30/03/2023
Kenapa kita perlu ada HIBAH❓
Langit Tidak selalunya cerah, beringatlah.....😌
Secara mudahnya, HIBAH adalah hadiah. Dengan kata lain, HIBAH adalah salah satu kaedah pemberian sesuatu dalam bentuk wang atau benda berharga kepada seseorang sebagai hadiah🥰
Dalam konteks HIBAH TAKAFUL, ia merujuk kepada pemberian hadiah kepada seseorang yang telah dinamakan bilamana berlaku kematian pemegang polisi Takaful.
Kenapa Hibah Takaful penting kepada seseorang❓
🔹Manfaat Takaful yang diterima boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang yang ditinggalkan oleh pemegang polisi Takaful, sekiranya ada; dan/atau
🔹Baki manfaat Takaful akan diterima oleh waris, sbg contoh Isteri, sebagai Hibah dalam membantu isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan secara biasa tanpa kita; dan
🔹Hibah takaful tidak tertakluk kepada hukum dan prosedur faraid. Ianya akan diterima secara mutlak oleh individu yang telah dinamakan.
🔹100% milik penama. Waris lain tiada hak. Dpt mengelakkan Pertikaian waris lain Atau Perbalahan/ Perebutan. Tidak melibatkan Amanah Raya, Mahkamah, kos2 guaman dll
Sesungguhnya mati itu pasti. Tapi sudahkah kita menyediakan payung sebelum hari hujan sebagai bekalan kita menghadapi kehidupan selepas mati serta bekalan untuk waris yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan❓
Manfaat Hibah Takaful demi kelangsungan hidup keluarga kita tersayang❤️