17/01/2026
Sambungan kisah nya.......
Selepas Mikraj
Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.
𝑰𝑺𝑹𝑨𝑲 𝑫𝑨𝑵 𝑴𝑰𝑲𝑹𝑨𝑱 𝑷𝑬𝑹𝑱𝑨𝑳𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮
Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Bagi kita sebagai umat Islam, inilah peristiwa yang sangat agung perjalanan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, dari Mekah ke Masjidil Aqsa hingga ke Sidratul Muntaha.
Israk Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan ke langit, tetapi tentang harapan yang dibawa turun kembali ke bumi, untuk membimbing dan menguatkan hati umatnya.
--------------------------------
✨ 𝐓𝐡𝐞𝐫𝐚𝐩𝐲𝐚𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚𝐚 𝐒𝐩𝐚 & 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 ✨
📍 14, Jln Perjiranan 15/2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
☎️ 011-3158 7167