MAINJ Urus Sdn Bhd

MAINJ Urus Sdn Bhd MAINJ Urus Sdn Bhd (Pusat Hemodialisis MAINJ) adalah anak Syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Telefon Pejabat : 07-2353362/70
Whatsapp : 018-3844662

Ditubuhkan sebagai Pusat Hemodialisis MAINJ untuk memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit buah pinggang.

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR7 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat I...
11/02/2026

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR

7 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat Islam untuk berpuasa.Sama-sama kita persiapkan diri kita.

"YA ALLAH, PERTEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN"๐Ÿคฒ

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN UNIT EKONOMI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) KE PUSAT HEMODIALISIS MAINJ URUS SDN. BHDJ...
06/02/2026

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN UNIT EKONOMI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) KE PUSAT HEMODIALISIS MAINJ URUS SDN. BHD

Jumaat,6 Februari 2026 - Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn. Bhd. amat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Mohd Radzi Zainal Abidin, Penolong Pengarah Ekonomi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), dalam rangka Lawatan Kerja Pemantauan Unit Ekonomi MAINJ.

Lawatan ini merupakan langkah kesinambungan dan sokongan berterusan pihak MAINJ kepada pengurusan serta seluruh warga kerja Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn. Bhd.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh Puan Endok Khairunisak Binti Hj Beduroding, Penolong Pegawai Tadbir Ekonomi MAINJ dan Puan Yasmin Binti Othman, Pembantu Tadbir Ekonomi MAINJ. Ketibaan pihak MAINJ disambut oleh Pengurus Besar MAINJ Urus Sdn. Bhd., Puan Andek Nurraha Binti Bachok, bersama barisan pengurusan serta kakitangan Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn. Bhd.

Tujuan utama lawatan ini adalah sebagai satu langkah pemantauan bagi melihat perjalanan operasi terkini syarikat serta lain-lain perkara berbangkit yang berkaitan. Selain itu, lawatan kerja ini juga merupakan ruang untuk menilai pencapaian semasa, pelaksanaan strategi dan tadbir urus MUSB sebagai anak syarikat MAINJ adalah selaras dengan objektif penubuhannya. Sesi perbincangan juga merangkumi hala tuju dan pelan perancangan syarikat dalam memastikan penyampaian perkhidmatan rawatan dialisis yang berkualiti, mampan dan menepati keperluan pesakit serta keperluan-keperluan lain agar aktiviti perjalanan operasi syarikat berjalan dengan lancar. Sesi perbincangan ini berlangsung dalam suasana yang profesional, terbuka dan konstruktif.

Setelah selesai sesi perbincangan, Tuan Haji Mohd Radzi Zainal Abidin turut dibawa melawat sekitar kawasan dan fasiliti Bangunan Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn. Bhd. bagi melihat secara langsung operasi, kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit.

Pihak pengurusan MAINJ Urus Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Radzi Zainal Abidin, serta para pegawai MAINJ atas kesudian meluangkan masa, sokongan berterusan dan komitmen yang ditunjukkan dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan dialisis demi kebajikan masyarakat.

LAWATAN MEDIA DIGITAL ANNUR MAINJ SDN BHD KE PUSAT HEMODIALISIS MAINJ URUS SDN BHD Khamis, 5 Februari 2026 - MAINJ Urus ...
06/02/2026

LAWATAN MEDIA DIGITAL ANNUR MAINJ SDN BHD KE PUSAT HEMODIALISIS MAINJ URUS SDN BHD

Khamis, 5 Februari 2026 - MAINJ Urus Sdn Bhd berbesar hati menerima kunjungan Dato' Hj Wan Mohd Noor Bin Hj Wan Mohamed, Pengurus Besar Media Digital Annur MAINJ Sdn Bhd, ke Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn Bhd bersama beberapa orang pegawai Media Digital Annur. Kehadiran beliau bersama barisan pegawai Media Digital Annur telah disambut mesra oleh Pengurus Besar MAINJ Urus Sdn Bhd, Puan Andek Nurraha Binti Bachok serta warga kerja MAINJ Urus Sdn Bhd.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, di samping memberi pendedahan secara lebih dekat mengenai operasi, kemudahan serta perkhidmatan rawatan yang disediakan di Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn Bhd. Sepanjang sesi lawatan, Datoโ€™ Hj Wan Mohd Noor turut berkongsi maklumat berkaitan pakej promosi radio serta potensi kerjasama melalui platform media digital yang dilihat mampu memperluaskan capaian hebahan maklumat kepada masyarakat umum.

Selain itu, sesi perbincangan yang berlangsung turut memfokuskan kepada usaha memperkukuhkan strategi komunikasi dan penyampaian maklumat melalui media digital bagi meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kepentingan rawatan hemodialisis. Perbincangan ini juga menekankan peranan MAINJ Urus Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan rawatan hemodialisis yang berkualiti, beretika dan berterusan demi kesejahteraan pesakit.

Lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berkesan pada masa hadapan, khususnya dalam usaha menyampaikan maklumat kesihatan secara lebih efektif, menyeluruh dan berimpak tinggi, sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

MALAM NISFU SYAABANMALAM 15 SYAABAN dimulai selepas waktu Solat Maghrib pada hari Isnin, 2 Februari 2026. Perbanyakkan d...
02/02/2026

MALAM NISFU SYAABAN

MALAM 15 SYAABAN dimulai selepas waktu Solat Maghrib pada hari Isnin, 2 Februari 2026. Perbanyakkan doa dan meminta ampun pada Allah pada malam tersebut mudah mudahan Allah mengampuni dosa kita.In sya Allah๐Ÿคฒ๐Ÿป

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR18 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat ...
31/01/2026

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR

18 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat Islam untuk berpuasa.Sama-sama kita persiapkan diri kita.

"YA ALLAH, PERTEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN"๐Ÿคฒ

๐Ÿ“ขJawatan Kosong๐Ÿ“ขKami memerlukan Jururawat Dialisis Berbakat!MAINJ Urus Sdn Bhd mencari jururawat berdedikasi untuk menye...
29/01/2026

๐Ÿ“ขJawatan Kosong๐Ÿ“ข
Kami memerlukan Jururawat Dialisis Berbakat!
MAINJ Urus Sdn Bhd mencari jururawat berdedikasi untuk menyertai Pusat Hemodialisis kami.
๐Ÿ“ŒPengalaman dialisis digalakkan
๐Ÿ“ŒFaedah & elaun kompetitif
๐Ÿ“ŒLatihan & pembangunan kerjaya berterusan

Hubungi kami segera :
๐Ÿ“ง hrm.mainjurus@gmail.com
โ˜Ž๏ธ 07-2353370

๐Ÿ“ขJawatan Kosong๐Ÿ“ขKami memerlukan Jururawat Dialisis Berbakat!MAINJ Urus Sdn Bhd mencari jururawat berdedikasi untuk menye...
07/01/2026

๐Ÿ“ขJawatan Kosong๐Ÿ“ข

Kami memerlukan Jururawat Dialisis Berbakat!
MAINJ Urus Sdn Bhd mencari jururawat berdedikasi untuk menyertai Pusat Hemodialisis kami.

๐Ÿ“ŒPengalaman dialisis digalakkan
๐Ÿ“ŒFaedah & elaun kompetitif
๐Ÿ“ŒLatihan & pembangunan kerjaya berterusan

Hubungi kami segera :
๐Ÿ“ง hrm.mainjurus@gmail.com
โ˜Ž๏ธ 07-2353370

Rejab membuka tirai, Syaaban membersih jiwa, Ramadhan menyucikan hati ๐ŸคMari tingkatkan amal, perbanyakan doa dan dekatka...
21/12/2025

Rejab membuka tirai, Syaaban membersih jiwa, Ramadhan menyucikan hati ๐Ÿค
Mari tingkatkan amal, perbanyakan doa dan dekatkan diri kepadaNya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi kebaikan, dirahmati dan diberkati๐Ÿคฒ

11/11/2025

Buah pinggang kita cuma sebesar penumbuk, tapi tugasnya sangat besar. Setiap hari ia tapis lebih 200 liter darah untuk buang toksin & kawal keseimbangan cecair badan.
Namun, realitinya di Malaysia amat membimbangkan.
๐Ÿ“Š Kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Dan yang lebih mengejutkan, 80โ€“85% kes ini berpunca daripada diabetes atau hipertensi โ€” dua penyakit yang berkait rapat dengan gaya hidup kita.
Jaga kesihatan dari sekarang: kawal gula/garam & tekanan darah, minum air secukupnya, elakkan pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap, serta buat pemeriksaan kesihatan berkala.

sumber : Oh Ya!


31/10/2025

Dua organ kecil ini kerja tanpa henti setiap hari menapis hampir 200 liter darah.

Tak pernah cuti. Tak pernah minta MC. Tapi bila mula rosak, ia tak bagitahu.

Tahu-tahu saja, badan makin lemah, kaki bengkak, tekanan darah naik. Bila dikesan, selalunya dah terlambat.

Antara punca utama buah pinggang rosak:

โŒ Tidak ambil ubat darah tinggi seperti diarahkan doktor
โžก๏ธ Bagi pesakit darah tinggi, berhenti atau culas ambil ubat boleh menyebabkan tekanan darah tidak terkawal dan merosakkan buah pinggang.
โŒ Berhenti ambil ubat kencing manis atau insulin sesuka hati
โŒ Jarang bersenam
โŒ Tidak jaga pemakanan
โŒ Merokok
โŒ Ambil suplemen atau produk tidak berdaftar
โŒ Minum minuman beralkohol
โŒ Ambil vitamin C secara berlebihan

Apa boleh kita buat?

โœ… Buat pemeriksaan kesihatan berkala
โœ… Kawal tekanan darah & paras gula
โœ… Minum air kosong secukupnya
โœ… Kurangkan makanan tinggi garam
โœ… Amalkan lemak sihat seperti minyak zaitun extra virgin - mengurangkan risiko batu karang buah pinggang & meningkatkan fungsi buah pinggang

Buah pinggang tak pernah berhenti bekerja untuk kita.

Sekarang giliran kita p**a. Jaga ia sebelum terlambat.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI23 Oktober 2025-Khamis,Aktiviti Gotong-Royong Perdana telah diadakan ber...
24/10/2025

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI

23 Oktober 2025-Khamis,Aktiviti Gotong-Royong Perdana telah diadakan bertujuan
untuk mencegah penularan wabak denggi di kawasan sekitar bangunan pejabat.

Aktiviti ini melibatkan semua staf bersama-sama berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di bahagian hadapan, belakang ,kawasan bawah tanah bangunan serta koridor di setiap tingkat bagi memastikan persekitaran tempat kerja kekal bersih, selamat dan selesa.

Aktiviti ini dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, harmoni dan bebas daripada ancaman denggi.

Address

Bangunan Wakaf Johor, Batu 6 Jalan Skudai
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 07:00 - 21:00
Tuesday 07:00 - 21:00
Wednesday 07:00 - 21:00
Thursday 07:00 - 21:00
Friday 07:00 - 21:00
Sunday 07:00 - 21:00

Telephone

+6072353370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAINJ Urus Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MAINJ Urus Sdn Bhd:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Selamat Datang!

MAINJ Urus Sdn Bhd adalah anak Syarikat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang ditubuhkan sejak tahun 2008 untuk menyediakan perkhidmatan rawatan Dialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir di (Pusat Hemodialisis MAINJ, Majlis Agama Islam Negeri Johor )

๐ป๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘™๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž ๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘ข๐‘ก ๐‘‘๐‘– ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐Ÿฌ๐Ÿณ-๐Ÿฎ๐Ÿฏ๐Ÿฑ๐Ÿฏ๐Ÿฏ๐Ÿณ๐Ÿฌ . #pusathemodialisismainj #musbshare