Anjung Kaunseling Keluarga

Anjung Kaunseling Keluarga Menyediakan khidmat kaunseling kepada segenap lapisan masyarakat

04/02/2026
Banyak konflik rumahtangga bermula daripada komunikasi yang terputus.Belajar bercakap dengan betul, dan belajar mendenga...
30/12/2025

Banyak konflik rumahtangga bermula daripada komunikasi yang terputus.

Belajar bercakap dengan betul, dan belajar mendengar dengan hati.

Minta bantuan bukan tanda gagal

Kita urus kerja, keluarga, emosi orang lain. Diri sendiri jangan tertinggal.Self-care itu keperluan, bukan kemewahan
23/12/2025

Kita urus kerja, keluarga, emosi orang lain. Diri sendiri jangan tertinggal.

Self-care itu keperluan, bukan kemewahan



Alhamdulillah, pada 18 Disember 2025 yang lalu telah berlangsung Majlis Penutup Projek Komuniti Sejahtera (PKS) dengan j...
22/12/2025

Alhamdulillah, pada 18 Disember 2025 yang lalu telah berlangsung Majlis Penutup Projek Komuniti Sejahtera (PKS) dengan jayanya.

Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Anjung Kaunseling Keluarga (AKK), Yayasan IKHLAS dan AJK Surau Ar-Ridhuan, Apartment Seri Cempaka, Seksyen 16, serta mendapat sokongan daripada Yayasan Hasanah.
PKS telah bermula sejak Mei 2025 dan berakhir pada November 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat, dan diakhiri dengan penyampaian pek sumbangan daripada AKK kepada para peserta serta AJK surau.

Para peserta turut menerima pengisian rohani yang disampaikan oleh kaunselor panel AKK, Encik Megat Faris, bertajuk β€œKepentingan Institusi Keluarga dalam Kemajuan Sesebuah Negara”.

Semoga projek ini memberi impak positif kepada semua keluarga yang terlibat, khususnya dalam memperkukuh kesihatan mental dan membina institusi kekeluargaan yang lebih sejahtera dan harmoni.

Alhamdulillah, 12 Oktober 2025 yang lepas program Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni sempena Bulan Pencegahan Bun...
03/11/2025

Alhamdulillah, 12 Oktober 2025 yang lepas program Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni sempena Bulan Pencegahan Bunuh Diri telah sampai kemuncak untuk hari penyampaian hadiab pada Hari Kesihatan Mental Sedunia Kebangsaan yang telah berlangsung dengan penuh warna, emosi dan inspirasi di Taman Tadik Cyberjaya!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang telah menzahirkan emosi mereka melalui topeng wajah, lensa kehidupan dan dan lukisan emosi. Setiap karya menggambarkan kekuatan, keindahan, dan keberanian dalam memahami serta mengekspresikan perasaan diri yang memberi harapan kepada kehidupanlebih baik.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta atas semangat dan kreativiti yang luar biasa! πŸ†πŸ‘
Anda semua telah berjaya menyampaikan mesej penting bahawa emosi bukan kelemahan, tetapi kekuatan yang perlu diraikan dan difahami.

Terima kasih juga kepada seluruh pasukan penganjur NCEMH, juri, dan yang mendanai pengajuran ini Yayasan Hasanah, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. 🌿

Mari teruskan usaha memupuk kesedaran dan kesejahteraan mental dalam diri, keluarga dan komuniti kita.
Kerana setiap emosi ada nilainya, dan setiap insan berhak untuk rasa didengari. πŸ’š






Anjung Kaunseling Keluarga Semarak Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Anjung Kaunseling Keluarga (AKK) di bawah Yayasan ...
13/10/2025

Anjung Kaunseling Keluarga Semarak Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

Anjung Kaunseling Keluarga (AKK) di bawah Yayasan Ikhlas mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya menganjurkan Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni peringkat kebangsaan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Bertemakan β€œUbah Tanggapan, Bina Harapan”, pertandingan ini menerima 535 penyertaan dari seluruh Malaysia, menampilkan bakat dan luahan emosi yang penuh makna.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, bertempat di Taman Tasik Cyberjaya.

Yayasan Ikhlas melalui Anjung Kaunseling Keluarga terus komited memperkasa agenda kesihatan mental demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

π’€π’‚π’šπ’‚π’”π’‚π’ π‘°π’Œπ’‰π’π’‚π’”
π‘Ήπ’‚π’Œπ’‚π’ π‘²π’†π’Žπ’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚π’‚π’ π‘²π’†π’‘π’†π’“π’„π’‚π’šπ’‚π’‚π’ 𝑨𝒏𝒅𝒂

Penilaian Akhir Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri "Ubah Tanggapan Bina Harapa...
11/10/2025

Penilaian Akhir Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri "Ubah Tanggapan Bina Harapan"

Watch, follow, and discover more trending content.

Sesi penjurian akhir sedang berlangsung
01/10/2025

Sesi penjurian akhir sedang berlangsung

Saringan bagi penjurian awal hasil karya pelajar yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH...
26/09/2025

Saringan bagi penjurian awal hasil karya pelajar yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Cyberjaya

Alhamdulillah telah tamat tempoh pertandingan Ekspresi Emosi Melalui Seni Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Anjung Kaunseling Keluarga Yayasan Ikhlas dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dengan kerjasama padu tanpa berbelah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Hasanah yang mendanai projek ini dari Kementeria Kewangan Malaysia..alhamdulillah seramai 711 peserta dari seluruh Malaysia telah menghantar karya untuk Kategori A, B dan C...alhamdulillah pencapaian yang sangat3 membanggakan...bukti art sebagai salah satu kaedah untuk bantu ekpres emosi kita sebagai manusia..Tahniah bagi yang terpilih ke peringkt akhir 1 Oktober ini...Juri Akhir bukan calang2, yang sangat2 pakar dalam Art dan Psychology akan bergabung menilai hasil karya pelajar




Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang kita cintai.Tanggal 16 September mengingatkan kita t...
15/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang kita cintai.

Tanggal 16 September mengingatkan kita tentang penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung di bawah satu bumbung β€” Malaysia. Inilah simbol perpaduan, keberanian, dan harapan yang menyatukan kita sebagai satu bangsa.

Hari Malaysia bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi ia adalah cerminan jati diri dan identiti kita.
Marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan penuh tekad, demi membina Malaysia yang sejahtera, harmoni dan berdaya maju.

πŸ’™ Dari kami di Anjung Kaunseling Keluarga,
Selamat Hari Malaysia!
β€œKeluarga Bahagia, Negara Sejahtera”

Watch, follow, and discover more trending content.

Setiap nyawa amat berharga. Mari bersama-sama membina masyarakat yang lebih prihatin, saling menyokong, dan berani untuk...
10/09/2025

Setiap nyawa amat berharga. Mari bersama-sama membina masyarakat yang lebih prihatin, saling menyokong, dan berani untuk peduli. 🌱

Kita tahu...
Kadang-kadang orang kuat pun kenal erti penat, orang ceria pun boleh menangis dalam diam.
Jika anda rasa dunia terlalu berat, ingatlah: ada yang sudi mendengar, ada yang mahu bersama. 🀝

Ingatlah, anda tidak keseorangan. Bantuan sentiasa ada, harapan sentiasa wujud. Anda penting, anda berharga. πŸ’š




Address

25-1-1, Jalan PB 1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Kajang
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anjung Kaunseling Keluarga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Anjung Kaunseling Keluarga:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram