Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan Anak, 14 Klinik Desa dan 7 Klinik 1 Malaysia beroperasi di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat memberikan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta perkhidmatan sokongan seperti rehabilitasi, radiology (x-ray), pemakanan dan dietary, perkhidmatan sosial perubatan.
2. Kawalan Penyakit dan Persekitaran meliputi program kawalan penyakit berjangkit, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit TB/Kusta, kawalan HIV/AIDS, kesihatan persekitaran, kawalan mutu air minuman, bekalan air kesihatan awam dan sanitari (BAKAS), inspektorat dan perundangan.
3. Farmasi yang memberikan perkhidmatan ubat-ubatan di klinik-klinik di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat.
4. Kualiti dan Keselamatan Makanan.

27/11/2025

Elakkan penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir


Waspada BanjirBerikut adalah barang-barang penting yang perlu anda sediakan di dalam beg kecemasan sebagai langkah siaps...
26/11/2025

Waspada Banjir

Berikut adalah barang-barang penting yang perlu anda sediakan di dalam beg kecemasan sebagai langkah siapsiaga menghadapi kemungkinan banjir di rumah anda



jangan lupa dengarkan Selangor FM jam 2.00 petang ini.
26/11/2025

jangan lupa dengarkan Selangor FM jam 2.00 petang ini.


"PERSIAPAN KETIKA MENGHARUNGI BANJIR"

Dengarkan kupasan tajuk ini di radio Selangor FM 100.9 pada hari esok (26 November 2025) jam 2 petang bersama Dr. Siti Aishah Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Jangan Lupa. Mari memeriahkan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025πŸ“† 1 Nov 2025 | ⏰ bermula 8.30 pag...
26/11/2025

Jangan Lupa. Mari memeriahkan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025

πŸ“† 1 Nov 2025 | ⏰ bermula 8.30 pagi | πŸ“ Dataran Panggung Seni, UKM Bangi

Aktiviti seronok menanti:
Aeroria Aerodance πŸ’ƒ (8.30 pagi)

Pameran & saringan kesihatan 🩺 (9.30 pagi-12.30 tengahari)

Sembang santai dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani & Bob Yusof (AF2) 🎀

Perasmian (10.30 pagi)

Datang ramai-ramai, jaga kesihatan & sebarkan kesedaran! ❀️

Kalau kereta tiba tiba tenggelam dalam air banjir, apa yang kena buat dalam beberapa saat pertama boleh tentukan hidup m...
25/11/2025

Kalau kereta tiba tiba tenggelam dalam air banjir, apa yang kena buat dalam beberapa saat pertama boleh tentukan hidup mati. Dalam keadaan cemas, otak mudah beku. Jadi lagi awal kita hafal langkah ini, lagi tinggi peluang untuk keluar dengan selamat.

Kalau kereta tiba tiba tenggelam dalam air banjir, apa yang kena buat dalam beberapa saat pertama boleh tentukan hidup mati. Dalam keadaan cemas, otak mudah beku. Jadi lagi awal kita hafal langkah ini, lagi tinggi peluang untuk keluar dengan selamat.

1. Sekelip mata sedar yang anda dalam bahaya

Jika rasa kereta terapung, enjin tersengguk atau air naik cepat di luar. Terus anggap situasi bahaya. Jangan tunggu dan jangan cuba β€œredah sampai lepas”.
1. Matikan enjin
2. Buka tali pinggang keselamatan
3. Arahkan penumpang bertenang dan ikut arahan
4. Jangan buang masa selamatkan telefon atau beg

2. Kalau air masih rendah

Air baru paras pintu bawah atau baru mula masuk lantai:
1. Buka tingkap secepat mungkin
2. Jika pintu masih ringan, buka pintu dan keluar
3. Bantu kanak kanak dan warga emas dahulu
4. Berdiri di tempat tinggi dan jauh dari arus deras

Dalam fasa ini, pintu masih menang lawan tekanan air. Maka, keluar segera sebelum air makin tinggi.

3. Kalau pintu sudah berat dan tak boleh buka

Ini tanda tekanan air luar sudah lebih kuat:
1. Jangan cuba paksa pintu berkali kali
2. Gunakan pemecah cermin kecemasan
Fokus pada cermin sisi, bukannya cermin depan
3. Pecahkan cermin di bahagian yang paling mudah capai dan kurang arus
4. Biarkan air masuk untuk samakan tekanan
5. Bila air hampir penuh, ambil nafas dalam dan panjat keluar melalui cermin

Kalau tiada alat, tunggu tekanan hampir seimbang dan cuba tolak pintu sebagai pilihan terakhir. Ini memang sukar tetapi masih ada peluang

4. Kalau ada anak kecil dalam kereta:
1. Buka tali pinggang mereka dahulu
2. Letakkan anak paling dekat dengan pintu atau tingkap keluar
3. Seorang dewasa pegang anak dan keluar bersama sama
4. Jangan pisahkan keluarga tanpa rancangan yang jelas

5. Perkara yang perlu dielakkan:
1. Jangan patah balik menyelam cari dompet atau telefon
2. Jangan berdiri atas bumbung kereta yang sedang hanyut dalam arus deras
3. Jangan keluar berjalan dalam air deras yang paras pinggang jika tidak pasti keadaan dasar

Bersama kita pertingkatkan kesiapsiagaan kita di dalam berdepan bencana banjir.

Esok luangkan masa untuk mendengar hanya di Selangor FM
25/11/2025

Esok luangkan masa untuk mendengar hanya di Selangor FM



"PERSIAPAN KETIKA MENGHARUNGI BANJIR"

Dengarkan kupasan tajuk ini di radio Selangor FM 100.9 pada hari esok (26 November 2025) jam 2 petang bersama Dr. Siti Aishah Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

25/11/2025

Pesanan untuk Petugas dan Sukarelawan Banjir




𝐀𝐏𝐀 πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π?Terdapat 2 kaedah pendermaan organ iaitu:πŸ’šPendermaan  Organ Semasa HidupπŸ’šPendermaan Organ Se...
24/11/2025

𝐀𝐏𝐀 πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π?

Terdapat 2 kaedah pendermaan organ iaitu:
πŸ’šPendermaan Organ Semasa Hidup
πŸ’šPendermaan Organ Selepas Kematian

Seseorang boleh mendermakan lebih banyak organ dan tisu selepas kematian jika dibandingkan dengan pendermaan organ semasa hidup.

Terdapat 4 jenis organ dan 4 jenis tisu yang boleh didermakan selepas kematian.

Hanya salah satu buah pinggang dan sebahagian hati boleh didermakan semasa hidup.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan



23/11/2025

Di Sebalik Hubungan : Melindungi Diri Dalam Era Risiko Baharu HIV

Dengarkan di Zayan FM esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Siti Aishah binti Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

23/11/2025

Anda perlu naik dan turun tangga tanpa henti selama 30 minit untuk membakar kalori 1 bungkus nasi lemak biasa.







Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

23/11/2025

Anda perlu naik dan turun tangga tanpa henti selama 30 minit untuk membakar kalori 1 bungkus nasi lemak biasa.








Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Jangan biarkan hari hujan menghalang anda dari kekal aktif! 🏑 Mari cuba aktiviti-aktiviti sihat yang anda boleh lakukan ...
22/11/2025

Jangan biarkan hari hujan menghalang anda dari kekal aktif! 🏑 Mari cuba aktiviti-aktiviti sihat yang anda boleh lakukan di dalam rumah untuk kekal sihat dan cergas β›ˆ








Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

0387367770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram