17/03/2026
Majlis Berbuka Puasa Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan telah berlangsung di Glasshouse Ladang X, Sunway Iskandar pada 16 Mac 2026 dengan kehadiran barisan kepimpinan JCorp dan KPJ Healthcare.
Tetamu kehormat YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif JCorp bersama YBhg. Datin Zaidah Zakaria, Pengerusi Mutiara JCorp.
Turut hadir ialah Mr. Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, diiringi oleh Datuk Mohamad Farid Salim, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Berhad serta Puan Maisarah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Selatan.
Dalam majlis tersebut, sumbangan zakat berjumlah RM1.388 juta telah disampaikan oleh hospital-hospital KPJ di Wilayah Selatan, iaitu Johor Specialist Hospital (RM420,000), Puteri Specialist Hospital (RM420,000), KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital (RM348,000), KPJ Kluang Specialist Hospital (RM100,000) dan KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital (RM100,000).
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab zakat perniagaan bagi membantu golongan yang memerlukan, di samping memperkukuh peranan hospital dalam menyantuni masyarakat.