11/02/2026
๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐ญ๐ณ ๐๐๐๐ฅ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Tarikh melihat anak bulan Ramadan (Cerapan Hilal) pada tahun ini, adalah 17 Februari 2026 (Selasa) bersamaan 29 Syaaban 1447H di semua 29 lokasi rasmi cerapan hilal di negara kita. Berikut dikongsi data hilal Ramadan 1447H untuk rujukan bersama.
....................................
๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐ญ๐ณ ๐๐๐๐ฅ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐, ๐ฌ๐๐ก, ๐๐๐๐๐
Pada 29 Syaaban 1447H bersamaan 17 Februari 2025 (Selasa) akan dilaksanakan aktiviti cerapan rasmi di seluruh negara bagi menentukan tarikh 1 Ramadan 1447H yang juga merupakan bermulanya tarikh ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia.
Justeru, bersama ini dikongsikan data hilal pada tarikh cerapan tersebut beserta ilustrasi kedudukan matahari dan bulan yang merujuk kepada titik rujukan falak (barat) di Pulau Perak, Yan Kedah sebagai panduan awam.
Walau bagaimanapun harus diingat bahawa ketetapan tarikh 1 Ramadan 1447H adalah tertakluk kepada hasil cerapan rasmi dan pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Orang awam adalah diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kecelaruan masyarakat serta mendahului keputusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sumber data : Astronomy Information Management System (AIMS) dan Almanak Falak Syarie Malaysia 2026 (AFSM 2026), JUPEM
Sumber: Bahagian Ukur Geodetik (BUG), JUPEM