11/02/2023
Bila bayi baru lahir disahkan demam kuning, secara automatik kita akan terus fikir “apa nak buat?”
Dan mulalah satu demi satu petua nenek moyang kita nak cuba. Dari segala sayur kita buat mandikan anak, lepas tu macam2 air pelik2 p**ak disuapkan pada anak yang ususnya masih belum matang tu.
PAUSE!
Sebelum ibu kelam kabut suruh suami cari itu dan ini, faham dulu bagaimana demam kuning tu berlaku. Adakah semua kuning akan jadi bahaya sampai menyerang otak?
Demam kuning ni sebenarnya proses yang NORMAL. Ia adalah keadaan di mana badan sedang keluarkan bahan buangan yang bernama BILIRUBIN dari badan. Bilirubin ni pigmen berwarna kuning yang termendap bawah kulit, sebab tu bayi akan kelihatan kuning pada muka, dada, perut dan kaki.
Kuning akan bermula pada hari ke 2 dan beransur kurang sehingga hari ke 7. Ini adalah keadaan yang biasa dan tidak berbahaya. Namun ada keadaan di mana bacaan kuning sangat tinggi hingga melepasi paras selamat mengikut usia kelahiran bayi. Ketika ini bayi akan dirujuk untuk rawatan di hospital.
Bacaan kuning yang tinggi boleh berpunca dari beberapa punca. Yang pertama ialah pemecahan bilirubin yang berlebihan. Keadaan ini biasanya berlaku kepada bayi yang ibu berdarah O, bayi mengalami G6PD dan darah jenis Rhesus negatif.
Punca yang ke dua menyebabkan kuning tinggi adalah kegagalan hati memproses bilirubin. Hati bayi masih belum matang dan belum berfungsi sebaiknya untuk singkirkan bilirubin dari darah.
Keadaan ini bertambah kritikal jika ibu mengambil jamu atau supplement yang boleh menyebabkan hati bayi menjadi bengkak. Hati yang bengkak akan kurang efisien singkirkan bilirubin dan bacaan menjadi sangat tinggi.
Punca ke tiga yang saya sendiri pernah alami adalah bayi kurang menyusu. Keadaan ini boleh berlaku atas pelbagai sebab. Ada yang keliru puting, masalah tongue tie dan masalah kesihatan lain yang menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik.
Bila kurang menyusu, kuning semakin tinggi dan bayi semakin lemah dah mengantuk. Semakin mencabar untuk kerap menyusukan bayi dan bayi pun akan jarang buang air besar. Maka kuning pun tak turun-turun.
Ini adalah antara 3 punca yang kebiasannya menyebabkan bacaan kuning tinggi. Sebab itu doktor selalu nasihatkan untuk ibu menyusu bayi sekerap mungkin dan mengelakkan daripada mengambil sebarang jamu atau supplement sehingga bayi bebas kuning.
Yang penting ada ibu perlu sentiasa pantau tahap bacaan bilirubin bayi. Selagi bacaan berada di paras selamat dan kita boleh pantau anak dirumah, tidak perlu terlalu bimbang.
Teruskan penyusuan seperti biasa sehingga anak bebas kuning.
Tapi jika ibu nak bantu tingkatkan fungsi hati bayi dengan kaedah sapuan aromaterapi yang selamat, saya boleh kongsikan pengalaman sendiri. Klik link ini untuk maklumat lanjut www.wasap.my/601159554498/bantu+atasi+kuning