Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru - ILKKM JB

Institut  Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru - ILKKM JB MISI : sebagai institut kecemerlangan pendidikan bidang kesihatan bertaraf antarabangsa

ILKKM JOHOR BAHRU

Program Pra Perkhidmatan
1 Diploma Kejururawatan 36 Bulan
2 Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan 36 Bulan
3 Diploma Fisioterapi 36 Bulan
4 Diploma Terapi Cara Kerja 36 Bulan
5 Diploma Pengimejan Perubatan 36 bulan

Program Lanjutan
1 Diploma Lanjutan Penjagaan Rapi 12 Bulan
2 Diploma Lanjutan Perawatan Perioperatif 12 Bulan
3 Diploma Lanjutan Perawatan Kesihatan Mental 12 Bulan
4 Diploma Lanjutan Perawatan Onkologi 12 Bulan
5 Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular 12 Bulan
6 Diploma Lanjutan Penjagaan Diabetes 12 Bulan
7 Diploma Lanjutan Penjagaan Ortopedik 12 Bulan
8 Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) 12 Bulan
9 Diploma Lanjutan Kebidanan 12 Bulan
10 Sijil Pos Basik Perawatan Nefrologi 6 Bulan
11 Sijil Pos Basik Perawatan Gastrointestinal Endoskopi 6 Bulan
12 Diploma Lanjutan Perawatan Neonatal 12 Bulan

Tahniah dan Selamat Datang kepada Pn. Tan King Fang, Pengajar Gred U12(M) yang mula bertugas di ILKKM Johor Bahru pada 1...
18/11/2025

Tahniah dan Selamat Datang kepada Pn. Tan King Fang, Pengajar Gred U12(M) yang mula bertugas di ILKKM Johor Bahru pada 17 November 2025.

Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Azizul bin Mohd Jamun, Pengajar Gred U12(M) yang mula bertugas di ILKKM Johor Bahr...
18/11/2025

Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Azizul bin Mohd Jamun, Pengajar Gred U12(M) yang mula bertugas di ILKKM Johor Bahru pada 1 Disember 2025.

Telah berlangsung Pertandingan Nasyid ILKKM Johor Bahru 2025: Gema Dakwah pada Sabtu, 15 November 2025, 2.00 petang-4.30...
18/11/2025

Telah berlangsung Pertandingan Nasyid ILKKM Johor Bahru 2025: Gema Dakwah pada Sabtu, 15 November 2025, 2.00 petang-4.30 petang di Auditorium Sri Perdana, ILKKM Johor Bahru. Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan penyampaian dakwah melalui seni suara yang berkesan dan berakhlak; bukan sahaja menonjolkan bakat pelatih dalam bidang nasyid, tetapi turut memupuk semangat berpasukan, ukhwah, serta penghayatan terhadap nilai-nilai Islam.

Melalui pertandingan ini juga dapat menyemarakkan suasana Islami di ILKKM Johor Bahru melalui kreativiti dan mesej yang menyentuh hati melalui muzik dan seni suara. Diharapkan semoga ianya menjadi salah satu wadah yang berterusan dalam mengukuhkan penghayatan Islam melalui pendekatan seni yang menyentuh hati dan membina peribadi yang mahmudah dalam kalangan pelatih.

Telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al-Quran ILKKM Johor Bahru 2025: Al-Quran Tunjang Kecemerlangan Madani pada Sabtu...
17/11/2025

Telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al-Quran ILKKM Johor Bahru 2025: Al-Quran Tunjang Kecemerlangan Madani pada Sabtu, 15 November 2025, 9.00 pagi-12.00 tengahari di Surau Ibnu Sina ILKKM Johor Bahru.

Seramai 19 orang pelatih telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Kategori Qari dan Qari'ah. Pertandingan Tilawah Al-Quran ini dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, di samping menggalakkan penghayatan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Pertandingan ini juga menjadi platform bagi melahirkan qari dan qariah yang berkualiti dalam kalangan pelatih, yang bukan sahaja mahir dalam seni bacaan tetapi juga memahami mesej yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ianya menjadi antara medium dalam memakmurkan Surau Ibnu Sina ILKKM Johor Bahru melalui kehadiran serta penyertaan aktif para pelatih melalui pengisian aktiviti yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan daripada Al-Quran itu sendiri sebagai kalimah yang agung.

Diharapkan semoga para pelatih akan terus istiqamah mendalami ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian dan secara tidak langsung melahirkan insan yang tinggi nilai adab dan akhlaknya.

Gambar di sekitar Lawatan Penanda Aras EKSA dari ILKKM Kota Kinabalu, Sabah ke ILKKM Johor Bahru pada 13 November 2025.
17/11/2025

Gambar di sekitar Lawatan Penanda Aras EKSA dari ILKKM Kota Kinabalu, Sabah ke ILKKM Johor Bahru pada 13 November 2025.

15/11/2025
🎖️PROGRAM SHAPING THE EXCELLENCE OF NATIONAL HEALTH : DIPLOMA MEDICAL &  HEALTH SCIENCES IN COLLABORATION BACHELOR MEDIC...
15/11/2025

🎖️PROGRAM SHAPING THE EXCELLENCE OF NATIONAL HEALTH : DIPLOMA MEDICAL & HEALTH SCIENCES IN COLLABORATION BACHELOR MEDICAL & HEALTH SCIENCES (ILKKM JOHOR BAHRU WITH UNISZA) 🎖️

📅 Tarikh : 12-13 November 2025 (Rabu-Khamis)

📍 Tempat : Auditorium Sri Perdana, ILKKM Johor Bahru

⏰ Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

👥 Penglibatan : Pelatih Sem 1 Dan Sem 2 Diploma Sains Perubatan Dan Kesihatan (ILKKM JOHOR BAHRU).
Bersama Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Dan Kesihatan (Unisza)

🎯 Urusetia : Diploma Sains Perubatan Dan Kesihatan Sem 1 Dan 2 (ILKKM JOHOR BAHRU)

▪️Program ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama akademik antara ILKKM Johor Bahru dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

▪️Program ini menjadi platform bagi memperkasa bidang pendidikan sains perubatan dan kesihatan ke arah melahirkan tenaga profesional yang berilmu, kompeten dan berdaya saing demi menjadi pemangkin untuk negara pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Puan Fauziah binti Ismail, Pengajar (Jururawat) Gred U9, yang mula bertugas ...
10/11/2025

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Puan Fauziah binti Ismail, Pengajar (Jururawat) Gred U9, yang mula bertugas di ILKKM Johor Bahru pada 10 November 2025.

Tahniah diucapkan kepada Puan Norlizah binti Mat Noh atas penganugerahan Anugerah Pengajar Wawasan sempena Sambutan Hari...
05/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Puan Norlizah binti Mat Noh atas penganugerahan Anugerah Pengajar Wawasan sempena Sambutan Hari Pengajar KKM 2025 Dan Jubli Baiduri ILKKM Johor Bahru pada 3 November 2025.

Tahniah diucapkan kepada Puan Jamaliah binti Salleh atas penganugerahan Anugerah Pengajar Perdana sempena Sambutan Hari ...
05/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Puan Jamaliah binti Salleh atas penganugerahan Anugerah Pengajar Perdana sempena Sambutan Hari Pengajar KKM 2025 Dan Jubli Baiduri ILKKM Johor Bahru pada 3 November 2025.

04/11/2025

Address

Lot 8173, Jalan Persiaran Kempas Baru Johor Bahru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru - ILKKM JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram