13/11/2025
Tahukah anda bahawa Minda kita ini 1000x lebih hebat dan lebih luas kapasitinya berbanding dengan mana-mana storan pun di dunia ini, sebagai contoh; pendrive, OTG, SDCard, ExtHDD, SSD dll.
Menurut Alam Spiritual lagi ianya tidak terbatas. Bermakna semakin kita optimumkan Minda kita ini semakin itu ianya mampu 'expanding' lebih luas lagi,
Konsepnya sama seperti otot, semakin kita optimumkan, semakin itu kemampuannya dapat dikembangkan,
Baik,
Yang jadi Menariknya,
Leluhur kita zaman dahulu sebenarnya tahu tentang rahsia kemampuan ini. Masakan tidak... mereka lebih awal mengkaji berkenaan Pokok Badan kita ini dan mula mengklasifikasikannya dalam bentuk tingkatan, lapisan, dan sebagainya
Sebagai contoh 3 lapisan tubuh, 8 lapisan nafsu, 7 peringkat Chakra, dll
Perlu diingat ya, zaman dahulu manusia memang mengkaji sesuatu perkara melalui pendekatan Ilmu Filsafat atau Falsafah berbanding kini manusia mengkaji sesuatu melalui pendekatan eksperimen dan data yang berulang-ulang,
2 konsep lapangan Ilmu yang berbeza namun sebenarnya membawa kepada satu hal yang sama iaitu membenarkan Keberadaan dan Kekuasaan Tuhan Sekalian Alam,
Oleh itu,
Bila leluhur kita sudah faham tentang selok-belok Pokok Badan ini, mereka mula mengambil pendekatan dengan menanamkn 'Kehebatan' itu (termasuk kebolehan tertentu, skill tertentu, pola fikir tertentu dll) mlalui DNA yg kemudian nantinya lepas ribuan tahun ianya akan digelar sebagai 'Saka' dan of course istilah 'Saka' ini akan disalahtafsirkan p**a antara 'gangguan jin' dengan apa yang terkandung pada DNA kita,
*(Biasanya perawat yang kurang mahir akan bantai semuanya jin sakalah)
Saya faham istilah itu s**ar di'murni'kan kembali, kerana apa yang tertanam dan didoktrinkan ke dalam minda kita itu sedikit sebanyak telah melekat kuat hingga menjadi kepercayaan dan keyakinan,
Itu belum yang terus melenting mahu ajak bertomoi kononnya kita mempromosikan jin saka p**a dan melabel kita ini ingin mengatakan bahawa jin saka sebagai 'sisi yang baik',
Walhal dia sendiri tak faham tentang apa yang saya mahu sampaikan,
*(Dalam Kitab Rahsia Alam Melayu saya ada kupas panjang lebar mengenai ini)
Dipendekkan cerita,
apabila leluhur kita memprogram sesuatu pada DNA mereka... Isunya adalah apa yg terprogram itu termasuk juga dengan data-data (yg telah di 'compressed' itu) pada DNA seperti kesedihan, kekecewaan, dendam dn kesumat malah ianya pun mengalir hingga ke lapisan-lapisan keturunan yang selepas-selepas itu,
Maka bila adanya sesuatu hal yang dapat 'trigger' atau menggoncang DNA kita itu tadi, maka data yang telah 'dikecutkan' itu mula terbuka dan mengalir lancar di pembuluh darah kita, natijahnya ada yang mengalami simptom-simptom dan isu-isu yang kadangkala dapat mengganggu urusan sehariannya, dan simptom inilah kadangkala sesetengah perawat gelarnya sebagai gangguan 'jin saka',
Dalam Quantum Healing apa yang ingin kita tekankan adalah bagaimana proses agar kita dapat kendalikan data-data pada DNA kita ini,
Kita akan fahami apa itu Epigenetics, kita akan fahami apa itu Reptilian Brain, kita akan mula belajar tentang apa itu Besi Kersani atau bangsa lain gelarnya sebagai Kundalini,
Kita juga akan menyelaraskan titik-titik Chakra, memahami simbol-simbol universal dan bagaimana untuk merawat Diri sendiri mahupun orang lain melalui pendekatan Auratherapy & Mesmerism,
Di sinilah nantinya 'Magic' akan berlaku, kelancaran Energi bermakna kelancaran juga pada jalan kehidupan dan juga finansial kita,
Kami bukan hadir mengajar... kami hanya berkongsikan dan mengaktifkan saja, selebihnya andalah sendiri yang mencapai kuncinya dan membuka pintunya sendiri,
Izinkan kami membongkarkannya bersama-sama,
Kami Doakan anda semua sentiasa dilimpahi Kerahmatan, Kebahagiaan, Keberlimpahan dan Kasih Sayang yang seluas-luasnya dari Kesemestaan Tanpa Batas! TERJADILAH!
-Frekuensi Makrifah-