Kak wa URUT

Kak wa URUT tukang Urut traditional Dan bekam darah.PASIR GUDANG Perkhidmatan Urut badan ke rumah anda.khusus WANITA Sahaja.

Mencari² tukang Urut atau therapist bekam?Tak sempat NK ke spa?Nak berurut dan berbekam selesa Di rumah sendiri?Khusus W...
21/10/2022

Mencari² tukang Urut atau therapist bekam?
Tak sempat NK ke spa?
Nak berurut dan berbekam selesa Di rumah sendiri?
Khusus Wanita Sahaja.
WhatsApp utk appointment ye.
www.wasap.my/+60187630447/bookedUrut.
Area PASIR GUDANG
slot setiap hari
Pkl 10pg
Pkl 2ptg
Pkl 4 ptg
Pkl 8mlm

badan sakit,letih,dah xlarat nak tahan lg..Tak sempat nak ke spa dgn anak kecik²?💆Mencari tukang Urut yg bole ke rumah?🙋...
26/09/2022

badan sakit,letih,dah xlarat nak tahan lg..
Tak sempat nak ke spa dgn anak kecik²?
💆Mencari tukang Urut yg bole ke rumah?
🙋Nak berbekam selesa Di rumah sendiri?
🤰Mencari pakej Urut berpantang?
Area PASIR GUDANG
KHUSUS WANITA..

www.wasap.my/+60187630447/nakurut
Insyaallah..puashati.

Utk review https://bit.ly/3nDcXRM

KHUSUS WANITA

Siapa yang TIDAK DIGALAKKAN berurut semasa hamil?👉Kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko ke...
26/09/2022

Siapa yang TIDAK DIGALAKKAN berurut semasa hamil?

👉Kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. (Masa yang terbaik adalah pada usia kandungan memasuki trimester kedua)
👉Pernah keguguran.
👉Pernah mengalami kelahiran pra-matang.
Kehamilan bersama penyakit hypertension atau 👉penyakit berisiko tinggi seperti darah tinggi dan kencing manis.
👉Kehamilan yang mempunyai banyak masalah seperti ‘morning sickness’
👉Mempunyai uri ke bawah.

KEBAIKAN BERURUT SEMASA HAMIL👉Memberikan tenaga supaya tidak cepat penat atau letih.👉Mengurangkan stress.👉Membantu menga...
26/09/2022

KEBAIKAN BERURUT SEMASA HAMIL
👉Memberikan tenaga supaya tidak cepat penat atau letih.
👉Mengurangkan stress.
👉Membantu mengawal emosi.
👉Membantu tidur lebih nyenyak.
👉Membantu perkembangan kesihatan pada ibu dan bayi.
👉Melegakan lenguh-lenguh serta memberi kesegaran pada tubuh badan.
👉Melegakan kekejangan kaki.
👉Melancarkan peredaran darah dengan baik.
👉Memastikan ibu hamil sentiasa sihat kerana 👉mengurut dapat mengeluarkan angin yang terkumpul dalam badan.
👉Membantu menguatkan mental dan fizikal kepada ibu hamil terutama pada mereka yang hamil kali pertama dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri dalam tempoh kahamilan.

Bekam wajah :Naikkan seri wajah.Buang kekotoran pada bahagian wajah.Tangani masalah wajah termasuk jerawat dan kulit ber...
01/08/2022

Bekam wajah :

Naikkan seri wajah.
Buang kekotoran pada bahagian wajah.
Tangani masalah wajah termasuk jerawat dan kulit berminyak.
Tumpukan pada bahagian tumpuan jerawat.
Ambil masa singkat.
Tidak meninggalkan parut.
Beri impak keserian wajah termasuk merawat hormon.
Selepas satu sesi rawatan, boleh ulang untuk tempoh beberapa bulan selepas itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan kawasan berkenaan.
www.wasap.my/+60187630447/bekamseriwajah

Kebaikan berurut❤buang angin dalam badan❤melancarkan peraluran darah❤anti stress❤memberi kelegaan pada otot stressJika k...
01/08/2022

Kebaikan berurut

❤buang angin dalam badan
❤melancarkan peraluran darah
❤anti stress
❤memberi kelegaan pada otot stress

Jika kereta perlu diservis.. demikian juga tubuh badan kita

*tanda tanda badan banyak angin dan aliran darah tidak lancar

❌Badan cepat letih, lesu susah bangun tido,
❌Letih sendi, nyilu2 tulang
❌Seperti ade bebanan dikepala bahu(frozen shoulder)

URUTAN BADAN KE RUMAH
UTK WANITA SAHAJA
www.wasap.my/+60187630447/urut

7 Tanda-tanda anda perlu berurut.Kita semua tahu bahawa terapi urutan adalah baik dan merupakan ganjaran yang sihat untu...
27/07/2022

7 Tanda-tanda anda perlu berurut.

Kita semua tahu bahawa terapi urutan adalah baik dan merupakan ganjaran yang sihat untuk tubuh kita yang terlalu banyak bekerja. Tetapi, bagaimana anda tahu bila anda memerlukan urutan? Saya telah menyediakan “cheat list” untuk anda di bawah.

1. Anda dah berbulan tidak berurut (atau bahkan bertahun):
Sebaiknya terapi urutan paling baik apabila dibuat secara teratur. Kebanyakan ahli terapi akan mengesyorkan untuk berurut satu kali sebulan untuk penyelenggaraan biasa dan lebih kerap jika anda mengalami kecederaan yang anda sedang cuba untuk memulihkannya.

2. Anda berada dalam perlatihan:
perlumbaan marathon, berbasikal, mendaki, berkayak, atau apa sahaja yang membuat anda merasa keletihan, kelesuan ataupun mengalami ketegangan otot. Apabila anda mencabar tubuh anda secara fizikal, anda harus merawat otot anda menerusi terapi urutan. Pakar terapi urut klinikal yang baik boleh membantu supaya anda terus aktif dan tanpa cedera.

3. Anda mempunyai kesakitan di leher (atau belakang, atau bahu, atau pinggul ... ..):
Anda dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh anda. Lebih banyak aktiviti yang kita buat, lebih banyak kita cenderung mendapat isyarat dari tubuh kita. Jika anda tidak mahu mengabaikan kesakitan anda atau kecederaan anda akan menjadi lebih buruk, buatlah temujanji dengan ahli terapi urut klinikal dan mereka boleh membantu melegakan kesakitan anda.

4. Anda telah mendapat sakit kepala:
Apabila otot di sekeliling bahu, belakang dan kepala menjadi ketat, sakit kepala boleh terjadi. Urutan penyelenggaraan yang kerap boleh melegakan ketegangan dibahagian kepala ini dan membantu menggalakkan postur yang sihat. Terapi urut dapat memberikan sedikit kelegaan untuk penghidap migrain.

5. Anda tidak mempunyai gerakan penuh:
Mungkin anda tidak dapat menggerakkan kepala / leher sejauh yang anda dapat. Mungkin anda tidak boleh mengangkat lengan dengan lebih tinggi. Mungkin anda tidak dapat menyentuh jari kaki anda seketika. Apa pun keadaan anda, jika anda mempunyai sekatan otot, terapi urut mungkin dapat membantu.

6. Anda tidak mendapat tidur yang cukup:
Sungguh mengejutkan berapa ramai pelanggan urut saya menjawab bahawa mereka 'kurang' tidur pada borang kajiselidik yang diisi mereka. Tidur sangat penting! Ianya akan pulih dan sembuh apabila kita tidur. Terapi urut membantu menggalakkan tabiat tidur yang sihat melalui urutan yang tertentu .

7. Anda tertekan:
Kebanyakan kita mempunyai sedikit tekanan dalam kehidupan walaupun hakikatnya kita terlihat sihat. Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tahap hormon tekanan dan meningkatkan tahap endorfin adalah dengan mendapatkan urutan. Terapi urut mula berfungsi dengan segera untuk membantu anda berehat.

TUNGKU ~ Kongsi 7 kebaikan dan kepentingan bertungku selepas bersalin..1. Mengecutkan rahim..Bertungku ini boleh kecutka...
24/07/2022

TUNGKU ~ Kongsi 7 kebaikan dan kepentingan bertungku selepas bersalin..

1. Mengecutkan rahim..
Bertungku ini boleh kecutkan rahim macam batu meroyan tu.. Boleh buang angin dalam badan. sebenarnya bagus untuk ibu selepas bersalin. Besar impaknya pada masa hadapan.

2. Melancarkan perjalanan darah..
Mencairkan sisa darah beku.. Menyahkan toksin, mengeluarkan darah kotor.
Bertungku boleh melancarkan dan mempercepatkan perjalanan darah.

3. Membuang angin dan memanaskan badan..
Banyak angin dalam badan boleh membuatkan ibu rasa tidak selesa..

4. Mengelakkan buasir..
Hanya yang pernah rasa @ alami, akan tahu betapa sakitnya kalau kena buasir. Sebelum kena, baik kita elakkan dengan mengamalkan bertungku selepas bersalin.

