Rawatan Islam Ruqyah Aura Mukmin Ulu Tiram Johor Bharu

Rawatan Islam Ruqyah Aura Mukmin Ulu Tiram Johor Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Islam Ruqyah Aura Mukmin Ulu Tiram Johor Bharu, Medical and health, Lot 1509-D1 Jalan Ciku Taman Tiram Baru, Johor Bahru.

03/10/2022

โœจ๐Ÿ›ก๏ธ *ILMU* ๐Ÿ›ก๏ธโœจ

KEBERKATAAN SESUATU ILMU ITU BERGANTUNG PADA KESUNGGUHAN UNTUK MENGAMALKAN NYA DAN SEJAUH MANA KESANGGUPAN UNTUK BERKORBAN UNTUK MEMILIKINYA.

TANPA KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN.......
ILMU TIADA KEBERKATAN NYA DAN TIDAK AKAN BERI MANAFAAT KEPADA PENGAMALNYA DAN JUGA UNTUK ORANG LAIN...

ISLAM AMAT MENUNTUT AKAN PENGORBANAN
TERUTAMA DIDALAM MELAKUKAN SEBARANG BENTUK AMAL IBADAH
MAHUPUN UNTUK KEMAJUAN HIDUP DIDUNIA...

PENGORBANAN YG DI MAKSUDKAN ADALAH BERUPA PENGORBANAN MASA, TENAGA, AKAL FIKIRAN, ORANG YANG TERSAYANG, MAUPUN HARTA BENDA...

TANPA PENGORBANAN.... SATU2 ILMU ITU MAHUPUN APA JUGA BENTUK IBADAH TIDAK AKAN BERNILAI.

LAGI TINGGI PENGORBANAN YG DI LAKUKAN.....
LAGI TINGGILAH AKAN KEBERKESANAN SERTA KEBERKATAN NYA

MAKA ITU.... JANGAN TAKUT BERKORBAN!DAN JANGAN TERLALU BERKIRA DIDALAM HAL2 YG BERKAITAN DENGAN ILMU DAN AMAL.

SETIAP PENGORBANAN YG DIBUAT KEJALAN YG TEPAT PASTI ALLAH AKAN MENGGANTIKAN NYA DENGAN PULANGAN YG JAUH BERLIPAT KALI GANDA...........
INSYAALLAH...............

02/10/2022

*Awas Orang Munafik lebih berbahaya dari Orang Kafir*

Ketahuilah, orang munafik itu ialah lebih berbahaya dari orang kafir. Mengapa? Kerana, orang kafir terang-terangan memusuhi Islam. Mereka tak lagi sembunyi2. Sedangkan orang munafik? Mereka mengaku Islam, tetapi secara diam-diam mereka memusuhi Islam. Mereka mempunyai dua pedang di mana pedang pertama mereka gunakan untuk membela agama, dan pedang kedua mereka gunakan untuk menikam umat Islam.

โ€œAllah โ€˜azza wajalla menyebut golongan munafik di dalam al-Quran lebih banyak dari menyebut tentang kaum Yahudi, kafir, sebab golongan munafik menggunakan perantara-perantara syarโ€™i untuk menghancurkan prinsip dasar Islam.

โ€œYang menghancurkan Islam adalah orang alim yang menyimpang, orang munafik yang pandai mendebat Al-Qurโ€™an dan menggunakan Al-Qurโ€™an untuk kepentingan pribadi, serta para pemimpin sesat.โ€ (Umar Al-Khattab RA).

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

ุขูŠูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูู†ูŽุงููู‚ู ุซูŽู„ูŽุงุซ ุฅูุฐูŽุง ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽ ูƒูŽุฐูŽุจูŽุŒ ูˆูŽ ุฅูุฐูŽุง ูˆูŽุนูŽุฏูŽ ุฃูŽุฎู’ู„ูŽููŽุŒ ูˆูŽ ุฅูุฐูŽุง ุงุคู’ุชูู…ูู†ูŽ ุฎูŽุงู†ูŽ

โ€œTanda orang munafik itu tiga apabila ia berucap berdusta, jika membuat janji berdusta, dan jika dipercayai mengkhianatiโ€ (HR Al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Tanda-tanda Orang Munafik, no. 33 dan Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59).

Menurut riwayat lain,

ูˆู ุฅูู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ูˆูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ูˆูŽ ุฒูŽุนูŽู…ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูู‡ ู…ูุณู’ู„ูู…ู

โ€œDan apabila ia mengerjakan puasa dan shalat, ia menyangka bahwa dirinya seorang muslimโ€ (HR Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59).

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
(Al-Munaafiquun 63:4)

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
(An-Nisaa' 4:145)

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(At-Tahriim 66:9)

Dan (diantara org2 munafik juga ialah) org2 yg membina masjid dgn tujuan membahayakan (keselamatan org2 islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah belahkan perpaduan org2 beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi org yg telah memerangi Allah dan rasulnya sebelum itu. Dan (apa bila tujuan mereka yg buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dgn berkata, "Tidaklah yg kami kehendaki (dgn mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata2. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah pendusta.
(At-Taubah 9:107)

*Masjid yg didirikan agar umat islam berkiblatkan dunia dan jadikan dunia sebagai matlamat utama. Untuk pastikan umat islam agar cinta kepada dunia.*

Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan org2 munafik itu), setengah mereka memandang kepada setengah yg lain sambil berkata, "adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita berundur dari sini" kemudian mereka berpaling pergi (dgn meningalkan majlis nabi). Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yg tidak (mahu) mengerti.
(At-Taubah 9:127)

*Kaum yg membesarkan nafsu dan cinta kepada dunia.*
*Mereka akan lari dari majlis org beriman yg menyusun dan membesarkan akhirat.*

M U N A F I K ....

*Mereka akan beragama mengikut apa yg sesuai dgn kehendak nafsu dan akal mereka.*
Didalam membesarkan dunia.

Dan tidak sebagai mana agama yg dikehendaki oleh Allah dan rasul.
*Agar jadikan akhirat sebagai halatuju dan matlamat didalam penghidupan.*

*SESIAPA YG MENGHENDAKI (KESENANGAN HIDUP) DUNIA,*
*KAMI AKAN SEGERAKAN KEPADANYA DALAM DUNIA APA YG KAMI KEHENDAKI,* *KEMUDIAN KAMI SEDIAKAN BAGINYA NERAKA JAHANAM (DIAKHIRAT KELAK),*
*UNTUK MEMBAKARNYA DALAM KEADAAN YG HINA LAGI TERSINGKIR DARI RAHMAT ALLAH.*
(Al-isra' 17:18)

29/09/2022

*PENIPUAN IBLIS YG SANGAT TERSEMBUNYI*

Hari ini manusia hidup berlumba2 untuk mencari kebangaan serta kemegahan hidup di dunia.

Berbanga dgn harta benda.
Berbanga dgn anak2 dan keturunan.
Berbanga dan berlumba2 dgn ilmu dan pelajaran.
Berbanga dgn jawatan dan pangkat.
Berbanga dgn amal ibadah dan pahala yg banyak.

Dan akhirnya.....
Berbanga ini telah menjadi tujuan dan matlamat kehidupan setiap manusia.

*Manusia berlumba2 untuk mencari kebangaan.*

Berbanga dgn kecantikan.
Berbanga dgn pakaian.
Berbanga dgn rumah dan kereta.
Berbanga dgn barangan kemas.
Berbanga dgn barang2 dalam rumah.
Berbanga dgn makanan yg mahal.
Berbanga dgn jawatan.
Berbanga dgn sijil.
Berbanga dgn harta yg banyak.
Berbanga bersuara sedap.
Berbanga dgn kekuatan.
Berbanga dgn kelebihan bers**an, alat muzik, dan 1001 kebangaan yg di usehakan oleh manusia.

*Sedangkan Allah swt sagat benci dgn manusia yg berbanga diri.*

Azazil dijanjikan neraka disebabkan berbanga dgn kedudukannya sebagai ketua dan berasa lebih mulia.
*Berbanga ini ada sifat iblis.*

Hari ini iblis menyusun agar Setiap manusia berlumba2 untuk berbanga atas setiap kelebihan yg dia ada.
Manusia merasakan bahawa setiap kelebihan itu adalah hasil usehanya sendiri.

Sedangkan setiap kelebihan itu, kesemuanya dari kurniaan Allah swt.
Apa yg kita ada hari ini adalah kurniaan dari Allah swt.

*Manusia tidak bersyukur dgn pemberian Allah.*
Sepatutnya dgn kelebihan yg ada.....
Manusia lebih tunduk dan mengunakan setiap kelebihan untuk mencari redho serta kasih sayang Allah swt.

