16/02/2026
UCAPAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YPKDT
SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Negeri Johor khususnya warga kerja, rakan strategik serta para penerima manfaat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Perayaan ini bukan sahaja simbol permulaan yang baharu, malah menjadi lambang perpaduan, kasih sayang dan penghargaan terhadap nilai kekeluargaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat majmuk di negeri kita.
Sebagai agensi yang komited memperkasa rakyat Johor, YPKDT sentiasa mengangkat semangat kebersamaan dan inklusiviti dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan. Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita, dan melalui semangat muhibah inilah kita terus membina masyarakat yang sejahtera, harmoni dan progresif.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati serta berganding bahu dalam membangunkan Bangsa Johor yang lebih cemerlang pada tahun 2026 ini.
Gong Xi Fa Cai.
Semoga Tahun Baharu ini membawa rezeki melimpah ruah, kejayaan berpanjangan dan kebahagiaan yang tidak ternilai.
Ikhlas daripada,
Ketua Pegawai Eksekutif
dan seluruh warga kerja
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim