Pusat Kaunseling & Psikologi

Pusat Kaunseling & Psikologi Pusat Kaunseling & Psikologi (Syoknya Kaunseling) di Johor Bahru. Penyedia Kaunseling Online & Bersemuka (JM0926097-W)

Ada masa kita bukan tak tahu nak jaga diri. Kita cuma terlalu takut orang marah. Terlalu risau orang kecewa.Terlalu nak ...
17/11/2025

Ada masa kita bukan tak tahu nak jaga diri. Kita cuma terlalu takut orang marah. Terlalu risau orang kecewa.

Terlalu nak semua orang tenang walaupun diri sendiri tak tenang. 🌧 Lama-lama, kita penat.

Kita mula hilang semangat, sebab hidup ni rasa macam untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri.

Tapi satu hari nanti, awak akan sedar,

“Bila aku berhenti jadi orang yang semua s**a, baru aku boleh jadi diri aku yang sebenar.”

🌿 Belajar untuk pilih diri sendiri dulu. Bukan sebab selfish tapi sebab awak pun manusia yang layak disayangi tanpa syarat.

💌 Dapatkan Sesi Kaunseling Individu Online di www.syoknyakaunseling.com

Bantu awak faham semula diri, belajar letak batas, dan berhenti rasa bersalah bila mula pilih diri.

📲 Klik link di bio untuk tempahan sesi atau terus www.syoknyakaunseling.com

Ruang selamat. Rahsia terjaga. Sokongan profesional.

Kadang, kita tak perlukan jawapan panjang. Kita cuma perlukan seseorang yang benar-benar mendengar 🌷Kalau hati terasa se...
16/11/2025

Kadang, kita tak perlukan jawapan panjang. Kita cuma perlukan seseorang yang benar-benar mendengar 🌷

Kalau hati terasa sesak…kalau fikiran tak berhenti berputar…

awak tak perlu tanggung semuanya seorang diri.

💬 Dapatkan Sokongan Emosi Melalui Chat

🌷 Chat peribadi & selamat
💖 Ruang untuk luahkan tanpa dihukum
🌼 Kaunselor berdaftar yang sedia mendengar

📲 Klik link [https://ezy.la/onlienchat]di bio untuk mulakan chat hari ini.

Ambil langkah kecil — untuk hati yang lebih tenang. 🌸

Rasa berharga bukan datang dari pujian orang tapi dari cara kamu mula memahami dan menerima diri sendiri.Kadang kita sen...
13/11/2025

Rasa berharga bukan datang dari pujian orang tapi dari cara kamu mula memahami dan menerima diri sendiri.

Kadang kita senyum depan orang, tapi dalam hati terasa kosong. Macam ada sesuatu yang hilang… walaupun hidup nampak “baik-baik saja”. 🌧

Rasa rendah diri bukan bermaksud kita lemah. Selalunya, ia tanda kita terlalu lama menanggung luka yang tak pernah sempat sembuh.

Mungkin sebab selalu dibandingkan. Mungkin sebab pernah ditolak. Atau sebab terlalu keras pada diri sendiri sampai lupa kita pun manusia yang layak buat silap, berehat dan disayangi. 🌿

Sembuh bukan tentang jadi sempurna.
Ia tentang belajar lihat diri dengan lebih lembut, dan mula percaya:

✨ “Aku cukup, walaupun belum sempurna.”

💌 Book Sesi Kaunseling Individu Online / Bersemuka Hari Ini.

Ruang selamat untuk faham semula diri, redakan emosi, dan bina semula keyakinan.

Klik link di bio untuk tempahan sesi.

Kadang kita cuma perlukan seseorang yang benar-benar mendengar bukan untuk menilai, tapi untuk faham.Kadang kita nampak ...
11/11/2025

Kadang kita cuma perlukan seseorang yang benar-benar mendengar bukan untuk menilai, tapi untuk faham.

Kadang kita nampak kuat di luar tapi dalam hati, ada banyak benda yang tak pernah sempat disuarakan.

Sesi kaunseling individu bersemuka memberi ruang untuk kamu:
🌿 Luahkan apa yang terbuku tanpa rasa dihakimi
🌿 Faham semula kenapa kamu rasa letih, sedih atau hilang arah
🌿 Dan belajar cara urus emosi dengan lebih tenang

📍 Kaunseling Bersemuka (Individu)
📅 By appointment sahaja
🔒 Privasi dijaga | Profesional | Selamat
💌 Tempah sesi hari ini. Klik link di bio ( https://ezy.la/sesikaunseling ) kerana langkah kecil untuk bercakap, boleh jadi langkah besar untuk sembuh. 🌸



📌 Syoknya Kaunseling Peneraju Utama Kaunseling Online Di Malaysia

Kami dah cuba berbincang… Tapi masih berpusing pada isu yang sama. Makin cuba selesaikan, makin luka dalam. Hakikatnya, ...
07/11/2025

Kami dah cuba berbincang… Tapi masih berpusing pada isu yang sama. Makin cuba selesaikan, makin luka dalam. Hakikatnya, cinta tak cukup tanpa kemahiran berkomunikasi.

Kaunseling berpasangan membantu, bukan untuk mencari siapa betul, siapa salah —
tapi untuk bantu kamu berdua faham semula, bukan lawan semula.

Melalui sesi kaunseling, anda akan belajar:
🌿 Cara berkomunikasi tanpa menyerang
💗 Cara dengar pasangan dengan empati
🪷 Cara urus emosi bila konflik timbul
✨ Dan bina semula keintiman yang hilang perlahan-lahan

Tempah Sesi Kaunseling Berpasangan sekarang. Klik link di bio ( https://ezy.la/sesikaunseling )
Sesi Online / bersemuka, selesa dan rahsia terjamin.



📌 Syoknya Kaunseling Peneraju Utama Kaunseling Online Di Malaysia

Kadang kita fikir kita dah mendengar dengan baik, tapi sebenarnya kita cuma tunggu giliran untuk bercakap. 🌿Kita potong ...
06/11/2025

Kadang kita fikir kita dah mendengar dengan baik, tapi sebenarnya kita cuma tunggu giliran untuk bercakap. 🌿

Kita potong cakap sebab nak bantu. Kita cepat menilai sebab nak nampak betul. Kita bagi nasihat sebab tak tahan tengok orang sedih. Tapi tanpa sedar orang yang depan kita cuma nak difahami, bukan dibetulkan.

Belajar mendengar dengan hati.Bukan untuk menang hujah, tapi untuk menyambung jiwa. Kerana bila kita benar-benar mendengar, kita bukan sekadar dengar suara kita dengar rasa. 💗

🌸 Baca lanjut kalau awak bterasa diri cepat nak “membalas” sebelum mendengar.

Biar perlahan, tapi penuh kesedaran.

1. Bila orang bercerita, kita dah siapkan jawapan. Kita dengar untuk menjawab, bukan memahami. Cuba tahan sebentar. Fahami dulu isi dan emosi di sebalik kata.

2. Kita rasa nak cepat bantu, tapi sebenarnya kita ganggu ruang dia untuk luah. Kadang yang orang perlukan bukan solusi tapi peluang untuk habiskan ayat mereka.

3. Baru separuh cerita, kita dah buat kesimpulan. Bila cepat menilai, kita tutup pintu empati dan buat orang rasa salah kerana berkongsi.

4. Mata tengok, telinga dengar tapi hati tak ada di situ. Orang boleh rasa bila kita “tak hadir”. Hadir sepenuhnya itu tanda hormat.

5. Kadang orang bukan perlukan penyelesaian, tapi penerimaan. Cuba tanya dulu: “Awak nak saya dengar je ke, atau nak saya bagi pandangan?”

6. “Ala benda kecil pun nak stres?” Ayat begini buat orang rasa tak layak untuk rasa apa yang dia rasa. Hati yang tak divalidasi akan mula diam.

Mendengar bukan kemahiran semula jadi — ia kemahiran yang boleh dilatih. Bila kita belajar mendengar dengan betul, hubungan jadi lebih tenang, dan hati orang di sekeliling mula terbuka semula.

💬 Kalau kamu nak belajar cara berkomunikasi dengan lebih sihat, boleh mula dengan sesi kaunseling individu atau berpasangan. Kadang satu sesi cukup untuk bantu kamu faham semula apa yang hati cuba sampaikan.

Tempah sesi sekarang. Klik link [ https://ezy.la/sesikaunseling] di bio sekarang!

Ada masanya kita bukan tak bersyukur. Cuma terlalu penat untuk rasa gembira.Penat jadi kuat.Penat berpura-pura okay.Pena...
06/11/2025

Ada masanya kita bukan tak bersyukur. Cuma terlalu penat untuk rasa gembira.

Penat jadi kuat.
Penat berpura-pura okay.
Penat simpan semua seorang diri.

Kita fikir bahagia tu akan datang bila semuanya selesai tapi sebenarnya, bahagia hadir bila kita mula berhenti sekejap, dan belajar hadir sepenuhnya dalam diri sendiri. 🌸

Kita tak perlu sempurna untuk rasa bahagia.

Kita cuma perlu benarkan diri untuk perlahan, berehat, dan melepaskan.

🕊 Kalau awak dah terlalu lama pendam atau tak tahu macam mana nak mula semula,

mungkin ini masa untuk luahkan — bukan lagi tanggung semuanya sendiri.

💌 Sesi Kaunseling Individu Online
Ruang selamat untuk faham, tenang & pulih perlahan-lahan.

Tempah sesi sekarang. Klik link di bio ( https://ezy.la/sesikaunseling )

Tempah slot anda hari ini. Kadang-kadang, langkah kecil untuk bercakap ialah langkah besar untuk sembuh. 💗Nak Tempah Ses...
04/11/2025

Tempah slot anda hari ini. Kadang-kadang, langkah kecil untuk bercakap ialah langkah besar untuk sembuh. 💗

Nak Tempah Sesi Anda Hari Ini?
Klik pautan di bio https://ezy.la/sesikaunseling atau

WhatsApp kami 0182527055
untuk slot terdekat



📌 Syoknya Kaunseling Peneraju Utama Kaunseling Online Di Malaysia

Kadang kita bukan tak pandai bergaul, bukan juga susah nak faham orang… cuma kita penat disalah tafsir dan tersalah tafs...
03/11/2025

Kadang kita bukan tak pandai bergaul, bukan juga susah nak faham orang… cuma kita penat disalah tafsir dan tersalah tafsir.

Ada masa kita rasa orang tu menjauh, padahal dia cuma letih.

Kita rasa dia marah, padahal dia cuma senyap sebab fikir terlalu banyak.

Kita semua pernah tersilap faham — dan disalah faham.

Itu bukan kelemahan, tapi peluang untuk belajar berhubung dengan lebih sedar. 🕊

Sebab hubungan yang sihat bukan bermula dengan banyak bercakap,
tapi dengan belajar mendengar, bertanya, dan tidak terus menilai.

Kalau kamu selalu rasa komunikasi jadi tegang, mungkin dah tiba masa untuk faham semula sebelum mahu difahami.

Nak Tempah Sesi Anda Hari Ini
Klik pautan di bio https://ezy.la/sesikaunseling atau

WhatsApp kami 0182527055 untuk slot terdekat



📌 Syoknya Kaunseling Peneraju Utama Kaunseling Online Di Malaysia

Jangan biarkan salah faham terus menjauhkan anda dengan pasangan. Dapatkan bimbingan dari kaunselor berdaftar kami. Deng...
02/11/2025

Jangan biarkan salah faham terus menjauhkan anda dengan pasangan. Dapatkan bimbingan dari kaunselor berdaftar kami. Dengan kaunseling berpasangan yang mudah & fleksibel, anda akan:

✅ Belajar semula cara komunikasi yang lebih jelas
✅ Fahami pasangan tanpa konflik
✅ Pulihkan hubungan sebelum semakin renggang

🌸 Jangan tunggu lagi!
👉 Tempah slot kaunseling pasangan anda hari ini! Klik sini terus https://ezy.la/sesikaunseling

02/11/2025

Alhamdulillah, dengan selesainya Webinar Pengurusan Emosi: Pertolongan Emosi Yang Semua Orang Kena Ada pada 26 Oktober 2025 tempoh hari, maka tamatlah Siri Webinar Pengurusan Emosi Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan 2025.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk mengikuti webinar pengurusan emosi💚

Semoga perkongsian ini menjadi ruang refleksi dan bimbingan untuk kita semua —
belajar memahami diri, dan tahu cara hadir untuk orang lain dengan lebih berempati.

Ucapan terima kasih juga buat Kaunselor Raihana atas perkongsian ilmu yang sangat praktikal, menyentuh hati dan mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. 🌼

Semoga setiap ilmu hari ini menjadi langkah kecil untuk kita terus
🌱 menjaga emosi,
🌱 membina ketenangan, dan
🌱 memberi pertolongan dengan hati yang sedar.

Teruskan bersama kami dalam program-program akan datang di Syoknya Kaunseling 💬
Kerana setiap langkah kecil dalam memahami emosi — ialah satu langkah besar menuju kesejahteraan diri. 💛

Kadang kita fikir komunikasi yang baik bermula dengan cara kita bercakap. Tapi sebenarnya, ia bermula dengan cara kita m...
02/11/2025

Kadang kita fikir komunikasi yang baik bermula dengan cara kita bercakap. Tapi sebenarnya, ia bermula dengan cara kita mendengar. 👂🏻✨

Ramai orang nak difahami, tapi tak ramai yang benar-benar belajar untuk memahami. Mendengar dengan hati — bukan untuk membalas, tapi untuk hadir dan faham perasaan orang di depan kita.

Baca lanjut 6 tabiat kecil yang boleh ubah cara kamu mendengar. Kerana setiap hubungan akan jadi lebih tenang bila kita belajar mendengar dengan empati, bukan dengan ego.

1. Kadang kita dengar untuk balas — bukan untuk faham. Cuba dengar dengan niat untuk menyelami perasaan mereka, bukan untuk menang dalam perbualan.
2. Biarkan orang habiskan ayat mereka dulu. Kadang-kadang mereka cuma perlukan ruang untuk luah, bukan jawapan segera. Diam itu tanda hormat.
3. Angguk kepala, senyum, atau berikan respon seperti “Hmm… saya faham.”Ini menunjukkan kamu benar-benar hadir dalam perbualan.
4. Letakkan telefon. Hentikan kerja lain. Pandang mata orang yang bercakap.Mendengar bukan hanya dengan telinga, tapi juga dengan hati dan perhatian.
5. Tahan diri daripada terus menilai. Fokus untuk memahami, bukan mengadili.
6. Contoh: “Jadi maksud awak, awak rasa tertekan sebab tak didengar?” Ini bantu elak salah faham & buat orang rasa dihargai.

Dapat sesuatu yang baru? Jangan lupa cuba tau!

Address

33 Jalan Kebudayaan 1A Taman Universiti
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60182527055

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kaunseling & Psikologi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kaunseling & Psikologi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram