01/06/2022
✨ *AafiyatCakna*: Kesan Merokok Kepada Kesihatan Tubuh Badan
Asap rokok *mengandungi kepekatan racun merbahaya yang sangat tinggi*. Asap rokok berisiko memudaratkan kesihatan janin dalam kandungan ibu sehingga boleh mengakibatkan keguguran, kecacatan bayi dan kelahiran bayi pramatang sementara individu dewasa p**a berisiko mendapat pelbagai jenis kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita seperti:
🧠 Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
👂 Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
👁️ Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
👄 Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak, nafas berbau, jangkitan mulut, dan gigi menjadi kuning
👃 Mengurangkan deria bau
🧑🏻 Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
🫁 Kesukaran untuk bernafas
_Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia_
Minyak Habbatus Sauda terbukti membantu *mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, serta peranannya dalam membantu meluaskan saluran pernafasan untuk bernafas*. (Gholamnezhad Z et al., 2019)