21/03/2023
Sempena bulan Ramadhan kali ini, Unit Promosi Kesihatan Negeri Johor Bersama BookDoc Malaysia menganjurkan Cabaran Joho Sihat : Fit & Fasting ini bagi menggalakkan anda terus aktif walaupun berpuasa di bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti fizikal boleh dilakukan serta mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak merokok/vape.
TERMA & SYARAT :
1. Terbuka kepada semua warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ). Pengguna lain boleh menyertai cabaran ini sebagai orang awam.
2. 10 pemenang dalam kalangan anggota kesihatan JKNJ dan 10 pemenang dalam kalangan orang awam akan ditentukan berdasarkan jumlah langkah tertinggi sepanjang tempoh cabaran. E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada yang menyertai cabaran ini.
3. Peserta yang berjaya mendapat sasaran langkah yang ditetapkan akan menerima virtual medal (medal emas – 200,000 ke atas dan medal perak – 100,000 langkah ke atas)
4. Keputusan cabaran ini adalah MUKTAMAD berdasarkan data yang diterima daripada pihak BookDoc Malaysia. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
5. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan di media sosial Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan melalui no. telefon atau emel peserta. Peserta perlu meletakkan no. telefon atau emel yang betul untuk dihubungi.
6. Sebarang pertanyaan mengenai cabaran ini, sila hubungi Taufik, Pegawai Pendidikan Kesihatan melalui emel taufikupk@yahoo.com.
7. Hadiah menarik menanti anda.
Nota penting : Sila pastikan anda refresh data langkah setiap hari untuk memastikan langkah anda dapat dikemaskini untuk cabaran ini.