Pembedahan Plastik & Bayi Tabung Uji DET5A

Pembedahan Plastik & Bayi Tabung Uji DET5A MPU23052

KESIMPULAN BAGI BAYI TABUNG UJI : Kesimp**annya, bayi tabung uji (IVF) adalah harus jika sperma dan sel telur berasal da...
25/10/2023

KESIMPULAN BAGI BAYI TABUNG UJI :
Kesimp**annya, bayi tabung uji (IVF) adalah harus jika sperma dan sel telur berasal dari pasangan suami isteri yang sah. Bayi tabung uji diharamkan jika sperma dan o**m tidak berasal daripada pasangan yang tidak sah. Teknologi penggunaan bayi tabung uji daripada pasangan suami isteri yang diletakkan pada rahim perempuan lain dan bayi tabung uji dari sperma yang dibekukan daripada suami yang telah meninggal dunia.

Kesimp**an terhadap pembedahan plastik :Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plas...
25/10/2023

Kesimp**an terhadap pembedahan plastik :
Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.

KESAN BURUK TERHADAP BAYI TABUNG UJI :1. Kehamilan bergandaRawatan IVF meningkatkan risiko anda untuk hamil lebih dari 1...
25/10/2023

KESAN BURUK TERHADAP BAYI TABUNG UJI :
1. Kehamilan berganda
Rawatan IVF meningkatkan risiko anda untuk hamil lebih dari 1 janin jika lebih dari 1 embrio dipindahkan ke dalam rahim dan ternyata lebih banyak risiko.
2. Sindrom hiperstimulasi ovari
Penggunaan ubatan kesuburan seperti HCG yang digunakan dalam rawatan IVF berisiko menyebabkan sindrom ini di mana ovari akan menjadi bengkak dan sakit.
3. Keguguran dan kehamilan ektopik
Peratusan keguguran wanita hamil dengan proses IVF adalah sekitar 15 ke 25 peratus dan angka ini akan meningkat seiring dengan usia kehamilan mereka.
Selain itu, sekitar 2 ke 5 peratus wanita hamil dengan proses yang sama juga berisiko mengalami kehamilan ektopik (mengandung di luar rahim).
https://hamil.co.id/bayi/bayi-tabung/kekurangan-dan-kelebihan-bayi-tabung

HIKMAH PEMBEDAHAN PLASTIK: 1.Mengembalikan semula fungsi anggota badan.2. Membina semula anggota yang cacat.3. Memberi k...
25/10/2023

HIKMAH PEMBEDAHAN PLASTIK:
1.Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
2. Membina semula anggota yang cacat.
3. Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
4. Menghilangkan keaiban.
5. Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
6.Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.
Pembedahan mata untuk memulihkan penglihatan,
Pembedahan jantung bertujuan untuk menyelamatkan nyawa. Pembedahan buah pinggang untuk mengembalikan proses perkumuhan,
Dapat membaiki gigi yang rosak sama ada menanam, menyamakan, dan sebagainya untuk keselesaan
https://ms.inditics.com/kebaikan-dan-kekurangan-pembedahan-plastik/

Isu-isu yang boleh menjadikannya haramPenggunaan sperma daripada lelaki lain.O**m atau telur wanita daripada wanita sela...
25/10/2023

Isu-isu yang boleh menjadikannya haram
Penggunaan sperma daripada lelaki lain.
O**m atau telur wanita daripada wanita selain isteri sendiri. Penggunaan ibu tumpang (sperma suami dan o**m isteri disenyawa melalui kaedah IVF, kemudian embrio ditumpangkan pada wanita lain).
Tabung sperma suami yang telah meninggal. Diharamkan bagi seorang balu menggunakan air mani suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan menghasilkan bayi tabung uji. Ini kerana hubungan perkahwinan sudah tamat apabila suami meninggal dunia. Melakukan kaedah pemilihan jantina. Tindakan ini dikira anda telah mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.
Dari sudut pandangan Islam, hukum bayi tabung uji adalah mubah (boleh) dengan syarat sperma dan o**m diperoleh dari pasangan suami isteri kemudiannya persenyawaan berkenaan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita bergelar isteri yang sah.

