Hospital Permai Johor Bahru

Hospital Permai Johor Bahru Pelopor Minda Sihat

31/12/2025
MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KHAS PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN FASA SATU OLEH KERAJAAN NEGERI JOHOR Majlis Penyerahan Insenti...
24/12/2025

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KHAS PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN FASA SATU OLEH KERAJAAN NEGERI JOHOR

Majlis Penyerahan Insentif Khas Penjawat Awam Persekutuan Fasa Satu oleh Kerajaan Negeri Johor bagi Dun Kempas yang melibatkan kakitangan Hospital Permai Johor Bahru dan wakil Balai Bomba Kempas telah diadakan pada 15 Disember 2025 di Blok Pentadbiran Ixora, Hospital Permai. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ramlee bin Bohani, Adun kawasan Kempas. Turut hadir En. Mohd Hasif Bin Azman, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Johor Bahru yang menyelaraskan proses agihan.
Insentif ini sebagai menghargai sumbangan Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Johor dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Semoga pemberian insentif ini dapat dimanfaatkan dan menjadi pemangkin kepada peningkatan semangat kerja, kesetiaan serta komitmen penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Terima kasih kepada Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri Johor atas insentif khas ini.






Hospital Permai Johor Bahru Menyokong Komitmen KKM Memperkukuh Perkhidmatan Psikiatri16 Disember 2025 — Lawatan kerja YB...
22/12/2025

Hospital Permai Johor Bahru Menyokong Komitmen KKM Memperkukuh Perkhidmatan Psikiatri

16 Disember 2025 — Lawatan kerja YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia ke Hospital Permai Johor Bahru memperkukuh komitmen KKM dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan psikiatri di negeri Johor.

Hasil lawatan ini menekankan penambahbaikan berterusan perkhidmatan psikiatri pesakit dalam, pesakit luar dan komuniti, selaras Akta Kesihatan Mental 2001, di samping pengukuhan promosi kesihatan mental, pembangunan modal insan serta pelaksanaan penyelidikan klinikal berpiawaian Amalan Klinikal Terbaik (GCP).

Hospital Permai Johor Bahru komited memastikan perkhidmatan kesihatan mental yang selamat, berkualiti dan berfokuskan kesejahteraan masyarakat seiring Agenda Kesihatan Negara.

HARI BERSAMA PELANGGAN SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN TAHUN 2025 HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU🗓️ : 2 Disember 20...
09/12/2025

HARI BERSAMA PELANGGAN SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN TAHUN 2025 HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU

🗓️ : 2 Disember 2025 - 4 Disember 2025
⏰ : 9.00 am - 4.30 pm
🏢 : Ruang Legar Auditorium Hospital Permai Johor Bahru

Penglibatan semua warga kerja HPJB

Objektif program Hari Bersama Pelanggan Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan (Subunit Sumber Manusia) Tahun 2025 HPJB adalah untuk memastikan ketepatan dan kemas kini maklumat dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai serta kakitangan kerajaan.

Program ini juga bertujuan membantu menyelesaikan isu atau kesilapan rekod, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rekod yang lengkap, serta menyediakan khidmat nasihat profesional. Selain itu, ia menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara Unit Pentadbiran dan pelanggan, sekali gus memastikan kepuasan dan keyakinan mereka terhadap sistem pengurusan rekod yang dilaksanakan.

🗓️26.11.2025🗣️Perhimpunan Bulan November 2025 Sempena Sambutan Word OT Day oleh Unit Terapi Cara Kerja & Kempen World An...
09/12/2025

🗓️26.11.2025
🗣️Perhimpunan Bulan November 2025

Sempena Sambutan Word OT Day oleh Unit Terapi Cara Kerja & Kempen World Antimicrobial Resistance (AMR) Awareness Week (WAAW) oleh Jabatan Farmasi.

Anjuran Bersama
UNIT TERAPI CARA KERJA

Tema :
Pelancaran Sambutan ini telah diketuai oleh wakil Pengarah Hospital Permai , iaitu Dr Haslina binti Mohd Yusof, Pakar Perubatan Psikiatri (Timbalan Pengarah Perubatan l).

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini

✨MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW✨✨PERTANDINGAN PERARAKAN & CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW ✨🗓 JUMAAT | 14 November 2025 | ...
27/11/2025

✨MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW✨

✨PERTANDINGAN PERARAKAN & CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW ✨

🗓 JUMAAT | 14 November 2025 | 23 Jamadil Awal 1447H

✨ Acara Kemuncak Bagi Sambutan Maulidur Rasul SAW, Hospital Permai Johor Bahru adalah Pertandingan Perarakan Unit & Jabatan serta Ceramah Maulidur Rasul SAW. Pertandingan Perarakan telah disertai oleh Unit-unit dan Jabatan, wargakerja serta pesakit. Ceramah p**a telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Hj Hidris bin Shahri, Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Johor. Majlis turut diserikan dengan persembahan selawat dan marhaban serta penyampaian hadiah-hadian pertandingan.


✨PERTANDINGAN MARHABAN ✨🗓 SELASA | 11 November 2025 | 20 Jamadil Awal 1447H✨ Pertandingan Marhaban, Sempena Minggu Cinta...
27/11/2025

✨PERTANDINGAN MARHABAN ✨

🗓 SELASA | 11 November 2025 | 20 Jamadil Awal 1447H

✨ Pertandingan Marhaban, Sempena Minggu Cinta Rasul, Sambutan Maulidur Rasul SAW, Hospital Permai Johor Bahru diadakan di Auditorium Ixora dengan disertai 5 kump**an. Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi selawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW di kalangan wargakerja.

🎯 Objektif Program:
1. Memupuk rasa cinta dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW
2.Mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta
3.Mendidik generasi muda agar menghargai warisan tradisi Islam dan memperkukuh jatidiri Muslim



✨BACAAN MUTIARA HADIS NABI MUHAMMAD SAW ✨🗓 ISNIN HINGGA KHAMIS | 10 hingga 13 November 2025 | 19 -22 Jamadil Awal 1447H✨...
20/11/2025

✨BACAAN MUTIARA HADIS NABI MUHAMMAD SAW ✨

🗓 ISNIN HINGGA KHAMIS | 10 hingga 13 November 2025 | 19 -22 Jamadil Awal 1447H

✨ Bacaan Hadis Nabi Muhammad SAW, Sempena Minggu Cinta Rasul, Sambutan Maulidur Rasul SAW, Hospital Permai Johor Bahru dilaksanakan melalui siaraya ke seluruh Hospital Permai. Hadis-hadis yang dibacakan adalah mengenai keutamaan Baginda Nabi Muhammad SAW serta kelebihan umat mengingati baginda. Bacaan Hadis ini dibacakan oleh Ustaz Mohd Balyan bin Mahmud, En Mohamad Alias bin Zulkifle serta En Ali Ammar Muttaqin bin Mohammad Shamsudin.

🎯 Objektif Program:
1. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW melalui bacaan hadis-hadis
Membudayakan amalan membaca, memahami dan menghayati hadis Nabi SAW agar sunnah Baginda terus diamalkan dalam kehidupan harian, sekaligus menjadikan masyarakat lebih dekat dengan ajaran Rasulullah SAW.

2. Memupuk kecintaan mendalam kepada Rasulullah SAW
Menumbuhkan rasa cinta, hormat dan penghargaan kepada Baginda SAW melalui perkongsian hadis berkenaan akhlak, rahmat, dan perjuangan Baginda, sesuai dengan tema Maulidur Rasul untuk mendidik jiwa umat Islam.

3. Menggalakkan pembentukan akhlak dan peribadi Muslim yang unggul
Mengajak wargakerja mencontohi akhlak Rasulullah SAW melalui hadis-hadis berkaitan adab, akhlak dan keperibadian, seterusnya melahirkan warga yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berintegriti.

4. Menyemarakkan budaya ilmu dalam institusi
Memupuk kesedaran dalam menyemarakkan budaya ilmu walaupun di tempat kerja agar sentiasa mendapat input yang berguna terutama berkenaan penghayatan nilai-nilai Islam melalui hadis-hadis Nabi SAW.



Address

Jalan Persiaran Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6072311000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Permai Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Permai Johor Bahru:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category