Social Enterprise that focus on developing healthcare products
03/11/2025
Keunikan Telinga Kita
Tahukah anda, setiap telinga manusia unik kerana tiada dua bentuk telinga yang sama di dunia!
Selain membantu kita mendengar, telinga juga berperanan penting dalam keseimbangan badan.
Dari getaran halus hingga bunyi kuat, semuanya ditangkap dengan sempurna oleh sistem pendengaran yang luar biasa ini.
Jaga telinga anda, kerana ia bukan sekadar untuk mendengar, ia adalah anugerah yang tidak ternilai!
27/10/2025
Pendengaran yang sihat bukan sekadar mendengar, tetapi ia tentang kualiti hidup.
Bila pendengaran mula berkurang, keyakinan diri dan hubungan dengan orang sekeliling juga boleh berkurang termasuklah dengan pasangan kita.
Komunikasi dua hala boleh tergendala.
Jangan biarkan masalah ini berlarutan. Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi di RPWP Healthcare hari ini.
01/10/2025
👂✨ Tahukah anda?
Telinga kita sebenarnya bersih dengan sendirinya.
Earwax (tahi telinga) bukan kotoran semata-mata, tetapi pelindung semula jadi daripada habuk, kuman, dan air.
Korek telinga dengan cotton bud / objek lain boleh sebabkan:
• Luka dan jangkitan
• Telinga tersumbat lebih teruk
• Risiko gegendang telinga cedera
Apa yang perlu anda buat?
Biarkan telinga bekerja secara semula jadi dan boleh lap telinga dengan kain tuala bersih secara berkala.
Jika terasa gatal, berdengung, atau tersumbat, boleh jumpa Audiologis kami di RPWP Healthcare.
Ingat, telinga bukan perlu dikorek, ia hanya perlu dijaga.
09/09/2025
Wah, menarik fakta ini. Anda tahu tak yang telinga kita ni tidak pernah berhenti bekerja walaupun kita sedang tidur?
Ketika kita tidur, otak kita mampu mengabaikan bunyi di sekitar kita dan hanya bertindak balas terhadap bunyi yang kuat atau tidak dijangka sebagai mekanisme pertahanan yang membolehkan kita bertindak balas dengan cepat.
Inilah sebabnya mengapa kadang-kadang bunyi bising dapat mengganggu tidur dan mampu membuatkan kita terjaga daripada tidur.
Pernahkah anda tahu tahap pendengaran anda bagaimana?
Jemput untuk pemeriksaan telinga di RPWP Healthcare.
Semoga bermanfaat.
- Admin
07/09/2025
Sindrom Down & Pendengaran: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Anak-anak istimewa kita, termasuk anak-anak Sindrom Down, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk alami masalah pendengaran kerana struktur telinga yg berbeza.
Pemeriksaan awal sangat penting supaya perkembangan bahasa & komunikasi mereka tidak terganggu.
Jemput buat pemeriksaan bersama kami di RPWP Healthcare.
Sayangi telinga, sayangi anak istimewa kita.
26/08/2025
Ibu dan ayah adalah insan yang pernah mendengar setiap tangisan, tawa, dan cerita kita sejak kecil. Namun, apabila usia meningkat, pendengaran mereka semakin berkurang.
Kesannya, mereka mungkin sukar mengikuti perbualan dan tidak dapat mendengar suara ahli keluarga dan sanak saudara lalu menyebabkan mereka rasa terasing.
💔 Bayangkan betapa sunyinya hidup tanpa bunyi dan suara yang bermakna.
Sebagai anak, kita mampu membantu. Pemeriksaan pendengaran awal dan alat bantu dengar moden boleh mengembalikan senyuman serta kualiti hidup mereka.
✨ Jadikan hidup mereka lebih ceria dan bermakna
Pendengaran yang jelas adalah hadiah paling berharga untuk usia emas. Hubungi kami untuk mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat.
- Admin
22/08/2025
🎧 Pemeriksaan Pendengaran Bersama Audiologis RPWP Healthcare
Masalah pendengaran boleh menjejaskan komunikasi dan kualiti hidup.
Ambil langkah awal dengan membuat janji temu bersama audiologis bertauliah kami.
✔️ Penilaian lengkap
✔️ Keputusan tepat dan pantas
✔️ Nasihat profesional dan rawatan susulan
Hubungi kami hari ini untuk slot janji temu.
Kesihatan pendengaran anda, keutamaan kami.
-Admin
18/08/2025
Hidup lebih indah bila kita dapat mendengar dengan jelas. Dari suara alam, sehinggalah ke gelak tawa insan tersayang akan lebih bermakna, kerana 'Pendengaran Adalah Kehidupan'
Jom buat saringan pendengaran bersama Audiologis kami hari ini.
- Admin
15/08/2025
"Reaksi pertama selepas fitting alat?"
Selalunya… senyuman.
Bagi kami di pusat pendengaran, inilah momen yang paling membahagiakan ketika bunyi kembali menyapa.
Hubungi kami untuk rasai momen ini sendiri.
14/08/2025
Ibu dan ayah, sentiasalah jadi PENDENGAR yang baik untuk anak-anak.
Luangkan masa untuk mendengar cerita mereka tanpa ada gangguan. Berikan respond yang baik dengan penuh rasa kasih sayang.
InshaAllah tautan kemesraan antara anak dan ibu ayah semakin baik. Lebih dari itu, mereka jadi MUDAH UNTUK MENDENGAR KATA.
Nak jadikan mereka anak yang mendengar kata, jangan lupa check kesihatan telinga mereka. Kadang-kadang anak-anak mengalami emosi yang tidak stabil disebabkan masalah telinga.
Ibu ayah pun perlu check kerana pendengaran yang baik akan membuatkan komunikasi dalam keluarga lebih berkesan. Kasih sayang akan lebih erat.
PROMOSI Pemeriksaan Telinga Sempena Bulan Kemerdekaan. RM 100 sahaja untuk dewasa dan RM 120 untuk kanak-kanak.
Klik link ini untuk janjitemu bersama Audiologist kami: https://bit.ly/checkpendengaranRH3
- Admin
08/08/2025
Buat ibu dan ayah, perhatikan tanda-tanda ini jika berlaku kepada anak anda!
Masalah pendengaran akan mempengaruhi peribadi dan sikap anak-anak jika tidak mendapat pemeriksaan dan rawatan awal. Mereka disangkakan anak yang 'degil', 'nakal' tapi sebenarnya bukan ini yang mereka mahukan.
Antara tanda-tanda masalah pendengaran adalah seperti tidak fokus, pelat, bercakap dengan nada tinggi, lemah dalam pelajaran dan tidak dapat mengikut arahan dengan baik.
Ibu dan ayah boleh segera bertindak sebelum terlambat.
Be the first to know and let us send you an email when RPWP Healthcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Covid-19 changed the landscape of the world. There were times when Malaysia was plagued with insufficient PPE supplies, RPWP has cooperated with Projek Pelangi and worked tirelessly to provide self-made PPE supplies to ensure struggling front liners were fully protected against the virus. That was where the idea for establishing RPWP Healthcare Sdn Bhd came into existence.
Initially, the company focused solely on manufacturing PPEs to all frontliners. It provides face shields, isolation gowns, head covers and also boot covers. But now, RPWP Healthcare is taking major steps to pe*****te the supply market for the ENT field focusing on hearing aids.
In expanding our healthcare segment, our aggressive marketing strategy continues to deliver remarkable results as we expand our reach across all major hospitals in Peninsular Malaysia.
Vision
To become a leading player in the healthcare industry and further develop the asnaf social community.
Mission
To provide the best service and quality of service to the customers with excellent work ethics. Satisfaction and good relations with all our customers is our top priority.