12/07/2023
"3 Bahan Semulajadi Untuk Merawat Kencing Manis"
1. Peria Katak
Peria katak ini mengandungi lektin yang mampu menurunkan kadar glukosa dalam darah selepas bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.
Lektin adalah juga punca utama kepada perkembangan hipoglemik.
2. Kunyit Putih
Kunyit putih ini dikatakan berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, menggalakkan penghasilan insulin serta mengelak masalah katarak mata.
Menurut sebuah kajian, didapati bahawa hanya 2 gram serbuk kunyit putih yang diambil pada setiap hari mampu untuk menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 12%.
Selain itu juga, didapati juga bahawa ia sebenarnya mampu untuk membantu meningkatkan kepekaan insulin sekali gus melindungi individu daripada penyakit kencing manis.
3. Bunga Cengkih
Bunga cengkih ini terdiri daripada 30% fenol antioksidan, quercetin serta anthocyanin – sebatian antiseptik yang mempunyai banyak manfaat seperti antiradang dan lain-lain.
Menurut sebuah kajian, didapati bahawa ia mungkin akan dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida serta kolesterol LDL di dalam darah penderita kencing manis.
Boleh lah kita mencuba bahan semulajadi ini daripada terus bergantung 100% kepada ubat moden.
Marilah kita bersama-sama berikhtiar untuk melawan kencing manis!