17/01/2021
💕Sihat itu Indah 💕
DIET adalah NIAT utk mencari hasil jangka pendek. Hampir 90% orang yang BERDIET akan kembali ke tabiat makan lama setelah selesai mendapat hasil atau menghadapi dugaan dalam perjalanan DIET yg sering memerlukan faktor KAWALAN... semua yg dikawal tidak alami akan bersifat sementara.
Ini apa yang saya lakukan...
Upgrade NIAT utk SIHAT kerana itu suatu amanah dan menjadi tanggung jawab saya yg memiliki tubuh badan anugerah tuhan kepada saya.
Saya tanamkan tabiat sayang tubuh badan saya sebagai HARTA paling berharga dalam hidup saya.
Apabila kita HIDUPKAN NIAT utk SIHAT SEPANJANG HAYAT, maka kita akan lebih bersedia utk BERUBAH dan akan sentiasa mencari KESEDARAN utk membina tabiat SIHAT yg lebih kekal dan bersifat kehidupan atau gaya hidup.
Berhenti kira kalori bermula dengan KENAPA anda perlu SIHAT? Kenapa SIHAT itu lebih bernilai ukt kita?
Saya percaya & yakin, disaat kita jujur & ikhlas menyayangi tubuh badan harta ilahi, maka kekuatan akan datang dari sumber yg diluar jangkaan kita sendiri 😍❤️🎉👍