*Bukan untuk mencari kemurkaan Allah dgn berbanga, menunjuk2, berlumba2 dan bermegah2.*

Disinilah terletaknya tipudaya iblis dgn membesarkan nafsu manusia dan akhirnya..
Manusia tidak terasa mereka tengah melakukan dosa dgn ujudnya perasaan untuk berbagga diri.

Dan yg pastinya...
*Org yg berbanga dgn apa yg dia ada sudah pasti manusia ini tidak ikhlas.*
Dan Apa bila tiada ikhlas..
Kesemua yg diusehakan akan menjadi dosa tanpa sadar.

Wallahualam.

24/09/2022

Sebenarnya ramai pesakit yang dah salah faham. Mereka ingat, bila dah buat rawatan dengan kaedah Ruqyah Syariyyah, akan sembuhlah.

Tak, bukan semudah itu.

Tahu tak, dalam pengamalan rawatan dengan kaedah ruqyah syar'iyyah, ada 4 faktor yang mempengaruhi kesembuhan (Konsep Rehab Hati).

1. Tazkiyatun Nafs = 70%
2. Hijrah = 10%
3. Ruqyah mandiri = 15%
4. Ruqyah = 5%

Apa yang faham dari angka-angka di atas?

Dalam 4 bahagian di atas, hanya 1 bahagian sahaja yang melibatkan perawat.

Itupun dalam peratus yang kecil iaitu Ruqyah, hanya 5% sahaja.

Ruqyah di sini bermaksud anda pergi dapatkan rawatan dengan perawat yang menggunakan kaedah Ruqyah Syar'iyyah.

3 bahagian lagi semuanya melibatkan usaha dari pihak pesakit sendiri.

Sebab tu bila pesakit buat rawatan dengan kaedah ruqyah syar'iyyah ni, biasanya pesakit akan rasa lebih ok.

Tapi hanya bertahan dalam seminggu dua sahaja.

Kenapa?

Sebab 3 bahagian lagi pesakit abaikan. Saya jelaskan secara ringkas 3 bahagian penting tersebut.

*1) TAZKIYATUN NAFS*

Tazkiyatun Nafs ialah proses pembersihan hati. Terutamanya mengeluarkan daripada hati sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji).

Ianya bukanlah suatu proses yang mudah dan memerlukan mujahadah yang tinggi.

Paling penting, untuk menjayakan proses ini, menuntut ilmu adalah proses pertama yang penting.

*2) HIJRAH*

Jika proses tazkiyatun nafs lebih menumpukan kepada proses pembersihan hati, hijrah ini p**a adalah proses untuk melakukan perubahan dalam seluruh kehidupan (Pola kehidupan) yakni perubahan daripada kegelapan kepada cahaya (iman).

Sebagai contoh, dari tidak solat kepada mendirikan solat.

Daripada menunaikan solat bersendirian (bagi lelaki) kepada menunaikan solat secara berjemaah.

Daripada s**a mendedahkan aurat kepada menutup aurat.

Daripada menutup aurat berlandaskan fesyen, kepada menutup aurat berlandaskan syariat.

Inilah sedikit pencerahan yang dapat saya kongsikan.

Apa yang perlu dilakukan ialah buat muhasabah diri.

*3) RUQYAH MANDIRI (TERAPI DIRI & PEMBENTENGAN DIRI)*

Perbezaan ruqyah mandiri dengan ruqyah yang saya sebut sebelum ini ialah, ruqyah mandiri ni anda tidak memerlukan bantuan daripada perawat.

Dengan kaedah-kaedah tertentu, anda lakukan sendiri (terapi diri & pembentengan diri) ke atas diri anda.

Sudah tentu, ilmu juga memainkan peranan utama untuk menjayakan proses ni.

Nasihat dan saranan dari perawat yang berpengalaman juga membantu dalam menjayakan proses ni.

Saya harap dengan perkongsian ini akan lebih memahami bagaimana proses sebenar rawatan Ruqyah Syariyyah.

Wallahu'alam...

Address

Lot 1509-D1 Jalan Ciku Taman Tiram Baru
Johor Bahru
81800

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Friday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 16:00
20:00 - 00:00

Telephone

+601111650030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Ruqyah Aura Mukmin Ulu Tiram Johor Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram