11/03/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa ayah kami, Jamalludin bin Talib sedang bertarung dengan Stage 4 Lung Cancer specifically, Hepatoid Adenocarcinoma of the Lung. Ayah kami disahkan Lung Cancer pada Ogos 2023 dan sedang menjalankan perubatan Chemotherapy dan Immunotherapy.
Memperkenalkan JIWA,
Hasil usahasama keluarga kami, JIWA, merupakan Satu inisiatif untuk berkongsi pengalaman kami sekeluarga menghadapi cabaran ayah kami Stage 4 Lung Cancer dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dan membantu orang-orang yang menghadapi cabaran yang sama ini.
Perkongsian JIWA merangkumi aspek-aspek seperti cadangan must-haves bagi pesakit, cabaran kewangan dan masa yang dihadapi, persiapan emosi dan fizikal keluarga dan lain-lain lagi.
1. Memberikan gambaran Kanser Paru-paru
2. Menjelaskan rawatan yang diperlukan
3. Mengenal pasti perkara-perkara yang perlu ada dan keperluan di rumah
4. Menawarkan panduan mengenai tempat untuk mendapatkan barang-barang penting tersebut
5. Membincangkan aspek kewangan seperti kos dan dana kerajaan.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua warga Muslimin dan Muslimat.