Kiddie Care Therapy Centre

Kiddie Care Therapy Centre Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kiddie Care Therapy Centre, Occupational therapist, Jalan Melur 1, Taman Melur, Jitra.

AS-0414687-A | Pusat Terapi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas | Jitra, Kedah | Autisme, ADHD, Diskleksia, Sindrom Down, Speech Delay, GDD, Rare Syndrome, Masalah Pembelajaran|

22.04.2026 | Kiddie Care Therapy Centre telah menyertai Sambutan Hari Autisme Sedunia & Imunisasi Kebangsaan di Klinik K...
23/04/2026

22.04.2026 | Kiddie Care Therapy Centre telah menyertai Sambutan Hari Autisme Sedunia & Imunisasi Kebangsaan di Klinik Kesihatan Jitra 💙Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pembukaan booth Kiddie Care Therapy Centre, saringan perkembangan kanak-kanak bersama terapis serta aktiviti sensori untuk anak-anak. Turut diadakan pemeriksaan gigi, booth imunisasi dan booth pemakanan anak autisme oleh pihak klinik 🤩

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan memberi pendedahan awal kepada ibu bapa mengenai autisme. Ibu bapa juga berpeluang mendapatkan nasihat serta panduan secara terus daripada terapis. Aktiviti sensori turut mendapat sambutan baik dan membantu merangsang deria serta perkembangan motor dan fokus kanak-kanak 💛 Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini dapat diteruskan dalam meningkatkan kesedaran tentang autisme ✨




























🎉Jumpa kami di booth Kiddie Care Therapy Centre sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia! 🎉Pelbagai aktiviti menarik menant...
20/04/2026

🎉Jumpa kami di booth Kiddie Care Therapy Centre sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia! 🎉

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

✨ Sesi saringan (screening) bersama terapis
✨ Aktiviti sensory play yang menyeronokkan untuk anak-anak
✨ Free gift untuk pengunjung

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik di booth-booth lain! 🤩

💡 Peluang terbaik untuk ibu bapa mendapatkan pendedahan awal tentang perkembangan anak serta bertanya terus kepada terapis kami.

📍 Tempat: MCH KK Jitra
📅 Tarikh: 22 April 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

💥 Jangan lepaskan peluang untuk sertai kami! Ayuh luangkan masa bersama keluarga sambil menimba ilmu dan pengalaman bermanfaat 💙




























Apakah aktiviti superkids 🦸 Fateh tengah lakukan 🤔???Superkids Fateh sedang bermain puzzle (menyusun kepingan gambar)🤩Ap...
15/04/2026

Apakah aktiviti superkids 🦸 Fateh tengah lakukan 🤔???

Superkids Fateh sedang bermain puzzle (menyusun kepingan gambar)🤩

Apakah manfaat bermain puzzle untuk anak-anak ini?

🟡 Perkembangan motor halus
– Menguatkan otot jari dan tangan melalui aktiviti memegang, mengangkat dan menyusun kepingan puzzle.

🟡 Koordinasi mata dan tangan
– Membantu mereka memadankan bentuk dengan tepat berdasarkan pemerhatian visual.

🟡 Kemahiran berfikir & penyelesaian masalah
– Menggalakkan mereka berfikir secara logik untuk mencari kepingan yang sesuai dan melengkapkan gambar.

🟡 Meningkatkan fokus & kesabaran
– Melatih mereka memberi tumpuan dalam tempoh tertentu serta bersabar sehingga puzzle berjaya disiapkan.

🟡 Perkembangan kognitif
– Merangsang daya ingatan, pengenalan bentuk, warna dan konsep ruang.

✨ Kesimpulan
Aktiviti bermain puzzle yang dilakukan oleh Superkids Fateh bukan sahaja menyeronokkan, malah sangat berkesan dalam menyokong perkembangan kognitif, motor halus serta kemahiran penyelesaian masalah secara menyeluruh.




























14/04/2026

4 aktiviti mudah untuk alihkan perhatian anak daripada phone🤩🤩

✔️ Simple
✔️ Jimat
✔️ Bantu tingkatkan fokus

Jangan lupa save !🌈




























✨🌈 QUOTES FOR TODAY ✨🌈
13/04/2026

✨🌈 QUOTES FOR TODAY ✨🌈




























🌷PARENTING TIPS FOR TODAY🌷
11/04/2026

🌷PARENTING TIPS FOR TODAY🌷





























Apakah aktiviti superkids 🦸 Suhail tengah lakukan 🤔???Superkids Suhail sedang membuat aktiviti Mini Clean-Up Mission🤩Apa...
08/04/2026

Apakah aktiviti superkids 🦸 Suhail tengah lakukan 🤔???

Superkids Suhail sedang membuat aktiviti Mini Clean-Up Mission🤩

Apakah manfaat aktiviti Mini Clean-Up Mission untuk anak-anak ini?

🟡Kemahiran hidup (life skills)
- Dapat mengajar Suhail tentang kepentingan menjaga kebersihan serta melatih sifat berdikari dalam melakukan tugasan harian.

🟡Fokus dan perhatian
- Suhail perlu memberi tumpuan untuk memastikan semua beras berjaya dikumpulkan tanpa tertinggal

🟡Perkembangan motor halus & kasar
- Suhail menggunakan jari, tangan dan pergelangan tangan untuk mengawal pergerakan penyapu, sekaligus menguatkan otot-otot kecil dan besar.

🟡Koordinasi mata dan tangan
- Melihat kedudukan beras dan menyelaraskan pergerakan tangan untuk menyapu ke arah yang betul

🟡Kawalan diri & kesabaran
- Proses menyapu memerlukan kesabaran dan pergerakan yang terkawal agar beras tidak berselerak semula

✨Secara keseluruhan, aktiviti yang dilakukan oleh Superkids Suhail membantu menyokong perkembangan motor, koordinasi, dan kemahiran hidup secara menyeluruh dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan 😊✨




























🌍💚 HAPPY WORLD HEALTH DAY! 💚🌍Health is the most precious gift we often take for granted. It’s not just about having a st...
07/04/2026

🌍💚 HAPPY WORLD HEALTH DAY! 💚🌍

Health is the most precious gift we often take for granted. It’s not just about having a strong body, but also a calm mind and balanced emotions ✨In our busy daily lives, we sometimes forget to take care of ourselves. However, small habits like getting enough sleep, eating a balanced diet, and taking time to rest can make a big difference in our overall well-being 🌿

Today is a reminder for all of us:
💚 Take care of your physical health through an active lifestyle
🧠 Prioritize your mental and emotional well-being
🌱 Practice a healthier and more balanced daily routine

Good health allows us to live a more meaningful life, enjoy every moment, and continue doing what we love 🤍 Let’s appreciate and take care of our health—not just today, but every day 🌈





























✨🌈 QUOTES FOR TODAY 🌈✨
06/04/2026

✨🌈 QUOTES FOR TODAY 🌈✨





























Address

Jalan Melur 1, Taman Melur
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+60183734357

Website

https://linktr.ee/kiddiecaretherapy

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kiddie Care Therapy Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kiddie Care Therapy Centre:

Share