Rumah Bekam

Rumah Bekam RUMAH BEKAM menyediakan perkhidmatan bekam bagi lelaki sahaja ..sila buat temujanji terlebih dahulu..

Petua orang kampungKenal tak pokok ni..Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.Selain ke...
20/05/2022

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*
Kredit: empunya petua

16/02/2022

PERIHAL MINUM

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Suatu amalan dan nasihat yang sangat bermanfaat untuk diamalkan, yang telah diberikan oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada perkara berkenaan minum;

■ Minum sebelum makan adalah ubat
■ Minum semasa makan adalah penawar kerana ianya membantu melembutkan makanan dan memudahkan untuk dihadam
■ Minum selepas makan, kebinasaan yang besar. Tidak ada manfaat. Penyakit yang paling mudah kena pada pada orang yang minum selepas makan adalah buasir.

Nasihat beliau, minumlah selepas 40 minit daripada makan.

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan RahmatNya BarakahNya dan MaghfirahNya buat beliau Hafizahullahu Ta'ala

Petua ni suami Bonda sendiri pernah cuba. Masa tu dia kena batu karang, sakit sangat dia kata tak dapat nak digambarkan ...
15/02/2022

Petua ni suami Bonda sendiri pernah cuba. Masa tu dia kena batu karang, sakit sangat dia kata tak dapat nak digambarkan macam mana sakit tu.

Ada kawan dia bagi petua macam mana nak hancurkan batu karang. Dia pun cuba. Dua hari minum, terus hilang rasa sakit, tapi teruskan juga minum, akhirnya ada nampak batu karang keluar dengan air kencing.

Caranya:

1. Ambil kira-kira satu cekak pegaga, bersihkan

2. Rebus daun, batang dan akar-akarnya sekali dengan air kira-kira tiga gelas

3. Biar mendidih sehingga airnya tinggal separuh sahaja

4. Minumlah airnya pagi, tengahari dan petang selama sepuluh hari

5. Insya Allah batu karang akan hancur dan keluar sendiri

Boleh Cuba 😊👍

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbot...
30/01/2022

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda
Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengump**an gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok s**a duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih p**a ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air p**a langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit
1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

2. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!
√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan p**a menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Kenali Dr Hisham Hashim

Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan M***i Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.

Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.

https://youtu.be/-la9KkvH1KY

Sumber/Foto/Video : Youtube Abu Khadijah Studio

Credit: MINGGUAN WANITA

PENAWAR PENYAKIT MIGRAINE.Tuhan saja tahu berapa deritanya bila penyakit ini datang, Tahukah kita semua penyakit ini ban...
07/01/2022

PENAWAR PENYAKIT MIGRAINE.
Tuhan saja tahu berapa deritanya bila penyakit ini datang, Tahukah kita semua penyakit ini banyak berlaku pada orang wanita dan kebanyakannya berlaku akibat genetik ataupun keturunan.
Migrain berpunca akibat dimana salur pembuluh darah di otak kita mengecil dan dengan secara tiba-tiba ia membesar p**a.
Bila sahaja berlaku pekara begini pada saluran darah di otak kita, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi berkurangan di bahagian yang bermasalah itu, oleh disebabkan pekara ini berlakulah menyebabkan kita menjadi magraine.
Ilmu orang tua-tua dahulu untuk merawat penyakit ini mereka akan mencari kelapa hijau yang muda dan sebiji limau nipis, lalu kelapa itu di tebuk di bahagian atas dan di ambil setengah biji limau nipis dan di perah airnya ke dalam kelapa tadi, serta membaca doa :
Bismillah empat sebanyak tujuh kali dan membaca surah AL Waqiah, ayat ke sembilan belas sebanyak tiga kali lalu ditiupkan kedalam kelapa muda itu dan di biarkan selama lima minit barulah diminum.
Lakukan dua kali seminggu In Sha Allah kita akan merasa penyembuhannya secara perlahan-lahan.
kredit: Ustad Rosdi

08/08/2021
PETUA MERAWAT SAKIT KEPALA DAN ANGIN DALAM BADANKadang kita dah iktiar makan ubat, kepala masih tak lega betul tak. Lagi...
08/08/2021

PETUA MERAWAT SAKIT KEPALA DAN ANGIN DALAM BADAN

Kadang kita dah iktiar makan ubat, kepala masih tak lega betul tak. Lagi p**ak musim panas teruk sekarang ni.

Cuba cara mudah ni. Kesan dia sangat baik pada tubuh badan kita tau.

Bahannya

Ais (tak kisah banyak mana)
Limau nipis 3biji ( boleh buat kiraan ganjil)
Air sebaldi

Caranya

1. Campurkan semua kedalam baldi.

2. Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air ye dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. Bacaanya ;

Al fatehah 7kali
Al Ikhlas 3kali
Selawat 3kali

4. Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaik mandi lepas waktu asar ye.

5. Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.

6. Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.

Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je, sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa. Pun boleh buat.

Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni,

1. Naikkan seri wajah
2. Kuatkan badan
3. Kuruskan badan
4. Aura positif
5. Merawat kulit jadi sihat
6. Hilangkan bisa dan angin kat badan

Korang cuba la ye mana tahu makin berseri makin sihat bertenaga anasir negatif pun susah nak dekat.

Moga bermanfaat yee,
izinkan semua untuk kongsi❤️❤️

Kredit: saleha maarof

Boleh follow Halim Regyyaro untuk info bermanfaat yang lain. Insya Allah.

😀

Amalan utk kesihatan
21/05/2021

Amalan utk kesihatan

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hut...
19/05/2021

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.

Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat p**a sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.

Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

Sumber: Ustaz Rosdi Hasan

07/05/2021

Berjalan adalah senaman yang terbaik.. 10 perkara kebaikkan dari amalan berjalan yang kita kena tahu..

Address

Kajang SILK
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rumah Bekam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram