27/08/2025
✨ Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membina kerjaya idaman anda di Karnival Kerjaya MYFutureJobs Parlimen Ledang 2025!
📅 Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
🕘 Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
📍 Lokasi: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak
Sebanyak 10 syarikat ternama akan menyertai karnival ini dengan menawarkan pelbagai peluang kerjaya menarik antaranya jurutera, pereka produk, akauntan, pegawai pemasaran, penyelia, juruteknik, hinggalah ke peluang internship & program kebolehpasaran graduan.
🎯 Sama ada anda lepasan sekolah, graduan baharu, atau profesional berpengalaman – ada jawatan untuk semua peringkat!
✅ Daftar segera di pautan: https://bit.ly/KKMFJParlimenLedang2025
🚀 “Jom Cari Kerja, Jom ke Tangkak!”
💼 “Dari Internship ke Pengurusan – Semua Ada di Karnival Kerjaya Ledang 2025!”
Jumpa anda di sana!