TAK BOLEH MAKAN” “ TAK MAKAN NASI” dll, Diet itu bukan tak makan tapi makan dengan pola makan yang betul, bukan makan ikut tibai jer.

Rasulullah SAW juga mengajar kita tentang gaya hidup sihat yang aktif, didalam riwayat ada menyebutkan , Rasulullah ajak aishah berlari dan memanah.

Rasulullah SAW juga mempunyai figure yang athletic dimana , didalam riwayat ada menceritakan bahawa perut Rasulullah ibarat bata bersusun, itu maksudnya ada six pack .

kita?? itulah iman naik dan turun, time didalam program kita masih ikut amalan makan Rasulullah, bila lepas tu? kadang kita ikut kadang tidak, biasalah tu, tetapi kita ada usaha.

So jaga perut, jaga amal dan jaga iman. Tahniah Che Ta Wan Asnu mendapat anugerah peserta paling banyak turun untuk Dslim Program PS27,Turun 20kg untuk 6 minggu, Yang paling best inchloss nya sangat banyak, dah tukar saiz terus, dari XL ke M terus.

Cheta ni tak join PS26 sebab dia didalam keadaan stress kerana ada isu antara circle pertemanan beliau menyebabkan dia tak jaga pola makan, tak join training dan miss kelas exercise. 2 bulan juga beliau hilang fokus untuk diri sendiri.

Saya terkejut tengok perubahan figurenya dan saya nasihatkan beliau:

KAWAN datang dan pergi, Allah swt kumpulkan kita bersama orang- orang yang tepat untuk kita belajar, mendapat pengajaran, mendapat kasih sayang dan ujian, jika ada perpisahan maka Allah swt dah tetapkan, dia bukan lagi untuk kita, ramai lagi insan- insan baik yang akan hadir. Alhamdulillah cheta bangkit kembali dan kini? taraaaa… kurus sudah.

Prinsip saya sangat mudah “ Allah swt maha tahu apa yang terbaik untuk kita, lalu jer takdir kita di alam dunia ni dengan tabah, jangan aniaya orang dan redha”.

Tahniah cheta, kita jumpa di PS28 pulak yer.

Banyak lagi story dari peserta- peserta lain, nanti saya spill satu- satu yer.





21/11/2025

Tahniah PS27! 🎉🔥
Anda semua luar biasa! Terima kasih kerana memberikan komitmen 100%, berpeluh, berusaha dan tidak pernah putus asa. Hari ini anda bukan saja habiskan program, tapi anda buktikan bahawa disiplin boleh kalahkan alasan. 💪✨

Setiap inci yang turun, setiap baju yang makin longgar, setiap nafas yang makin ringan — itu semua hasil kerja keras anda sendiri. We are so proud of you! 🌟

Teruskan momentum ini. PS27 bukan pengakhiran, ini adalah permulaan versi diri anda yang lebih kuat, lebih sihat & lebih yakin. ❤️🔥

D’Aora Fitness bangga dengan anda!

#

Tahniah Che Ta Wan Asnu
18/11/2025

Tahniah Che Ta Wan Asnu

01/11/2025

kebaikan utama functional training:

💪 1. Menguatkan otot seluruh badan (total body strength)

⚖️ 2. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi

🧠 3. Meningkatkan kawalan minda–badan (body awareness)

🔥 4. Membakar lebih banyak kalori

🩹 5. Mengurangkan risiko kecederaan

🏃‍♀️ 6. Meningkatkan prestasi aktiviti harian

❤️ 7. Menyokong kesihatan jantung & postur
Tahniah buat semua peserta PS27 , Minggu ke 4 dah turun 14kg, 11kg, 10kg. teruskan usaha ya. #

Tahniah Suria
01/11/2025

Tahniah Suria

01/11/2025

💜 TIP KEKAL BERMOTIVASI D’AORA FITNESS STYLE

1️⃣ Tetapkan “WHY” yang kuat

👉 Tanya diri, kenapa saya mula?
Contoh: nak sihat untuk keluarga, nak kurus, nak mudah pakai baju, nak mudah solat, nak naikkan keyakinan diri, nak rasa ringan & gembira semula.
💬 “Bila hati tahu kenapa, badan akan ikut walau penat.”

💃 2️⃣ Jadikan senaman sebagai masa terapi diri

Senaman bukan hukuman tetapi self-love time.
Gunakan muzik yang buat mood naik!
🔥 Pilihan D’Aora Fitness:
• Bodymove/ Aerobik Pop / Latin
• Stepboard Energy Beat
• Body Toning Groovy/Stick
• Zumba Fitness
• Cardio Bellydance

💬 “Gerak dengan muzik, bukan dengan tekanan.”

💫 3️⃣ Mulakan langkah kecil tapi konsisten

Lebih baik 30 minit sehari, 5 kali seminggu — daripada 2 jam tapi sebulan sekali.
✅Buat rutin tetap – contoh 5.30 petang setiap ahad, Isnin, selasa, Rabu dan khamis.
💬 “Progress kecil hari-hari lebih berharga dari niat besar yang tak mula.”

4️⃣ Gunakan cermin dan pakaian sendiri sebagai “tracker”

Ambil gambar awal, dan bandingkan setiap 2 minggu.
Rasa longgar pada baju lebih memberi semangat dari nombor atas penimbang.Sebab tu di D'Aora Fitness kita s**a ambil gambar dan update result.

5️⃣ Join komuniti D’Aora Fitness

Sertai group atau kelas live , tengok kawan-kawan lain pun semangat, automatik aura positif tu menular.
💬 “Energy kita kuat bila kita bergerak sama.”

6️⃣ Self-reward setiap minggu

Dah konsisten 5 hari? Hadiahkan diri:
• Mask muka 🧖‍♀️
• Baju senaman baru 👚
• Minum air detoks sejuk dengan buah 🍹dan lain- lain lagi, G manjakan diri di Spa pun boleh, Saya s**a manjakan diri di Fanora Beauty Lab dengan Zaffira Firzana.

Sebab tu yang berjaya kurus di D'Aora Fitnezz sifu bagi hadiah, yang positif dan rajin update result dirinya sifu bagi hadiah, itu sebagai reward diatas kejayaan yang berjaya diraih. Kita jadi orang baik buat diri sendiri dan orang lain , in shaa allah kebaikan juga kita dapat.

7️⃣ Fokus pada rasa — bukan hanya rupa

Perasan tak bila habis senaman: mood naik, tidur lena, stress hilang?
Itu tanda hormon bahagia (endorphin & serotonin) aktif.
💬 “Rasa bahagia tu tanda badan kau sedang sihat.”

Sebab tu sifu suruh senyum, banyakkan senyum kerana senyum itu sedekah, senyum itu melembutkan hati, senyum itu memaniskan muka, senyum itu membahagiakan diri sendiri, orang lain dan persekitaran kita. Senyum juga akan menjadikan aura seseorang itu positif, Rasulullah SAW s**a senyum. So rasakan bahagia itu dengan senyum.

Address

LOT 2916, LORONG SERI KEMUNTING 1, BELAKANG SKTM1, Jalan GONG KEPAS DALAM, ALOR LINTANG
Jerteh
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Aora Fitness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D'Aora Fitness:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

D'Aora Fitness adalah 1. Pakar dalam pengurusan Berat Badan (D'Slim Program ) 2. Menyediakan kelas kecergasan seperti: a. Zumba b. Bodymove c. Stepboard d. Bodytoning e. Bollywood Fitness f. Cardio Bellydance g. Masala Bhangra h. K-Box-T 3. D'Aora Fitness menyediakan kursus untuk mereka yang ingin menceburkan diri sebagai a. Instruktur Aerobik (G Fit Course ) b. Coauch Menurunkan Berat Badan c. Instruktur Cardio Bellydance d. Bellydancer 4. Menjual pakaian Sukan untuk Aerobik 5. Menjual Bellydance Costume