Hadis Nabi Mengenai Bayi Tabung

“Tidak halal bagi seseorang yang beriman pada Allah dan hari akhir menyiramkan airnya (sperma) pada tanaman orang lain (va**na istri orang lain)’’. [riwayat Abu Daud, Al-Tirmidzi, dan Hadis ini dipandang sahih oleh Ibnu Hibban]
https://dalamislam.com/hukum-islam/hukum-bayi-tabung-menurut-islam

DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKANBerikut merupakan ...
25/10/2023

DALIL YANG BERKAITAN UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PEMBEDAHAN KECANTIKAN YANG DIBOLEHKAN DAN YANG DIHARAMKAN
Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan diantara pembedahan kecantikan yang diharuskan dan yang diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah saw:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadis yang bermaksud :
"Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur kening.
Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat" adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Kerana jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadis-gadis kecil. Apabila seorang wanita sudah bertambah tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan. Kerana pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuan-ketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:
وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
"Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata." [An-Nisa' 4:119][7]
Hukum pembedahan plastik terbahagi dua iaitu mubah(harus) dan haram iaitu:
Pembedahan plastik yang mubah (Harus)
Pembedahan plastik yang mubah adalah bertujuan untuk memperbaiki kecacatan sejak lahir (al-uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-uyub al-thari`ah) akibat kemalangan, kebakaran, atau seumpamanya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran atau kemalangan.
Hukum pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan yang dialami oleh seseorang itu adalah mubah, Berdasarkan dalil yang diharuskan untuk menjalani pembedahan plastik adalah. Nabi SAW bersabda, "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, kecuali Allah menurunkan p**a ubatnya." (HR Bukhari)
Pembedahan plastik yang diharamkan
Pembedahan plastik yang diharamkan, seperti seseorang itu berniat semata-mata untuk mencantikkan wajah atau tubuh, tanpa ada niat untuk rawatan atau memperbaiki sesuatu kecacatan. Contohnya, pembedahan untuk membentuk hidung, dagu, buah dada, atau pembedahan untuk menghilangkan kedutan-kedutan penuaan di wajah, dan sebagainya.
Diwajibkan
Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
Diharuskan
Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.
Diharamkan
Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.
https://islamqa.info/id/answers/1006/hukum-melakukan-operasi-kecantikan-operasi-plastik-dan-sejenisnya

2. DEFINISIBayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan o**mnya dengan sperma suaminya dimuat...
25/10/2023

2. DEFINISI
Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan o**mnya dengan sperma suaminya dimuat tubuh perempuan itu. Bayi tabung uji adalah persenyawaan yang berlaku di luar dan bukannya dalam saluran tiub fallopio, akan tetapi proses kehamilan tetap berlaku pada rahim wanita.
Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan o**m atau oosit oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.
Maksud bayi tabung uji sebenarnya tiada tabung uji yang digunakan dalam penghasilan bayi, namun sebaliknya, piring petri. Dalam bahasa Inggeris, kaedah ini dipanggil sebagai in-vitro fertilization iaitu persenyawaan di dalam kaca (piring petri).
Bayi tabung uji adalah persenyawaan yang berlaku di luar dan bukannya dalam saluran tiub fallopio, akan tetapi proses kehamilan tetap berlaku pada rahim wanita
https://my.theasianparent.com/maksud-bayi-tabung-uji?fbclid=IwAR2Vl0WpAgJkuWtq2QAt7JPSVOVJ00ysxFzty9cpK2sJ9JhWLy71Z4GbOpI

1. DEFINISI Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani , iaitu “pl...
25/10/2023

1. DEFINISI
Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk merawat kulit yang melecur. Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup bahagian yang mengalami kecatatan. Pembedahan ini juga bertujuan untuk kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembedahan_plastik

Address

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Jitra
06000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembedahan Plastik & Bayi Tabung Uji DET5A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pembedahan Plastik & Bayi Tabung Uji DET5A:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram