23/03/2026
Daulat Tuanku.
Dengan penuh rasa kasih dan setinggi-tinggi sembah takzim, kami merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Iskandar.
Sesungguhnya Tuanku adalah payung negeri, pelindung rakyat, dan lambang kedaulatan yang kami junjung dengan sepenuh hati. Doa kami agar Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, serta terus memerintah dengan kebijaksanaan, keadilan dan penuh kasih terhadap rakyat jelata.
Patik sekalian menjunjung kasih atas segala pengorbanan dan kepimpinan Tuanku yang tidak ternilai.
Ikhlas daripada
HAPPY DENTAL SDN BHD
Daulat Tuanku! 🟡🔵