5. Memecahkan lemak badan..
Tidaklah sehingga boleh kurus 🤭 Setidak-tidaknya, ia menbantu dalam proses untuk mengurangkan berat badan.

6. Membaik pulih sistem urat saraf..
Orang kata, lepas bersalin, banyak urat saraf putus. Sebab itu ibu jadi seorang yang pelupa. Wallahuaklam.

7. Mengurangkan sakit senggugut..
Bukan setakat buasir, orang yang sakit senggugut juga tentu sekali tidak tahan betapa merananya diri bila kena senggugut.

Badan segar, lenguh pun hilang!
Tungku selepas bersalin adalah selamat untuk semua wanita jika dilakukan dengan teknik yang betul. Yang penting, cari tukang urut selepas bersalin yang pandai dan betul-betul berpengalaman.

14 Cara Betul Pulihkan Badan Selepas Bersalin 1. STOKINWajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.2. DILARANG MEN...
24/07/2022

14 Cara Betul Pulihkan Badan Selepas Bersalin

1. STOKIN
Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. DILARANG MENCANGKUNG
Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. RAPATKAN KAKI
Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

4. WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN
So jangan sesekali aktif buat buat kerja itu ini. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK
Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan keluar rumah ketika keadaan masih tidak suci.

7. JAGA IBU JARI KAKI
Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

8. ADAB KETIKA MANDI
Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah di atas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. MEMBUANG
Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu.

10. JAUHKAN AIRCOND
Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

11. IKAT
Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya. Ia mengelak angin dari masuk.

12. SUAMI TAKE NOTE YA!
Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami busy, suami perlu sediakan seseorang untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.

13. BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA
Mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang.

14. MENU BERPANTANG
Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Sebaik saja melalui tempoh 44 hari berpantang dan berjaya pulihkan badan lepas bersalin, tentu ibu-ibu dah bersedia nak masuk kerja dengan tubuh yang sihat. Lagilah nanti, macam-macam kerja menanti di pejabat atau tempat kerja anda.

KHAS UNTUK BERSALIN CZER******************************** Selepas pembedahan di hospital👉 6 jam slps pembedahan, tidak di...
24/07/2022

KHAS UNTUK BERSALIN CZER
********************************
Selepas pembedahan di hospital

👉 6 jam slps pembedahan, tidak dibenarkan mengangkat kepala krn ubat bius (jika diberi bius separuh) masih ada dlm tubuh kita - kalau angkat juga, jadi sakit kepala (dan sesetengahnya berkekalan) - paling tinggi pun setinggi bantal sahaja. Nak pusing kepala boleh...

👉 Boleh minum air masak sikit2 guna straw (sbb tak boleh angkat kepala), kecuali jika bius penuh. Jika tak muntah slps minum air masak, boleh minum air soya/milo (prepare siap2 sbb air milo/susu hospital tak sedap). Kalau rasa mudah, boleh nak ngunyah mknn apa2 (pengalaman saya slps pembedahan ikat pangkal rahim, siap makan samosa tu (suami suap) - lapo walaupun samosa yg suami goreng tu sdkt hangus - dah sehari semalam puasa, dah nak kene gastrik rasanya). Ingat...! Jangan sekali-kali angkat kepala dlm tempoh 6 jam pertama.

👉 Slps 6 jam tu, paksakan diri utk bangun dari katil (dlm tempoh 24 jam slps pembedahan). Lagi cepat bangun dan bergerak, lagi cepat boleh balik. Dan lagi cepat boleh tanggal tiub kencing.

👉 Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi dan gunakan lengan utk menolak badan ke posisi duduk. Sokong perut dgn memegang perut dgn tangan.

👉 Jalan perlahan2 dgn badan ditegakkan - memang sakit terutamanya apabila nak tegakkan badan. Lakukan dgn perlahan2 sambil menyokong perut. Boleh je kalau nak guna kerusi roda terutamanya jika jarak ke tandas jauh, tapi lebih baik berjalan kaki - gerakkan kaki (elak komplikasi lain) dan darah nifas lebih lancar.

👉 Bila rasa confident nak ke tandas, boleh minta cabut tiub kencing. Semasa memakai tiub kencing, tak rasa apa...cuma rasa mcm nak buang air (walaupun hakikatnya air kencing sudah mengalir dlm tiub). Tapi....slps tanggal tu yg problem. Bila nak buang air sendiri...hanya Allah yg tahu pedihnya (akan hilang slps beberapa hari). Basuh dgn air suam bagi membantu semasa buang air. Bila dah buang air sendiri, barulah dibenarkan p**ang.

👉 Menyusukan anak seperti biasa - kalau sakit, menyusukan secara berbaring. Lagi cepat beri susu lagi bagus - rangsangan awal pada puting dan pengeluaran kolostrum yg baik utk anak kita. Jangan risau, nurse akan beri susu secara cup feeding jika masih tak mampu menyusukan.

🌸AMALAN BERPANTANG🌸

Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim, keadaan rahim tetap bengkak. Malah lebih serius akibat luka2 pembedahan pada rahim dan setiap lapisan kulit.

❗Penjagaan lebih lama & tempoh berpantang juga lebih panjang berbanding ibu yg bersalin normal; iaitu pantang pemakanan 100 hari dan pantang berjimak 50 hari (tempoh penyembuhan luka sepenuhnya adalah 6 minggu).


MASALAH

❗ Lebih mudah mengalami masalah pengump**an angin yg menyebabkan tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap.
❗ Mungkin secara fizikal kelihatan cantik dan langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mudah terkena penyakit arthritis, kebas2 dan reumatisme.
❗ Saluran sulit p**a menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan.
❗Lambat mendapat bentuk badan yg asal, terutamanya bahagian perut & pinggang.

AMALAN
**********
👍Cucian bahagian sulit - walaupun tiada luka jahitan, tetap mengalami darah nifas. Penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu f***j.

👍 Bertungku - boleh lakukan spt biasa. Tetapi di bahagian perut dan luka jahitan, hanya letakkan batu tungku dgn lembut tanpa menekan atau mencungkil urat (kalau tak pasti macam mana, elak sahaja tungku bahagian perut). Dinasihatkan slps seminggu bersalin.

👍Berurut - seperti biasa tapi elak bahagian perut. Digalakkan slps seminggu bersalin

👍Mandian/lulur - seperti biasa

👍Berbengkung - praktikkan ikatan bengkung/barut yg ringan ikatannya atau mengenakan 'strap on binder'. Tetap lakukannya selepas bersalin walau masih terasa jahitan pembedahan. Selepas 2 minggu, boleh perketatkan ikatan dan slps 4 minggu, boleh lakukan spt ibu bersalin normal. Ia dapat mengelakkan sengal dan pedih pada luka jahitan, ketegangan pd bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak nanti. Tanpa bebengkung/berbarut, mudah mengalami perut buncit dan berasa sakit/lenguh di bahagian pinggang dan pinggul sehingga melarat pd betis dan tumit.

TIPS LAIN
*************
👉Pastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, lap kawasan luka hingga kering (pedap dgn tuala bersih, jangan gosok!) atau anginkan depan kipas/hair dryer (jika basah - mudah bernanah, terutamanya jika kulit terlipat)

👉Jangan sapu minyak krn takut jadi lembap - mudah terkena jangkitan, luka lambat bercantum dan parut jadi buruk.

👉 Pemakanan seperti biasa. Minum b*k air dan makanan yg berkhasiat. Elak makanan gatal; telur dan seafood.

👉 Elak makan jamu sbb panas - boleh menyebabkan jahitan dalaman terbuka.

👉Ada yang kata elak makan pati haruan sbb mudah berlaku adhesion (tapi luka cepat sembuh). Ambil selepas 2 minggu, supaya luka luar dan dalam sembuh dgn sendiri.

👉Jangan angkat sesuatu yg lebih berat dr bayi anda.
👉 Jika berjalan-jalan, gunakan kereta sorong drp mendokong bayi
👉 Senaman - 4 hingga 6 minggu slps bersalin.
👉 Urutan lembut pd parut pembedahan dpt mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
👉Jika terbatuk/terbersin, letakkan bantal merentangi perut dan tekan perlahan2 utk memberi sokongan pd parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
👉Kurangkan aktiviti di rumah. Dekatkan barang keperluan bayi dan elakkan menaiki/menurun tangga. Tetapi jangan tidak bergerak.
👉 Darah nifas boleh berubah mengikut aktiviti yg dilakukan - gunakan situasi ini utk menentukan samada sudah terlalu banyak melakukan kerja.

Dapatkan rawatan sekiranya

❗Demam
❗Sakit kepala yg kuat dan tidak berkurangan
❗Sakit tiba2 pd bahagian perut atau luka pembedahan (termasuk, jika lebam atau keluar darah/nanah)
❗ Discaj va**na yg berbau busuk
❗Rasa pedih semasa buang air kecil dan darah dlm air kencing
❗Ruam atau gatal
❗ Pendarahan yg terlalu banyak
❗Sakit, kemerahan dan pedih pada payudara
❗Bimbang, panik atau sedih

Address

Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60187630447

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak wa URUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kak wa URUT:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram