Shaza Rich

Shaza Rich Kami membantu setiap pemilik kenderaan yang sibuk dengan tugas harian dan tiada masa untuk perbaharui insuran dan cukai jalan.

Kami ingin memastikan anda dan kenderaan anda sentiasa dilindungi dan selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang

TIP MENGELAKKAN LETIH KETIKA MEMANDU ๐Ÿš— Berhenti rehat setiap 2 jam๐Ÿš— Berhenti apabila penat atau tukar pemandu๐Ÿš— Tidur sek...
08/12/2020

TIP MENGELAKKAN LETIH KETIKA MEMANDU

๐Ÿš— Berhenti rehat setiap 2 jam
๐Ÿš— Berhenti apabila penat atau tukar pemandu
๐Ÿš— Tidur seketika 20 minit
๐Ÿš— Sentiasa minum air yang secukupnya


Kita jaga kitaโ™ฅ
01/08/2020

Kita jaga kitaโ™ฅ

10/07/2020
4 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike WarriorTAHUKAH anda program Bike Warrior oleh ...
04/06/2020

4 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike Warrior

TAHUKAH anda program Bike Warrior oleh Allianz Malaysia menawarkan perlindungan insurans khusus kepada motosikal berkuasa tinggi.

Bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi, anda kini tidak lagi perlu bimbang sekiranya jentera 'meragam' di tengah jalan.

Dengan Bike Warrior, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Allianz pada bila-bila masa. Bukan saja bantuan kerosakan, Bike Warrior turut menawarkan pampasan kepada anda sekiranya terlibat dengan kemalangan.

Sekiranya anda adalah pemilik motosikal berkuasa 250cc dan ke atas, inilah lima sebab kenapa perlu mendapatkan Bike Warrior daripada Allianz;

1. BANTUAN 24-JAM
Tanpa mengira hari dan masa, Allianz Malaysia menawarkan khidmat bantuan 24-jam. Antara bantuan yang boleh anda dapatkan menerusi program Bike Warrior adalah;

Khidmat tunda kecemasa 24-jam (Jarak sehingga 600km)
Pembaikan kerosakn kecil motosikal di tepi jalan
Bantuan teksi (Allianz akan bayar tambang sehingga RM60)
Bantuan kereta sewa (Maksimum pembayaran RM400)
Bantuan Penginapan Hotel (Pihak insurans akan tanggung sehingga RM400)
* Bagi bantuan kereta sewa dan hotel, pihak diinsuranskan hanya berhak mendapat bayaran sekiranya motosikal tersebut terkandas 100km dari alamat rumah dan pembaikan mengambil masa lebih 48 jam.

* Resit asal perlu disimpan dan bayaran balik adalah terhad kepada tiga kali setahun.

2.. PERLINDUNGAN LUAR NEGARA
Jika kerosakan atau kemalangan berlaku di Singapura dan Thailand, pihak Allianz akan menanggung kos perkhidmatan tunda ke bengkel terdekat.

3. FAEDAH KEMALANGAN DIRI
Pihak insurans akan membayar pampasan sehingga RM20,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Lebih menarik, faedah ini turut melindungi anda 24-jam tanpa mengira sama ada anda sedang menunggang motosikal atau sebaliknya. Dalam erti lain, diri anda turut dilindungi insurans tanpa mengira masa atau tempat.

Selain itu, pihak Allianz juga akan membayar elaun harian sebanyak RM50 (maksimum 60 hari) sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang melibatkan motosikal diinsuranskan.

4. PERLINDUNGAN BANJIR
Bukan sekadar itu, pihak insurans juga akan membayar sehingga RM1,500 untuk kos pembaikan ke atas motosikal tersebut akibat kerosakan daripada banjir.

BERAPA HARGA?
Menerusi program Bike Warrior, anda hanya perlu membayar premium tahunan sebanyak RM148.40 (termasuk GST) bagi mendapatkan kesemua 4 faedah ditawarkan.

Bagaimanapun, program Bike Warrior hanya sah bagi pemilik motosikal yang berumur di antara 16 hingga 80 tahun.

Cara tampal roadtax pada cermin kereta  tanpa meninggalkan kesan gam๐Ÿ‘‡
04/06/2020

Cara tampal roadtax pada cermin kereta tanpa meninggalkan kesan gam๐Ÿ‘‡

Cara Tampal Road Tax Kereta Dengan Betul Pada Cermin Kereta Tanpa Meninggalkan Kesan Gam

04/06/2020

5 FAKTA YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN.

Steve Gouves seorang jutawan meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun di sebab kan kanser pankreas, dan di sini adalah beberapa perkataan terakhirnya:

Di mata yang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya mempunyai sedikit kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya biasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil, sakit dan mengingati sepanjang hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada adalah tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan berlaku.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda - tetapi anda tidak boleh menyewa seseorang untuk membawa penyakit itu untuk anda. Kita boleh mencari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai apabila ia hilang - "hidup".

Rawat diri anda dengan baik, dan menghargai orang lain. Apabila kita semakin tua, kita lebih pintar, dan kita secara perlahan menyedari bahawa jam tangan itu bernilai RM 30 atau RM 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita membawa beg duit bernilai RM 30 atau RM 300 - jumlah wang dalam dompet adalah sama. Sama ada kita memandu kereta bernilai RM 150,000, atau sebuah kereta bernilai RM 30,000 - jalan dan jarak adalah sama, kita mencapai destinasi yang sama.

Sekiranya rumah yang kami tinggal di adalah 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesepian adalah sama.
Kebahagiaan dalaman sejati anda tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi - sekiranya pesawat itu terhempas, anda akan terhempas bersama sama

Jadi, saya harap anda memahami nya, apabila anda mempunyai kawan atau seseorang untuk bercakap dengan nya - ini adalah kebahagiaan yang sebenar!

Lima fakta yang tidak dapat dielakkan-

1. Jangan mendidik anak anda menjadi kaya. Mendidik mereka untuk bahagia. - Jadi apabila mereka membesar, mereka akan pandai menghargai sesuatu perkara, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata.

2. Makan makanan anda sebagai ubat, jika tidak, anda perlu makan ubat anda sebagai makanan.

3. Siapa yang mengasihi anda tidak akan meninggalkan anda, walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Terdapat perbezaan yang besar antara manusia dan manusia yg baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergi sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergi bersama-sama!

Dan kesimpulannya,
Enam doktor terbaik di dunia.
1. cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Kawan

Simpan mereka dalam setiap peringkat kehidupan mu dan nikmati kehidupan yang sihat.

"Sayanglah mereka yang dihantar oleh Allah kepadamu, suatu hari nanti dia akan kembali kepada pencipta nya."

Pesanan ikhlas buat kita semua
Selamat menjalani kehidupan dgn sisa kehidupan yang masih berbaki dengan perkara yg berfaedah dan selamat beribadat
Moga Allah merahmati kita semua...

04/06/2020

APA ITU LLP??

LLP juga dikenali sebagai legal liability of passengers for negligent acts. Apa maksud LLP? Ia adalah tindakan kecuaian oleh penumpang kenderaan anda yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak ketiga.

Memang cukup bahaya bawa penumpang dalam kenderaan anda. Walaupun penumpang tersebut adalah keluarga terdekat seperti anak isteri, adik beradik, ibu bapa, mertua, adik, abang atau kakak ipar, saudara mara dan juga sepupu sepapat.

Sila baca dan bayangkan senario berikut:

Senario 1

Anda menumpangkan mak mertua ke stesen bas. Dalam perjalanan mak mertua anda meraba-raba barang dalam bakul dan buang sesuatu ke luar tingkap.

Sekali sampah yang dibuang terkena dengan motosikal yang bergerak di sebelah anda sampai pemandu motosikal terlibat dalam satu kemalangan kecil. Anda pun memberhentikan kereta di lorong kecemasan.

Senario 2

Anda dalam perjalanan balik kampung dan sudah 2 jam perjalanan mengikuti lebuhraya yang agak sesak. Anak-anak beritahu yang mereka perlu ke bilik air. Sekali apabila tiba di kawasan rehat dan rawat anda pun ingin berhenti sebentar untuk melepaskan penat kaki dan isi minyak serta membiarkan isteri bawa anak-anak ke bilik air.

Bang! Terkejut anda seketika. Anak lelaki anda yang paling tua berumur 11 tahun membuka pintu secara kelam kabut.sehingga terkana kereta sebelah... Alamak! Anda bergegas turun untuk tengok apa yang sudah jadi. Kereta sebelah sudah kemek, malah ada kesan cat tertanggal. Kuat betul hentakkan tadi rupanya.

Tuan punya kereta tersebut pun kembali sambil geleng kepala. Apa nak buat?

Penjelasan LLP

Jika anda ada mengambil insuran tambahan LLP dengan kami, anda sudah dilindungi daripada apa-apa tuntutan pihak ketiga ke atas tuan kenderaan iaitu anda.

Sekalipun kemalangan atau kerosakkan dilakukan oleh penumpang anda, sebenarnya tuntutan pihak ketiga akan dibuat ke atas pemilik kenderaan dan bukan penumpang. LLP melindungi anda atas apa jua kemalangan atau kerosakkan yang dilakukan oleh penumpang anda.

Oleh itu, sila ambil insuran tambahan LLP apabila renew road tax dengan kami.

Memandu lah dalam keadaan yang sihat dan selamat.Pastikan juga anda dan kenderaan anda sentiasa di lindungi insurans.Unt...
02/06/2020

Memandu lah dalam keadaan yang sihat dan selamat.
Pastikan juga anda dan kenderaan anda sentiasa di lindungi insurans.

Untuk cukai jalan yang sudah tamat tempoh tapi perlindungan insurans telah di perbaharui anda tidak perlu bimbang kerana masih tertakluk dalam waktu pkp.

Selepas pkp tamat anda boleh buat cukai jalan dalam tempoh 30 hari setelah pkp tamat.

11/05/2020
ATTENTION!!!Di ingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembahruan LKM dan LESEN MEM...
11/05/2020

ATTENTION!!!
Di ingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembahruan LKM dan LESEN MEMANDU dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh YB MENTERI PENGANGKUTAN pada 24 mac 2020 yang lalu dengan syarat insurans kenderaan wajib di perbaharui,

08/05/2020

Setiap kenderaan bermotor diwajibkan untuk mempunyai insurans.

Undang-undang tercipta untuk memelihara & melindungi kita

Address

No 25 Jalan Kencana Mas 1/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 3
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60137606087

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shaza Rich posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shaza Rich:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram