07/11/2025
πππ πππ₯π¨π§π£ππ€ π€π πππ§π π π π€π-ππ πππ₯ππ¦ ππ ππ¨π«π₯π ππ§π’π―ππ«π¬π’ππ² πππ§π€π’π§π π¬: ππ¬π’π ππππ
UTM NewsHub | 4 November 2025
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mara di persada antarabangsa apabila melonjak ke tangga ke-25 dalam QS World University Rankings: Asia 2026 β kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh universiti ini di peringkat serantau.
Pencapaian ini menempatkan UTM dalam kelompok 2% universiti terbaik di Asia, sekali gus mengatasi 98.4% institusi lain di rantau ini. Kejayaan ini turut mengukuhkan kedudukan UTM sebagai salah satu universiti penyelidikan terulung negara dan institusi peneraju dalam kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak serta jaringan kerjasama global. Untuk rekod, sebanyak 1,526 institusi di seluruh Asia, termasuk 48 universiti dari Malaysia telah menyertai penarafan ini, menandakan saingan yang semakin luas dan kompetitif.
Berita penuh : https://news.utm.my/2025/11/utm-melonjak-ke-tangga-ke-25-dalam-qs-world-university-rankings-asia-2026/