Dr Ezairy M.Sallih

Dr Ezairy M.Sallih Consultant Ear Nose Throat (ENT), Head & Neck Surgeon I KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital, Johor Bahru.
(3)

Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one. 🩷
25/09/2025

Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one.

🩷


Ini satu soalan yang kerap juga diberikan kepada saya, “Mengapa anak saya kurang dengar, doktor?”✔️ Semenjak lahir ‘fakt...
23/09/2025

Ini satu soalan yang kerap juga diberikan kepada saya,

“Mengapa anak saya kurang dengar, doktor?”

✔️ Semenjak lahir ‘faktor kongenital’
✔️ Air berkumpul di bahagian telinga tengah,
✔️ Masalah resdung dan alahan yang tidak terkawal.
✔️ Jangkitan virus

Ada banyak lagi sebab-sebab yang boleh menyebabkan anak anda alami masalah pendengaran.

Apabila di pakar ENT, anda diberikan penerangan lebih jelas dan kaedah rawatan terbaik untuk masalah ini.


Dr Ezairy M.Sallih
Consultant Ear Nose Throat, Head & Neck Surgeon
Dr Ezairy ENT Specialist Clinic
KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital

Bila kepala sudah sakit, badan rasa tidak sedap, hidung pun sudah mulai berbau busuk, anda perlu segera sedar bahawa ini...
22/09/2025

Bila kepala sudah sakit, badan rasa tidak sedap, hidung pun sudah mulai berbau busuk, anda perlu segera sedar bahawa ini merupakan antara gejala yang perlu diberi perhatian.

Masalah jangkitan sinus bukan perkara remeh yang harus dibiarkan.

Kerana penyakit ini ada penyelesaiannya, maka anda perlu segera kenalpasti tanda-tanda ini. Ya, anda boleh dibantu.

Ramai yang bertanya saya, simptom dan gejala serius jika mereka sedang alami jangkitan pada rongga sinus.Apakah gejala t...
21/09/2025

Ramai yang bertanya saya, simptom dan gejala serius jika mereka sedang alami jangkitan pada rongga sinus.

Apakah gejala tersebut?

1. Berat dan sakit pada kawasan muka. Lebih jelas ketika anda sedang tunduk.

2. Hidung berbau busuk, tersumbat dan bersin tanpa henti.

3. Disertai demam panas, sakit kepala dan seumpamanya.

4. Boleh disertai dengan gejala telinga tersumbat atau terasa sakit.

Anda ada alami gejala seperti saya sebutkan ini?

Buat pemeriksaan segera, anda boleh dibantu.


Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Dr Ezairy ENT Specialist Clinic
KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah saya...
15/04/2025

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah saya pada tahun ini.

Tidak lengkap sambutan Aidilfitri, jika tidak diraikan bersama keluarga besar saya, saudara-mara terdekat, warga Program Bola Sepak TSSX FC yang saya sayangi, rakan sekerja di KPJ Bandar Dato' Onn, Hospital Sultan Ismail serta sahabat-handai zaman persekolahan. Kepuasan yang penuh terasa apabila dipenuhi tetamu yang hadir, disambut dengan senyuman mesra dalam suasana sambutan Aidilfitri.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak yang menjayakan majlis ini, Dapur Cheyat selaku menu utama nasi beriani dan makanan tradisi laksa johor, SarahAgroFarm dengan hidangan ‘Lamb stew’ @ stew kambing bersama set soto panas, Air Balang Bangah dengan aneka minuman yang menyegarkan bersama set bubur kacang yang menyelerakan, Linda Satay dengan hidangan sate yang sentiasa hangat untuk dinikmati, Aiskrim Ali Baba yang tidak jemu menjadi tumpuan si anak kecil, AA Surprise Venture yang menyediakan set pentas dan backdrop, Effa Bridal & Canopy untuk set kanopi, The Gu-le dengan penyediaan meja bersama dessert yang sangat mengaromakan, Abang Nizam selalu official photographer majlis, tidak dilupa orang kuat kita DJ Hafiz yang sentiasa menghiburkan kita sepanjang majlis berlangsung dan banyak pihak-pihak lain yang tidak mampu saya sebut semuanya di sini.

Penghargaan juga untuk semua tetamu jemputan yang memeriahkan suasana dengan kehadiran penuh makna. Terima kasih atas sambutan yang begitu istimewa.

Saya doakan agar semangat Aidilfitri yang membawa erti kasih sayang dan perpaduan ini akan terus mekar dalam hati kita. Semoga hubungan persaudaraan kita berkekalan.



19/03/2025

‘Nasal turbinate’ ini yang selalu pesakit saya sangkakan nasal polyp. Apabila pesakit bergejala resdung datang, pemeriksaan endoskopi bersama kamera akan mengesahkan sama ada ia adalah nasal polyp atau nasal turbinate yang membengkak sahaja.

Sebab rawatan keduanya berbeza. Begitulah.




Address

KPJ Bandar Dato’ Onn (Level 3 Suite 1)
Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Ezairy M.Sallih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Ezairy M.Sallih:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram