Dermags Active Plus KakMunirah

Dermags Active Plus KakMunirah ActivePlus by Dermags merupakan suplemen kesihatan hasil penyelidikan Dr Nik Ahmad Tajuddin dan Dr. Mariani Abdul Hamid.

Hasil kajian mereka telah menemukan bahan-bahan yang baik untuk memperbaiki sel-sel badan manusia dan meningkatkan kesihatan dengan berkesan. ActivePlus membekalkan mineral lengkap sebagai sumber makanan untuk sel-sel badan yang sihat. ActivePlus membantu meningkatkan sistem imun, mengurangkan risiko sakit kronik, mengawal tekanan darah dan paras gula dlm darah, meneutralkan toksin, mengimbangi pH badan, mengurangkan risiko strok & sakit jantung, mengurangkan keradangan, dan risiko gout. Kelemahan imuniti sering dikaitkan dengan penurunan sistem imun, penurunan aktiviti sel dan tekanan oksidatif. Malah, banyak masalah kesihatan terjadi kerana sistem imun lemah. ActivePlus mampu mengaktifkan sel-sel imun, serta mendorong pemulihan sistem kekebalan tubuh terhadap tekanan oksidatif. Air laut memiliki kepelbagaian mineral dan mempunyai gelombang yang mampu menjadi penawar penyakit. Kandungan surih mineral dan komposisi garam adalah berbeza mengikut sumber air laut. Kerana itu, Active Plus diperbuat daripada campuran mineral lautan yang berbeza dari 7 benua untuk memanfaatkan kelebihan ini. ActivePlus ialah suplemen pertama di dunia yang berasaskan mineral laut dalam dan diperkuatkan dengan teknologi nano, “coding” & frekuensi gelombang. Kadar keberkesanan ActivePlus seawal 2 hingga 48 jam. Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu. Antara kandungan ActivePlus: Vitamin C (Ascorbic Asic), L-Cysteine, Stevia, Ekstrak Pic, Ekstrak Manggis, Ekstrak Delima, Ekstrak Biji Anggur, Calcium, Magnesium, Zinc, Iron, Copper, Potassium, Selenium, Chromium, Molybdenum dan lodine. ActivePlus terbukti menjadi penawar kepada ribuan pesakit di Malaysia dan dari luar negara Layari www.dermagsactiveplus.com untuk info lanjut.

Kenapa Ada Orang Ambil Banyak Supplemen…Tapi Badan Masih Susah Pulih?
24/03/2026

Kenapa Ada Orang Ambil Banyak Supplemen…
Tapi Badan Masih Susah Pulih?

Kenapa Ada Orang Ambil Banyak Suplemen…
Tetapi Badan Masih Susah Pulih?

Ramai orang fikir penyembuhan hanya tentang:

• ubat
• suplemen
• diet

Tetapi sebenarnya ada satu syarat asas yang sering terlepas pandang.

Badan mesti rasa SELAMAT terlebih dahulu.

Tanpa rasa selamat, badan tidak masuk ke mod pembaikan.



Sistem Saraf Menentukan Sama Ada Badan Membina Atau Bertahan

Tubuh manusia ada dua mod utama:

1️⃣ Survival Mode
(sympathetic nervous system)

Badan fokus untuk:
• melawan
• melarikan diri
• bertahan

Hormon stress seperti cortisol dan adrenaline meningkat.

Dalam keadaan ini:
• penghadaman terganggu
• sistem imun tidak stabil
• proses pembaikan sel menjadi perlahan



2️⃣ Repair Mode
(parasympathetic nervous system)

Di sinilah badan mula:

• membaiki tisu
• mengimbangi hormon
• memperbaiki mikrobiom usus
• mengurangkan radang

Kunci kepada mod ini adalah satu saraf penting dalam badan kita.

Saraf Vagus.



Apa Itu Saraf Vagus?

Saraf vagus ialah saraf panjang yang menghubungkan:

otak → jantung → paru-paru → usus

Ia seperti kabel komunikasi utama antara otak dan organ dalaman.

Apabila vagus aktif dengan baik:

• degupan jantung lebih stabil
• pernafasan lebih tenang
• usus bekerja lebih baik
• radang dalam badan menurun

Dalam bahasa mudah:

Vagus memberitahu badan:
“Kita selamat. Boleh mula membaiki.”



Mengapa Ramai Orang S**ar Pulih?

Kerana sistem saraf mereka sentiasa berada dalam mode berjaga-jaga.

Puncanya boleh jadi:

• tekanan hidup yang berpanjangan
• kurang sokongan sosial
• keletihan emosi
• rasa tidak dihargai
• tekanan kewangan
• persekitaran yang tidak selamat

Badan membaca semua ini sebagai ancaman.

Dan bila badan rasa terancam…

penyembuhan akan ditangguhkan.



Jadi Apakah Langkah Pertama Untuk Pulih?

Sebelum ubat.
Sebelum suplemen.

Badan perlu rasa selamat.

Ini boleh berlaku melalui perkara yang nampak sederhana tetapi sangat berkuasa:

• hubungan sosial yang menyokong
• komuniti yang positif
• rasa dihargai
• tujuan hidup yang jelas
• pernafasan yang tenang
• doa dan spiritual grounding

Semua ini sebenarnya mengaktifkan saraf vagus.



Bila Vagus Tenang…

Barulah sistem lain boleh pulih:

• usus mula seimbang
• hati bekerja lebih efisien
• peredaran darah lebih baik
• tisu mula membina semula

Inilah sebabnya dalam pendekatan kesihatan holistik:

penyembuhan bukan hanya tentang nutrien.

Ia juga tentang keadaan sistem saraf.



Kadang-kadang ubat yang paling kuat untuk sistem saraf ialah:

rasa diterima
rasa disokong
dan rasa kita tidak bersendirian.

Bila komuniti memberi psychological safety,
sistem saraf menjadi lebih tenang.

Dan apabila sistem saraf tenang…

badan akhirnya boleh mula pulih.


Tok Dr Su
Holistic Integrative Preventive Medicine 🌿

24/03/2026

Kenapa Allah suruh Maryam AS goncang batang pokok kurma?

Ketika itu Maryam sedang dalam kesakitan bersalin, badan lemah. Batang pokok kurma keras macam batu, mustahil untuk digerakkan olehnya.

Tapi Allah berfirman:🌸"Goncanglah ke arahmu batang pokok palma itu…”
Kenapa Allah minta yang nampak mustahil? Padahal Dia boleh jatuhkan kurma tanpa sebarang usaha.
Sebabnya: Mukjizat tidak hapuskan usaha. Ia datang menemui usaha kita.

Kekuatan Maryam bukan pada kuasa menggerakkan pokok, tapi pada usahanya untuk taat dan tidak putus asa walaupun lemah.

Pokok itu menjawab ketaatannya, bukan kuasanya.
Kadang-kadang Allah tidak minta kita berjaya. Dia minta kita cuba. Walaupun rasa kecil, walaupun tugas terlalu berat.

Kerana mencuba itu menjaga hati kita hidup dan iman kita terjaga.
Kalau Allah bagi kurma tanpa goncang, Maryam boleh makan, tapi dia takkan bertumbuh rohani.
Jadi apabila kamu penat tapi masih disuruh ambil satu langkah… langkah itu adalah ibadah. Bukan hasilnya.
Allah kaitkan rezeki dengan pergerakan, walaupun Dia yang ciptakan hasilnya.

Maryam AS bukan goncang pokok. Dia goncang dirinya keluar dari keputusasaan.
Tugas kita bukan cipta mukjizat. Tugas kita adalah bergerak walaupun rasa tak mampu. Allah yang uruskan kurma yang jatuh.

Kredit asal: Thread ini dari Sara di X (Twitter)

Renungan tambahan saya:🌸Itu sebabnya, bila seseorang terlalu terbeban dengan emosi negatif atau dilanda penyakit seperti MDD, di mana nak mandi pun susah, nak solat pun susah, tetapi dia masih mampu buat the bare minimum dan terus melakukannya… usaha kecil yang konsisten itu insyaAllah akan membawa barakah dan pertolongan Allah SWT.

20/03/2026

TESTIMONI ACTIVE PLUS

Pesakit mengalami:
• Masalah kesihatan serius tak dapat dikenalpasti
• Banyak masalah kesihatan
• Badan sentiasa menggeletar
• Tidak boleh berdiri, tak boleh berjalan, tak boleh
duduk, tak boleh bercakap, tak boleh makan
• Urin berwarna hitam
• Basically “counting days”
Selepas ambil Active Plus, sekejap saja masalah menggeletar dia pulih. Dah boleh bercakap seperti biasa, dah boleh berjalan. Tangan dan kaki juga boleh digerakkan untuk melaksanakan fungsi dan aktiviti kehidupan harian. Active Plus mempercepatkan pemulihan keupayaan dan pemulihan pergerakan, alhamdulillah.

Selepas ambil 5 sachet Active Plus, pesakit merasakan sangat banyak perubahan positif pada kesihatan beliau. Masalah air kencing berwarna hitam juga makin pulih. Kini beliau sudah menjadi ahli Dermags.
🛒📞 wasap.my/60197352534/DermagsActivePlus

Post berkaitan:
https://www.facebook.com/share/p/1Hwsn9bVGp/?mibextid=wwXIfr

Repost Solat Jamak
20/03/2026

Repost Solat Jamak

Balik kampung 5 hari, boleh solat qasar dan jamak ke?

Boleh, jika tempat yang dituju bukan watan atau tempat tinggal tetap dan tempohnya dikira seperti ini:

1 hari pergi + 3 hari di destinasi + 1 hari p**ang

Ini kerana antara syarat musafir ialah tidak berniat menetap 4 hari penuh selain hari sampai dan hari keluar. Jarak minimum musafir p**a ialah 2 marhalah, iaitu 81 km.

Tetapi jika kampung yang dituju ialah kampung halaman sendiri atau tempat yang sudah dianggap tempat tinggal tetap, maka tidak boleh jamak dan qasar setelah sampai. Yang dibolehkan hanyalah ketika dalam perjalanan pergi dan p**ang.

Rujukan:
1. Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Perkiraan hari masuk dan hari keluar dalam hukum solat musafir (jamak dan qasar)
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2812-al-kafi-926-perkiraan-hari-masuk-dan-hari-keluar-dalam-hukum-solat-musafir-jamak-dan-qasar

2. Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Hukum solat musafir bagi mereka yang mempunyai dua tempat tinggal
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2953-al-kafi-1004-hukum-solat-musafir-bagi-mereka-yang-mempunyai-dua-tempat-tinggal

19/03/2026
S**a teh tarik? S**a kopi? Tapi risau terlebih gula? Kepada penggemar teh tarik, penggemar kopi, kini ada pilihan yang l...
16/03/2026

S**a teh tarik? S**a kopi? Tapi risau terlebih gula?

Kepada penggemar teh tarik, penggemar kopi, kini ada pilihan yang lebih sihat, lebih bijak iaitu Dermags Mangosteen Coffee dan Dermags Mangosteen Teh Tarik.

16/03/2026

DOA MANAKAH YANG LEBIH MESRA PSIKOLOGI BAGI PENGHIDAP PENYAKIT KRONIK?

🧠 Tidak semua ucapan atau doa sesuai diungkapkan secara berhadapan kepada mereka yang menghidap penyakit kronik, sakit berpanjangan, atau penyakit yang secara umumnya sukar atau hampir tiada harapan untuk sembuh sepenuhnya — terutamanya jika pesakit memahami makna doa tersebut secara mendalam.

🩺 Contoh penyakit kronik yang sering dialami masyarakat termasuk:

1️⃣ 🎗 Kanser
2️⃣ 🩸 Kencing manis (diabetes mellitus)
3️⃣ ❤️ Penyakit jantung kronik
4️⃣ 🌬️ Penyakit paru-paru kronik seperti COPD atau asma serius
5️⃣ 🧠 Penyakit saraf seperti Parkinson atau multiple sclerosis
6️⃣ 💧 Kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis
7️⃣ 🦴 Penyakit bentuk artritis di sendi badan
8️⃣ 🧬 Penyakit genetik atau degeneratif yang memerlukan rawatan sepanjang hayat

💭 Dalam keadaan seperti ini, pesakit sering hidup dengan realiti kesakitan, rawatan jangka panjang, dan ketidakpastian masa depan. Oleh itu, bahasa doa yang diungkapkan kepada mereka juga wajar difikirkan dengan lebih empati dan bijaksana.

❓ Persoalannya: doa-doa ma’thur manakah yang lebih sesuai diungkapkan kepada penghidap penyakit kronik?

Pilihan:

🤲 Doa (A)
“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah dia. Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali daripada-Mu; kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi.” (HR al-Bukhari, no. 5743; HR Muslim, no. 2191)

🤲 Doa (B)
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung, agar Dia menyembuhkanmu.” (HR Abu Dawud, no. 3106; HR al-Tirmizi, no. 2083)

🤲 Doa (C)
“Tidak mengapa. Semoga sakitmu ini menjadi pembersih dosa-dosamu, insya-Allah.” (HR al-Bukhari, no. 5662)

🤲 Doa (E)
“Dengan nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.” (HR Muslim, no. 2202). Nota: Doa (E) ini dibaca sendiri oleh pesakit.

🧠 Komentar

📊 Isu ini sebenarnya wajar dikaji dengan lebih mendalam dari sudut kesan psikologi dan kesan spiritual doa-doa tersebut terhadap pesakit yang mendengarnya.

💬 Doa (E) yang dibaca sendiri oleh pesakit sangat tepat dalam menggambarkan pengalaman psikologi penghidap penyakit kronik. Doa ini bukan sekadar memohon kesembuhan total, tetapi juga mengiktiraf dua realiti psikologi yang sangat penting:

• kesakitan yang sedang dirasai sekarang
• kebimbangan terhadap apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan

🧩 Ini sangat selari dengan pengalaman sebenar ramai pesakit kronik.

📌 Nota tambahan

🤲 Perbincangan ini tidak bermaksud bahawa kita tidak boleh mendoakan pesakit kronik dengan doa-doa (A), (B), (C) atau (D). Doa-doa tersebut tetap sangat baik dan boleh dibacakan untuk mereka terutamanya ketika mereka tiada di hadapan kita, selepas solat, atau pada waktu-waktu yang mustajab.

🌱 Ramai pesakit kronik sebenarnya individu yang sangat sabar dan optimis dalam jangka panjang. Namun kadang-kadang makna “kesembuhan” bagi mereka bukan semata-mata bebas daripada penyakit.

🧠 Sebaliknya, kesembuhan (atau pemulihan - recovery) juga boleh bermaksud kemampuan untuk terus menjalani kehidupan walaupun dengan kesakitan harian, rawatan berulang, tekanan emosi, dan kerisauan masa depan — sesuatu yang tidak semestinya dialami oleh pesakit biasa.

💡 Cadangan

🤲 Mungkin doa berikut lebih sesuai dibacakan secara berhadapan kepada penghidap penyakit kronik:

“Ya Allah, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan. Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau menghendakinya.” (HR Ibn Hibban, no. 2427)

🧠 Mengapa?

Kerana dalam banyak keadaan, penghidap penyakit kronik bukan sahaja memerlukan kesembuhan fizikal, tetapi juga memerlukan kekuatan untuk:

1️⃣ 💪 menanggung kesakitan setiap hari
2️⃣ ❤️ mengurus emosi secara berterusan
3️⃣ 💊 mengekalkan motivasi mendapatkan rawatan yang betul
4️⃣ 🩺 berkomunikasi dengan doktor dan pakar perubatan
5️⃣ 🏠 mengurus tekanan di rumah dan tempat kerja
6️⃣ 🤝 mendapatkan sokongan sosial sepanjang proses rawatan yang panjang

🌿 Dalam erti kata lain, doa yang menekankan kemudahan, ketabahan dan kekuatan menghadapi kesukaran kadangkala lebih selari dengan realiti psikologi penghidap penyakit kronik.

🤲 Kadang-kadang yang paling diperlukan oleh mereka bukan hanya doa untuk “sembuh sepenuhnya”, tetapi juga doa agar Allah memudahkan perjalanan mereka melalui ujian yang panjang ini.





Pejuang artritis lutut sejak 2014.

UPDATE: LAMPIRAN TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG HANYA BACA SECARA PERMUKAAN SAHAJA:

1. Pesakit kronik beriman bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati (HR al-Bukhari, no. 5678). Malah kebanyakan pesakit kronik, setelah melalui proses 'grief' secara sihat sudah bersedia dan tawakal untuk mati bila-bila sahaja dengan emosi redha tapi tetap kuat berjuang meneruskan kehidupan harian.

2. Pesakit kronik yang matang atau pernah buat silap tidak akan suka-suka beli/makan ubat atau bayar rawatan bukan pakar yang tidak dikaji secara klinikal yang memberi kelegaan sementara tapi kemudiannya berisiko bertambah sakit, bertambah penyakit lain, dan/atau menyebabkan kematian selepas beberapa bulan. Mereka rujuk pakar-pakar yang betul. Malah mereka sentiasa berdoa akan ada saintis yang terus mengkaji dan akan berjaya menemui ubat yang lebih baik daripada ubat sekarang.

3. Pesakit kronik redha dengan penyakit mereka dan fokus kepada definisi kesembuhan yang lebih realistik termasuk. Mereka terus berusaha mengecapi kebahagiaan psikospiritual dalam kesakitan di dunia ini sebelum mengecapi kebahagiaan abadi di akhirat. Setiap pilihan kesembuhan (e.g. ubat, pembedahan, rawatan invasif, etc.) semuanya ada risiko tersendiri, dan kalau menyebabkan kesembuhan, tetap juga ada risiko tersendiri. Mereka akan berbincang pros and cons dengan pakar sebenar, dengan ahli keluarga, dan dengan komunikasi personal-spiritual dengan Allah SWT.

4. Islam mengiktiraf perbezaan sakit sementara dan sakit kronik melalui sistem qada' puasa dan fidyah puasa. Ini adalah satu sistem yang bukan sahaja menyantuni fizikal, tapi juga psikologi dan spiritual pesakit kronik. Ambil pengajaran daripada sistem ini. Pesakit sementara dan pesakit kronik mempunyai keperluan fizikal, fisiologikal, mental, emosi, dan spiritual yang berbeza. Bidang psikologi kesihatan, ilmu kaedah fiqh, dan seni ilmu dakwah ada memberikan panduan praktkal.

5. Nabi Muhammad SAW ketika di ambang kewafatan pada usia agak muda ie 63 tahun mengakui masih merasai kesakitan berpanjangan hasil daripada racun yang diberikan oleh wanita Yahudi di Khaibar (HR al-Bukhari, no. 4428). Ini tidak bermakna tiada ubat untuk racun tersebut. Dan Nabi SAW terus mekar sebagai seorang hamba dan Rasul walau dalam kesakitan.

6. Setiap orang berisiko untuk mendapat penyakit kronik dan kesakitan kronik pelbagai jenis, dan bagi setiap jenis penyakit/kesakitan p**a, ada pelbagai tahap dan berubah-ubah. Kita harus belajar psikologi pesakit kronik seperti yang banyak dikaji dalam psikologi kesihatan dan juga belajar sistem Islam yang rahmah bukan sahaja terhadap pesakit sementara, tapi juga terhadap pesakit kronik. Ini sebagai persediaan jika orang yang kita sayangi mengalami penyakit kronik atau kita sendiri mengalami penyakit kronik supaya kita tahu bagaimana menyantuni emosi mereka dan emosi kita sendiri untuk mengharungi kesakitan berpanjangan secara sihat.

Kesimp**an: Hantaran ini bukan tentang isu pesakit kronik tidak redha, tapi ia sebenarnya tentang redha yang sangat tinggi dan fokus kepada usaha "here and now" untuk mengurus simptom fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan tawakal yang berterusan dan tinggi terhadap Allah, tanpa menafikan emosi fitrah. Tapi untuk menuju tahap tersebut, ia memerlukan sokongan emosi dan sokongan sosial daripada keluarga, sahabat, jiran, majikan, rakan sekerja, NGO, netizen, dan sistem penjagaan kesihatan.

Sekian.

-Dr Alizi Alias-
Sarjana Muda llmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh & Usul Fiqh)
Sarjana Sains Psikologi Gunaan/Terapan
PhD Psikologi Industri & Organisasi

16/03/2026

Kopi tak minum,
jantung tetap berdebar

Ramai orang bila jantung tiba-tiba laju, terus salahkan kopi.

Padahal kadang-kadang, cawan kopi pun tak sentuh.
Tapi dada tetap rasa bergetar.
Nafas rasa tak sedap.
Badan p**a mula cuak sebab tak faham apa yang sedang jadi.

Sebenarnya jantung berdebar bukan selalu datang sebab kafein.

Kadang-kadang puncanya benda yang kita tak jangka.

1. Stress atau anxiety
Badan masuk mode berjaga-jaga. Adrenalin naik, jantung pun mula terasa lebih kuat atau lebih laju.

2. Kurang air
Bila badan dehidrasi, jantung terpaksa kerja lebih kuat. Masa itu mula rasa berdebar walaupun tak buat apa-apa berat.

3. Tiroid terlalu aktif
Bila hormon tiroid terlalu tinggi, seluruh badan jadi laju. Jantung pun boleh ikut berlari.

4. Anemia
Bila oksigen tak dibawa dengan baik dalam darah, badan akan cuba compensate. Salah satu tanda yang boleh muncul ialah jantung rasa laju atau berdebar.

5. Gula darah drop atau ubat tertentu
Skip makan, gula jatuh, atau ambil ubat selsema tertentu pun boleh buat dada rasa tak tenang.

Sebab itu bila jantung berdebar, jangan terus fikir kopi semata-mata.

Kadang-kadang badan sedang bagi isyarat.
Mungkin anda penat.
Mungkin anda kurang air.
Mungkin ada hormon atau darah yang perlu diperiksa.
Mungkin juga badan sedang menanggung stress yang dah lama dipendam.

Kalau berdebar itu kerap sangat jadi, makin teruk, atau datang sekali dengan sesak nafas, sakit dada, pening, atau hampir pitam, jangan tunggu lama.

Ada benda yang boleh dipujuk dengan rehat.
Ada benda yang memang patut diperiksa.

KULIT KUSAM?😱😫Banyak juga melintas post-post PHM tentang kulit kusam, tak ada glow. Ya benar “glowing skin” iaitu kulit ...
16/03/2026

KULIT KUSAM?😱😫

Banyak juga melintas post-post PHM tentang kulit kusam, tak ada glow. Ya benar “glowing skin” iaitu kulit berseri memang membuat penampilan kita nampak lebih segar, lebih remaja, lebih ceria dan bersemangat.

Ciri-ciri kulit kusam:
Omputeh kata dull skin, opposite dia glowing skin.
Keadaan kulit yang nampak tidak berseri, tidak bercahaya ( tidak cerah, tidak glowing ) kelihatan kasar, kering.

In shaa Allah Dermags Skinsolutions dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah kusam dan membuat anda tampil lebih berseri glowing Raya ini.✨

Masih sempat lagi untuk berbuat sesuatu supaya wajah untuk berseri bermaya.. sebab skincare dan kosmetik Dermags dilengkapi dengan teknologi NANO. Cepat dan pantas bertindak pada targetted areas.

Kakmuni repost testimoni Dr Syaidatul Syakila tentang masalah kulit kusam beliau:
https://www.facebook.com/share/v/1Dbwt4HfHu/?mibextid=wwXIfr

Lihat juga video-video Dr Syaidatul Syakila di sini:
https://t.me/DermagsKakMunirah



Nak tengok testimoni-testimoni yang lain?
1. Masuk fbpage Dermags Active Plus KakMunirah
Satu lagi fbpage Dermags SkinSolutions KakMunirah
2. Tekan pada ••• di sebelah atas kanan page.
3. Kemudian scroll hingga jumpa 🔍 Search This Page
4. Taipkan keyword yang dicari.

15/03/2026

Penat, tapi tak lena.😵‍💫🥴
Badan letih, tapi bila baring, tidur tak juga datang.
Badan dah cuba rehat, tapi minda masih berjaga.
Bukan sebab tak cuba tidur.
Bukan sebab tak mengantuk.
Itu yang ramai orang tak nampak bila kita cakap kita ada masalah tidur.
Insomnia bukan sekadar "tak boleh tidur".
la mencuri tenaga, emosi dan semangat kita waktu siang.

S**ar tidur malam?
In shaa Allah, Dermags Active Plus boleh membantu.

Dermags Active Plus is developed and formulated by Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Patented. Product patent No: MY-182392-A



Address

Johor•Melaka•Negeri Sembilan•, Selangor•Pahang•Penang•Kelantan•, Terengganu•Sabah•Sarawak•Singapura
Johor Bahru
81310

Website

https://linktr.ee/kakmunidermags

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dermags Active Plus KakMunirah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dermags Active Plus KakMunirah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram