Rosli Abdul Jalil

Rosli Abdul Jalil Medical Doctor MBBS & Medical Director at Poliklinik Bio-Sucinas, Johor Bahru.

Board of Director and Medical Advisor at ICMC Healthcare Sdn Bhd (Dialysis center Johor). Former Medical Doctor at Emergency Department,
Puteri Specialist Hospital, Johor Bah

Mengata dulang paku serpih!Apabila Negeri Darul Ehsan beralih ke fasa 2 pada awal September, semua rakyatnya keluar berp...
17/10/2021

Mengata dulang paku serpih!

Apabila Negeri Darul Ehsan beralih ke fasa 2 pada awal September, semua rakyatnya keluar berpusu-pusu ke pusat peranginan seperti air terjun dan sebagainya.
Kita dikejutkan dengan longgokkan sampah di salah sebuah pusat perkelahan air terjun di sana. Semua menuding jari (Termasuk kita juga rakyat Darul Takzim) dengan mengatakan mereka di sana umpama rakyat yang tidak bertanggung jawab, mentaliti dunia ketiga dan sebagainya.

Bila Darul Takzim beralih fasa dan bila taman dan pusat peranginan mula dibuka, ini p**a jadinya...
Terasa malu p**a sebagai rakyat Darul Takzim,
janganlah kita menjadi seperti perumpamaan
'Mengata dulang paku serpih....... '

(Gambar2 ini saya ambil sendiri pada jam 9.30 pagi, 17 Oktober 2021.
Untuk makluman Laman Mahkota, Johor Bahru ini mula dibuka kepada orang ramai bermula semalam.)

19/09/2021

Jamil...Jamil...ku sangkakan dua,
rupanya tiga....
Nasib baikk tak empat Cikkk
😄😄😁

Suntikan dos ketiga vaksin dijangka mula awal Oktober - Menteri Kesihatan.

Tidak sampai hati hendak memuat naik gambar bercuti di   sebagai tanda hormat kepada ‘frontliners’…Mereka masih berada d...
18/09/2021

Tidak sampai hati hendak memuat naik gambar bercuti di sebagai tanda hormat kepada ‘frontliners’…

Mereka masih berada di situ sedang bertugas..
Mendegar keluhan dan rintihan pesakit,
Dalam hati mereka tidak henti-henti berdoa agar pesakit dapat segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa,
Adakalanya suara mengerang itu berhenti diselangi dengan batuk yang kuat..
bunyi mesin penyambung nyawa bersilih ganti..
Peluh menitik di dahi kerana kepanasan PPE,
Menahan lapar dan dahaga adalah perkara biasa bagi mereka,
kerana pesakit selalu diberi keutamaan,
Ada yang bekerja secara berterusan sehingga dua shift kerana ada rakan sekerja terpaksa dicutikan kerana turut dijangkiti .
mereka hanya mengenal cuti apabila dikuarantin akibat jangkitan yang tidak dapat dielakkan,
untuk bercuti lama jauh sekali,
apatah lagi untuk terbang ke Langkawi..

Dikala insan lain sedang sibuk bers**aria,
jerit pekik mandi di pantai,
‘Selfie’ dari hujung landasan kapal terbang hingga ke hujung p**au,
memuat naik gambar yang sedang terkinja-kinja kegembiraan di Pantai Cenang,
seakan-akan sudah merdeka dari wabak dan pandemik,
terlupa langsung dengan yang masih sedang berjuang hidup mati di katil sana,
Terlupa dengan tangan-tangan yang sedang berhempas p**as menyelamatkan satu demi satu nyawa..

Jauh di sudut hati ini,
walau kita tidak mengingati mereka pun tidak mengapa,
tapi sebagai tanda menghormati pengorbanan mereka,
Iaitu mereka yang telah ketepikan kepentingan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa insan lain..
rasanya tidak perlulah memuat naik terlalu banyak gambar-gambar s**a dan tawa ria…
Simpanlah gambar-gambar tersebut dalam lipatan kenangan sendiri…
Walaupun ‘mungkin' kita sangka ianya tidak akan mengguris hati petugas barisan hadapan.....



SOP Masjid  VS SOP Pesawat Airbus.Jumaat lepas kita dihidangkan dengan SOP Masjid Putra Putrajaya yang ketat dan kuota V...
17/09/2021

SOP Masjid VS SOP Pesawat Airbus.

Jumaat lepas kita dihidangkan dengan SOP Masjid Putra Putrajaya yang ketat dan kuota VIP dan semalam kita dihidangkan p**a dengan kebanggaan pesawat yang penuh 100% ke Langkawi.

Sedikit kajian berkenaan keduanya.

Masjid Putra Putrajaya mempunyai keluasan binaan sebesar 1.37 hektar dikira dari pintu masuk utama masjid hingga bangunan utama masjid.
Ruang solat yang luas dan lapang dengan 12 tiang setinggi 63 meter.
Ruang solat utama di lantai G mampu menampung 8000 jemaah lelaki dan jemaah wanita ditempatkan di ruang solat lantai 1 dengan kapasiti 2000 jemaah.
Jumlah kapasiti keseluruhan masjid adalah seramai 15,000 jemaah.
Secara keseluruhannya konsep terbuka yang terdapat dalam masjid ini membolehkan udara segar dari tasik bertiup masuk menunjukkan sistem pengudaraan yang baik.

Ketika PKP hanya 300 (270 orang awam 30 VIP) jemaah yang telah lengkap divaksin sahaja yang dibenarkan masuk untuk bersolat Jumaat dari kapasiti keseluruhan masjid iaitu 15,000 orang jemaah.
Mengikut peratusan adalah 2% sahaja.

Kapal terbang Airbus model A321neo panjangnya 44.51m dan ketinggiannya 11.76m.
Mempunyai sebanyak 236 tempat duduk penumpang.
Penumpang hendaklah telah lengkap divaksin namun begitu anak-anak bawah umur yang belum divaksin boleh terbang bersama-sama ibubapa mereka yang telah lengkap divaksin.
Penerbangan Airasia ke Langkawi semalam dilaporkan penuh 100 peratus!

Ruang masjid yang jauh lebih besar (1.37 hektar luas dan 63m tinggi) dengan pengudaraan yang baik dari udara tasik hanya membenarkan 2% jemaah untuk solat Jumaat.
Tetapi kapal terbang yang ruang dalamannya jauh lebih kecil (44.51M panjang dan 11.76 tinggi) membenarkan
100% penumpang menaikinya.

Bila kita berbicara tentang dan saya tertanya-tanya
sandiwara apakah yang sedang dimainkan di hadapan mata rakyat sekarang ini?

Dr. Rosli Abd Jalil.

Rujukan:
Metro online.
Bernama.
Sarawak Tribune.
Wikipedia Masjid Putra.
Islamic architecture.
Asia Pacific Business Traveller.
Airvistara.com
lufthansa.com







Penerbangan ke   merekodkan muatan penerbangan 100% penuh.(Full house, maximum capacity).Semua nak mandi laut belum apa2...
16/09/2021

Penerbangan ke merekodkan muatan penerbangan 100% penuh.
(Full house, maximum capacity).

Semua nak mandi laut
belum apa2 SOP pun dah ke laut!
😄😄
Duduk rapat2 dlm flight,
Jalan rapat2 apabila tiba di airport...
Perlu diingat, bukan semua yang pergi telah divaksin, untuk anak-anak bawah 18 tahun yang ikut terbang dengan ibubapa belum lagi divaksin ya....
Yang dah divaksin pun kena hati2 juga ya, lihat kes di Sarawak, ramai yang dah divaksin pun masih boleh kena kobit!
Walau dah buat swab test sebelum terbang, itu juga bukan jaminan kerana pandai sembunyi dari dikesan oleh swab test...
😞😞



Apa yang rakyat Johor akan lakukan apabila Johor diumumkan masuk ke fasa seterusnya yang membolehkan mereka melancong da...
16/09/2021

Apa yang rakyat Johor akan lakukan apabila Johor diumumkan masuk ke fasa seterusnya yang membolehkan mereka melancong dalam negeri sendiri.

1. Naik bot 'Island hopping' sekitar laut Mersing dan menginap di Pulau Rawa atau p**au2 yang terdapat di Mersing dan berkelah di Pantai Mersing sambil makan keropok lekor.
2. Berjalan ke Tanjung Sedili dan melawat kampung nelayan sambil beli ikan segar.
3. Berkelah di Pantai Desaru, main air di Desaru Coast dan menginap di Hard Rock Hotel, malam makan 'seafood' atas bot di 'Bujang Butterfly' sambil tengok kunang2.
4. Pergi mandi air terjun di Kota Tinggi dan membeli-belah kain ela murah dan beli tudung di Pekan Kota Tinggi.
5. Pergi ke Laman Mahkota Johor Bahru dan singgah ke Masjid Sultan Abu Bakar selepas melawat zoo Johor.
6. Bersiar-siar ke Danga Bay, Country Garden dan Forest City.
7. Bawa keluarga ke Legoland dan menginap di Hotel Legoland dan melawat Puteri Harbour.
8. 'Jungle trekkiing' dan 'hiking' gunung Ledang dan berkelah di air Terjun Gunung Ledang.
9. Melawat Tanjung Piai, (The most Southern Tip of Asia) sambil makan 'Seafood' di sana..
10. 'Window shopping' di Johor Premium Outlet (JPO), Midvalley megamall, Paradigm dsb....

Kawan2 bolehlah sambung list kat atas ya..

Owhh....kami rindu semua itu.
Cepatlah habis kobit!
kami dah penat dahhh….
😄😄😎



Ujikaji Makmal di Pulau Langkawi?Rakyat dari seluruh pelusuk Tanah Air dijangka akan berpusu-pusu ke Pulau Langkawi pada...
14/09/2021

Ujikaji Makmal di Pulau Langkawi?

Rakyat dari seluruh pelusuk Tanah Air dijangka akan berpusu-pusu ke Pulau Langkawi pada akhir minggu ini.
Syarat utama adalah anda telah lengkap divaksin.

Dijangkakan 30,000 pelancong akan sampai pada 2 minggu terakhir September 2021.
AirAsia mencatat jualan tiket yang memberangsangkan dengan 200 tiket habis terjual!

Tidak perlu surat polis bagi pelancong guna pesawat udara kata Menteri Kesihatan.

Sementara itu KKM sudah bersiap sedia kapasiti hospital di Langkawi.
(Perlu diingat aktiviti kita pada hari ini hanya akan dilihat hasilnya selepas 10 hari atau 2 minggu - masih ingat tak lagi 'Incubation period'?)
Tidak mungkin melancong 3 hari di Langkawi kena dan terus masuk hospital di Langkawi?

Sekiranya projek rintis program gelembung perjalanan oleh kerajaan ini berjaya, maka beberapa lagi pusat peranginan akan dibuka.
Tetapi sekiranya gagal, siapa yang akan menanggung kesakitan?

Jadi tidak salahlah sekiranya saya mengatakan projek ini adalah SATU UJIKAJI DI SUATU MAKMAL YANG BESAR (Pulau Langkawi) dan bahan ujikajinya p**a adalah individu yang telah lengkap divaksin yang datang dari seluruh negara dari fasa yang berbeza-beza.

Semoga ujikaji ini berjaya,
tapi jauh di sudut hati saya....
Hanya Tuhan sahaja yang tahu,
Saya terus berdoa
Agar Allah selamatkan Malaysia dan seluruh rakyatnya....
😢😢

413 Kes kematian   (176 BID)13 September 2021.Kes Kematian Baharu Mengikut Negeri.Selangor - 111 Kes (84 BID)Kedah - 54 ...
13/09/2021

413 Kes kematian (176 BID)
13 September 2021.

Kes Kematian Baharu Mengikut Negeri.

Selangor - 111 Kes (84 BID)
Kedah - 54 Kes (36 BID)
Johor - 52 Kes (5 BID)
Sabah - 39 Kes (11 BID)
Kelantan - 36 Kes (8 BID)
Pulau Pinang - 33 Kes (11 BID)
Negeri Sembilan - 29 Kes (14 BID)
Pahang - 15 Kes (2 BID)
Perak - 13 Kes (1 BID)
Melaka - 13 Kes (1 BID)
W.P Kuala Lumpur - 8 Kes (2 BID)
Sarawak - 5 Kes (1 BID)
Terengganu - 5 Kes (0 BID)
Perlis - 0 Kes (0 BID)
Putrajaya - 0 Kes (0 BID)
Labuan - 0 Kes (0 BID).

Sumber Data GitHub KKM

13/09/2021

Wahh..bestnyer mandi air terjun ramai2 sambil menikmati keindahan hutan hijau tropika....
😎😎😎

Seakan2 sudah pupus dari bumi Malaysia ni ya...
Kita duduk rapat2
Kita mandi rapat2
Tak perlu pakai 'mask'
Giler laa.... kalau mandi air terjun pun kena pakai mask.
😄😄😄
Itu baru masuk fasa 2,
belum masuk fasa 3 lagi...
tak sabar nak masuk fasa ke 3...

Sekiranya gelombang ke 5 ( atau gelombang keberapa pun saya dah tak ingat?)
nak salahkan siapa ya?
Salah rakyat lagi ke?

Nun jauh di sudut sana...
(Di belakang bangunan Hospital)
Doktor & frontliners sedang menggaru kepala....
Bukan sebab cemburu tak dapat joint sama, Bukan sebab marah kerana cuti kami dibekukan masa pandemik ni...
tapi.......
😰😰😰
kami yang cemas!!!




Buka Sekolah ketika Pandemik  .Mudah nak tengok jadual persekolahan ni…Sesuai utk rujukan ibubapa.Langkah yg ibubapa per...
12/09/2021

Buka Sekolah ketika Pandemik .
Mudah nak tengok jadual persekolahan ni…
Sesuai utk rujukan ibubapa.

Langkah yg ibubapa perlu buat :
1. Semak fasa negeri masing-masing.
2. Semak jadual :
Kump**an A : utk negeri yg sekolah hari Ahad - Khamis
Kump**an B : utk negeri yg sekolah hari Isnin - Jumaat
3. Tulisan bold hitam utk yang kena hadir kesekolah
4. Tulisan merah utk pelajar yg masih ber PDPR

Tahap 1 : murid tahun 1,2,3
Tahap 2 : Murid tahun 4,5,6
MBK : Murid berkeperluan khas
PPKI : Program pendidikan khas integrasi

INFO TAMBAHAN :
SEKOLAH 2021 AKAN BERAKHIR PADA MAC 2022. MAKA TAHUN DEPAN SEKOLAH AKAN BERMULA PADA MAC 2022 TERMASUK PELAJAR TAHUN SATU TAHUN DEPAN.

Kredit : Cikgu Suheil.

Jangan 'Overconfident' anda tidak dijangkiti   selepas lengkap 2 Dos vaksin!Sila baca dan hadamkan ni..Sarawak adalah Ne...
12/09/2021

Jangan 'Overconfident' anda tidak dijangkiti selepas lengkap 2 Dos vaksin!

Sila baca dan hadamkan ni..
Sarawak adalah Negeri yang telah mencapai imuniti kelompok, 87.9% rakyatnya telah menerima lengkap 2 dos vaksin dan Sarawak adalah Negeri yang paling cepat rakyatnya menerima vaksin.

Pada hari ini (12 Sep 2021) Sarawak adalah Negeri yang teratas dijangkiti Covid-19 iaitu sebanyak 5,291 kes!

Kenyataan yang memilukan adalah separuh daripada kematian akibat COVID-19 di Sarawak adalah mereka yang telah menerima 2 dos vaksin dan mereka yang mempunyai comorbid.

Kesimp**annya jangan terlalu ‘Overconfident’ selepas lengkap 2 dos vaksin terus jadi kebal!
Masih kena ikut SOP.

Kita masih dalam pandemik,
Jaga diri sendiri dan keluarga.
Jangan harapkan orang lain utk jaga kita.
Jangan terpengaruh tengok orang berseronok2 di pantai dsb,
Sekarang masa untuk guna akal dan bukan ikut orang lain.
Kita mudah lupa,
tapi 'Coronavirus' tidak pernah melupakan kita,
😢😢
Semoga Allah melindungi kita semua,
InsyaAllah.
Aamiin.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rosli Abdul Jalil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram